SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 21 Jun 2011

Penjagaan Bersalin Secara Cesearen

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut.Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protein daripada makanan. Oleh itu makanlah makanan yang berkhasiat lagi seimbang yang terdiri daripada bahan-bahan karbohidrat, protein serta vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Lantaran itu jugalah, dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun disebabkan desakan dari orang orang tua kita. Walaubagaimanapun makanan tertentu yang diketahui boleh menyebabkan masalah seperti alahan (allergy) patut dijauhkan.

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak serta bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim. Pil vitamin dan zat besi (iron) yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu. Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.

Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan disentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.

Makan makanan tambahan yang diluluskan oleh KKM untuk mempercepatkan proses pemulihan luka juga tidak dicegah, malah digalakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan