SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 9 Mei 2011

Bahaya Kekurangan Air Ketuban

Hari ni aku buat entry ni sebab ada member office aku mengalami masalah kekurangan air ketuban. Aku tak tau la benda ni bahaya tak kepada si ibu dan anak.

So aku cari maklumat ni dari Cik Google, so aku nak sharing kat korang supaya masalah ni tak dianggap mudah oleh kita yang tak berapa tahu tentang perubatan ni. Aku just suggest kan kat ibu yang kekurangan air ketuban, banyak kan minum air dan banyak berehat untuk mengurangkan risiko kecepatan pengurangan air ketuban.

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :

  • Ketuban pecah sebelum masa
  • Masalah pada uri
  • Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan