SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 26 Mei 2011

Check Pakar Di Hosp. Banting -1

26hb Mei 2011 (Khamis)
Appoinment dengan pakar di Hospital Banting jam 8.00 pagi.
Sampai-sampai B tanya nurse yang lalu lalang, kat mana Bahagian Pakar Aternatel.
Dapat no. giliran 3506 walaupun aku sampai jam 8.00 pagi.

Dalam kesejukan pagi plus aircond akhirnya no. aku dipanggil.
Soal jawab tentang kesihatan diri dan keluarga.
Pastu disuruh kencing dan aku diberi taklimat tentang kebaikan susu ibu.
Yang aku tahu Hospital Banting merupakan Hosp. Rakan Bayi.
So far bagi aku yang belom ade pengalaman, adalah sangat membantu.

Aku kuar lepas tamat taklimat, sian tengok b dah melentok2 mengantuk.
Aku dah lapar, mintak b beli roti.
Tapi no aku dipanggil lagi untuk check seterusnya.
Dr Nicholas ni study buku atenatel aku, huh bagi aku Dr ni teliti.
Praktikal rasanya tp UD41, entahla.
Semua dalam buku tu dia dapat wat rumusan dalam sehelai kertas. Fewww..
Dia check aku, Anemia, Edema tu dah memangla.
Pastu Dr tu check perut aku, tekan perut aku tapi soft la.

Then aku scan and check dengan Dr Shamsiah, dia pun pening nak tengok macam mana.
Dengan budak dalam perut adalah sangat aktif.
Dapat buat untuk 1 baby je, last dia panggil Dr Syikin plak.
Aku tak tahu ape yang dorang cari, tapi aku dah siap mengantuk baring buat scan tu.
Baby aku berkeadaan macam picture atas ni.
Uri dan kantong tak tahula, sebab aku tak paham dia tulis ape.
Baby berat tak seimbang Baby 1 seberat 2kg & Baby 2 seberat 1.4kg.

Dorang check buku atenatal aku, tak lengkap katanya.
Mula-mula Dr Shansiah call KKTPG, lepas tu Dr Syikin plak.
Hahahaaaa confirm kelam-kabut nurse kat TPG tu.

Enjection Dos 2 dan Enject last tu aku takde, padahal aku dah dekat due.
Jangan salahkan aku, aku tak tau pape winnnkkk.
Lepas tu result darah aku yang dihantar ke Hospital Klang pada bulan Feb 2011 takde.
Takkan sampai bulan Mei tak siap-siap, aku senyum je bila Dr tu cakap macam tu.
Sebab bukan salah aku, aku ikut arahan je.

Disebabkan bermacam masalah ni, and all the Dr tak berani nak decide keadaan baby and case anemia aku.
Aku kena datang pakar 30hb Mei ni, adooooooiii cuti lagi la nampaknya.
Penattttla, tapi takpe untuk anak mama, mama kena kuat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan