SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 26 Mei 2011

Check Pakar Di Hosp. Banting -1

26hb Mei 2011 (Khamis)
Appoinment dengan pakar di Hospital Banting jam 8.00 pagi.
Sampai-sampai B tanya nurse yang lalu lalang, kat mana Bahagian Pakar Aternatel.
Dapat no. giliran 3506 walaupun aku sampai jam 8.00 pagi.

Dalam kesejukan pagi plus aircond akhirnya no. aku dipanggil.
Soal jawab tentang kesihatan diri dan keluarga.
Pastu disuruh kencing dan aku diberi taklimat tentang kebaikan susu ibu.
Yang aku tahu Hospital Banting merupakan Hosp. Rakan Bayi.
So far bagi aku yang belom ade pengalaman, adalah sangat membantu.

Aku kuar lepas tamat taklimat, sian tengok b dah melentok2 mengantuk.
Aku dah lapar, mintak b beli roti.
Tapi no aku dipanggil lagi untuk check seterusnya.
Dr Nicholas ni study buku atenatel aku, huh bagi aku Dr ni teliti.
Praktikal rasanya tp UD41, entahla.
Semua dalam buku tu dia dapat wat rumusan dalam sehelai kertas. Fewww..
Dia check aku, Anemia, Edema tu dah memangla.
Pastu Dr tu check perut aku, tekan perut aku tapi soft la.

Then aku scan and check dengan Dr Shamsiah, dia pun pening nak tengok macam mana.
Dengan budak dalam perut adalah sangat aktif.
Dapat buat untuk 1 baby je, last dia panggil Dr Syikin plak.
Aku tak tahu ape yang dorang cari, tapi aku dah siap mengantuk baring buat scan tu.
Baby aku berkeadaan macam picture atas ni.
Uri dan kantong tak tahula, sebab aku tak paham dia tulis ape.
Baby berat tak seimbang Baby 1 seberat 2kg & Baby 2 seberat 1.4kg.

Dorang check buku atenatal aku, tak lengkap katanya.
Mula-mula Dr Shansiah call KKTPG, lepas tu Dr Syikin plak.
Hahahaaaa confirm kelam-kabut nurse kat TPG tu.

Enjection Dos 2 dan Enject last tu aku takde, padahal aku dah dekat due.
Jangan salahkan aku, aku tak tau pape winnnkkk.
Lepas tu result darah aku yang dihantar ke Hospital Klang pada bulan Feb 2011 takde.
Takkan sampai bulan Mei tak siap-siap, aku senyum je bila Dr tu cakap macam tu.
Sebab bukan salah aku, aku ikut arahan je.

Disebabkan bermacam masalah ni, and all the Dr tak berani nak decide keadaan baby and case anemia aku.
Aku kena datang pakar 30hb Mei ni, adooooooiii cuti lagi la nampaknya.
Penattttla, tapi takpe untuk anak mama, mama kena kuat..

Checkup Minggu Ke 32

Appoinment dengan klinik jam 3.30 petang. So aku sampai dalam jam 3.40 petang sebab B keluar lamabat dari office dia.
Sampai-sampai takla ramai sangat, tapi aku tengok nurse kat situ semua tengah busy sebab ada audit dari pihak atasan.
Taktaula sebab ape, aku dilayan lambat tapi aku takla kisah sangat.

Akhirnya nama aku dipanggil :
Berat naik 2kg lagi, 64kg. Fuhhh berat siot.
Tekanan darah 100/75 kot tp nurse kata ok.

Pergi makmal, check air kencing dan darah. HB 9.2 hahaaa redha je la nyahh.

Pergi balik klinik, tunggu turn jumpa nurse. Fuhhh lambat gile.
B cakap nurse nya banyak borak, patient dah keluar tapi nurse still dok sebok borak sesama sendiri.
Aku tengok jam dah nak dekat jam 5.00 petang.

Aku orang second last, check sana-sini, nasihat itu uni, then check bunyi jantung baby.
Adoooi pastu tak jumpa plak bunyi jantung, pastu aku dah jadi bahan ujian semua nak test cari.
Aku dah macam orang nak beranak kena tekan-tekan perut, budak pun dah mengeras.

Nurse ajar mengira pergerakan bayi. Tanya aku itu ini, aku anggukkan aje.
Dah sakit perut aku kena tekan. Malas nak banyak hal.
Jam dah dekat 5.15 petang, Dokter dah bising nak balik cepat.
Tapi nurse semua menggelabah sebab aku ade check dengan pakar esok harinya.
Itu sebenarnya yang membuatkan dorang kalut.
Nak make sure kan semua complete.

Dr jumpa aku pun ala kadar je. Serupa tak yah jumpa.
Serius aku kalau dengan Dr sorang ni macam tak payah jumpa, buang masa.
Tak sampai seminit sesi dengan dia settle, sebab dia nak balik.
Aku tengok je Dr tu, emm mengandung. Penat kot.
Tapi cara dia tu buat aku jadi tak respact dia as a Dr.
Biasala orang Gov tapi aku pun keje Gov jugak. Hemmmm.

Selasa, 24 Mei 2011

Doa Untuk Anak Dalam Kandungan

Semalam adalah malam yang sedih bagi aku..
Membuatkan aku rasa macam down sangat..
Tak tahulah kalau sebab aku pregnant ni, aku cepat sangat sentap..
Aku adalah orang yang sangat moody..
Mudah rasa benci dan sangat memendam rasa..
Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang kuat..

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah

Isnin, 16 Mei 2011

Persedian Untuk Si Kembar

Last week 7.5.2011, b ajak pergi beli barang budak-budak..
Actually sweet tengok b, excited macam tu.
Kalau boleh semua dia nak ready sekarang hu3.
Aku follow je, sebab bab2 bayar ni serah kat En. Hubby.
Bank sudah kering sebab nak menutup Cik Mayvi WNN 3658.
We all ada simpan sikit2 dalam 5 bulan ni so takla terasa berat.

Baju 3 pasang X 2 dan sepasang baju perempuan (7 pasang).
Tapi jantina tak tau lagi, tak kisahla sebab MIL yang belikan.
So thank you, Love Muahhhh..
Maybe my MIL tengok kitorang beli baju 14 pasang untuk
2 orang tu tak cukup.
Cari kat JJ and The Store, MIL jalan sorang2 huh..

Yang ni aku mintak b beli, jenama My Dear.
Mana aku larat nak nenenkan 2 baby,
lagi2 kalau terkena ceseared.
Aku rasa benda ni penting so,
takla aku panjang nenen nanti winkkk.
Aku dapat murah benda ni sebab beli banyak barang kat situ
RM75, kat tempat lain around RM90-RM120.

Carry baby ni jenama MamaLove, RM130.
Harusla mama sayang, sebab tu mama & baba beli.
Yang ni untuk newborn sampai umur setahun je.
Baba kata nak beli lagi satu, katanya sian mama kena pegang
lagi sorang baby.
Sayang rupenya baba dengan mama kan hiks...

Yang ni baba beli bag untuk barang budak.
Baba beli bag yang besar RM89 ke RM95 tak ingatlaa.
Boleh letak susu, lampin, baju bla bla..
PAPA DEAPER CARRY BAG (harus baba yang bawa).

Ini adalah hasil shopping untuk satu hari.
Sweet sangat tengok barang-barang ni semua.
So anak-anak mama and baba,
kamu kena tau baba banyak berkorban untuk kamu,
untuk memastikan kelengkapan kamu cukup sempurna.

Bak kata baba dia nak anak dia rasa sempurna
sebab baba dah puas hidup susah masa kecik.
Baba berjimat makan kat tempat kerja,
pagi-pagi baba buat breakfast,
balik kerja mama masak untuk makan malam.
Jarang mama n baba makan kat luar sekarang ni,
tengok wayang 2 kali je sepanjang preggy ni.
Atas reason berjimat untuk beli kelengkapan kamu..

Jadi anak yang baik, hormat baba n mama ye.
Bila kamu ada dalam rahim mama,
besar harapan mama n baba terhadap kamu..
LOVE BOTH OF YOU..

Rabu, 11 Mei 2011

Check Up Minggu Ke 30

Semalam 11.05.2011 (Rabu) aku ada appoinment dengan klinik aternatel TPG.

So check macam biasa, berat naik 2kg bg tempoh 2 minggu, so adalah sangat berat badan ni 62 kg, ko tak rasa macam raksaksa ke.

Check tekanan darah 110/70, then g makmal check air kencing amik HB darah.

Ok ini aku adalah sangat frust 9.4 hb, so scary tp dah agak pun dah ki3.

kemudian pergi check dengan nurse, nurse mintak aku pergi ambil darah.

Aku yang memang banyak alasan ni cakap sebab aku puasa kot darah cair hu3.

Dia cakap takde kene mengena huh, katanya kalau dah Anemia tu memangla cair darahnya. Tak lepas aku dari kena cucuk. Sakit siotttttttt. Hantar darah pergi makmal, result 8.6 hb hahhahaaaa memang kena maki dengan nurse.

Then aku di suruh jumpa Dr. Tew, bagus Dr Cina ni. Aku suka kalau dia yang check, dia akan buat secara menyeluruh. Dari pemeriksaan Dr, 1 baby dah pusing kepala ke bawah urrrmmmm sweet kan. Berat yang kurang katanya, so all baby adalh kecil. Baby 1 = 1.4 kg & Baby 2 = 1.2 kg. So Dr advice makan benda yang berzat. Ok Dr..


Isnin, 9 Mei 2011

Rahsia Yang Perlu Dijaga

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang
akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita
berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah
melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Bahaya Kekurangan Air Ketuban

Hari ni aku buat entry ni sebab ada member office aku mengalami masalah kekurangan air ketuban. Aku tak tau la benda ni bahaya tak kepada si ibu dan anak.

So aku cari maklumat ni dari Cik Google, so aku nak sharing kat korang supaya masalah ni tak dianggap mudah oleh kita yang tak berapa tahu tentang perubatan ni. Aku just suggest kan kat ibu yang kekurangan air ketuban, banyak kan minum air dan banyak berehat untuk mengurangkan risiko kecepatan pengurangan air ketuban.

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :

  • Ketuban pecah sebelum masa
  • Masalah pada uri
  • Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.

Kekuatan Hati

Hati dan perasaan tak boleh nak ditipu. Kalau suka terukirlah senyum di bibir, nampak manis je. Tapi kalau hati terguris, terasa keras otot-otot muka nak dibentuk. Hati dan perasaan yang tak dapat ditipu dengan air muka.

Macam-macam perasaan yang dilalui yang perlu dihadapi tanpa feeling nak mengubat luka sendiri. Hanya pada Mu tuhan aku mengadu, menyatakan betapa aku terasa, terguris, tersentak dengan perjalanan hidup yang telah engkau tentukan untuk aku. Hanya hanya mampu menangis dan redha dengan ketentuan engkau ya tuhan. Redha sepenuh hati kerana aku tahu engkau telah berikan aku yang terbaik dan aku perlu bersyukur kerana yang terbaik itu kadang-kala sedikit menyakitkan.

Aku insan yang meminta-minta ini, memohon belas ihsan Mu untuk menghadiahkan aku Kekuatan Hati. Aku tak mahu aku jadi manusia yang sangat rasa Loser dan Bodoh bila kekuatan hati tak dapat mengatasi perasaan gila itu.


Jumaat, 6 Mei 2011

Ikan Siakap Lallaallalaaaa

Hari ni b call.. Tapi aku tak pick up phone..
Then aku call balik..

S : Kenapa b call tadi?
B : Tak boleh ke nak call isteri b yang cantik ni?
S : Boleh (senyum2 kambing...) ..
Sayang ingat b nak ajak sayang makan ikan siakap huhuu..
Tapi tak bolehla kan, b kan lom masuk wet OT..
B : Sapa kata tak boleh.. Dah masuk la sayang..
S : Ohh ye ke.. So b taknak bawa sayang ke..
B : K malam ni, kita g Muara k..
S : Ohh YESSSSSS!!!!!! Hi3...
B balik awal tau..
B : 5.30 k..
S : K..

So, aku sangat teruja ni.. Ikan Siakap tunggu aku ye..
Aummmmmmmmmmm.. Hu3....

Khamis, 5 Mei 2011

Botol Susu BPA Free


Pada hari ini, semua ibu bapa sedang sebok tentang botol susu BPA Free ni.
Tentang bahaya penggunaannya untuk jangkamasa panjang, ada juga yang tak kisah,
ada jugak yang terlalu taksub (taksub sbb sayang)..

Bagi aku, mudaratnya BPA ni yang seperti gambar di atas.
Simbol2 ni setahu aku ada di bawah botol atau di garisan sukat air.
Dan setahu aku juga setiap satu simbol tu ada maksud dia,
yang tu aku pun tak berapa expert so para ibu bapa try google k.
Yang paling tinggi no 7 rasanya..

Aku pun sebagai bakal mama dan hubby sebagai bakal babah
tak terlepas dari risau akan kemudaratan BPA ni.
So we all cari botol susu yang dalam lingkungan kemampuan,
that why we choose BPA-Free Pureen PREMIUM.
Aku rasa harganya amat berpatutan dan mudah diperolehi (JJ, The Store dll).
Takdela aku mampu nak membeli jenama memahal like AVENT
walaupun pada mulanya jenama tu jadi pilihan hati..

Aku beli 2 biji botol susu 4 oz untuk air putih (Kuning and Pink).
Hubby yang pilih tau, sweet je huhhuu..
Harga RM 8.** sebotol. See murah tau..

Yang 7 oz aku beli 2 biji gak (Biru dan Biru).
Yang ni aku pilih, walaupun hati nk yang putih hu3.
Harga RM 9.** sebotol. Murahh winkkk..
Lagi satu kat botol susu ni, ada tulis terang-terang
BPA FREE..

Actually bukan tu je korang kena fikir tentang botol susu ni.
Tentang puting dia gak. Kalu ko pikir mampu nak beli puting harga
RM10 seunit its ok, tp untuk aku RM5 still on buget.
Lagi ko terasa kalau anak korang gigit hujung puting, kne plak hujung bulan.
Adoiii tp bg yang berkemampuan RM10 apela sangat..

P/s : Tepok dada, seluk poket.....

Isnin, 2 Mei 2011

Perkembanagn Janin Usia 7 Bulan

Janin Usia 7 Bulan. Lemak mulai menumpuk,dan sebuah zat lemak yang disebutverinix menutupi kulitjanin, sehingga janin tidak basah di dalam cairan amnionnya dan tubuhnya merasa hangat. Fungsi otak janin sudah mulai berkembang dengat sangat pesat. ermukaan otak menjadi berkerut-kerut,yang berguna bagi perkembangan selanjutnya. Sekitar lima hari setelah proses pengerutan dimulai, sel-sel syaraf akan dilapisi oleh lapisan lemak yang membuat proses penyampaian rangsangan dari jung-ujung sel syaraf menjadi lebih cepat, mudah,dan lebih efisien. Perlu diketahui, otak manusia akan mengalami masa keemasan pada saat janin berusia 7 bulan dalam kandungan hingga berusia 5 tahun.

Perkembangan Janin Minggu ke-25

Berat janin kini mencapai sekitar 700 gram dengan panjang dari puncak kepala sampai bokong kira-kira 22 cm. Sementara jarak dari puncak rahim ke simfisis pubis sekitar 25 cm. Bila ada indikasi medis, umumnya akan dilakukan USG berseri seminggu 2 kali untuk melihat apakah perkembangan janin terganggu atau tidak. Yang termasuk indikasi medis di antaranya hipertensi ataupun preeklampsia.

Perkembangan Janin Minggu ke-26

Pembuluh darah kapiler dibawah jaringan kulit janin mulai dialiri darah. Permukaan kulit yang tadinya keriput perlahan-lahan menjadi semakin halus dan licin. Mata telah terbentuk sempurna. Begitu pula telinga yang telah mampu mendengarkan. Kepala janin menjadi lebih kecil ketimbang tubuhnya (kepala telah proporsional dengan ukuran tubuh).
Di usia ini berat janin diperkirakan hampir mencapai 850 gram dengan panjang dari bokong dan puncak kepala sekitar 23 cm. Denyut jantung sudah jelas-jelas terdengar, normalnya 120-160 denyut per menit.
Sementara rasa tak nyaman berupa keluhan nyeri pinggang, kram kaki dan sakit kepala akan lebih sering dirasakan si ibu. Begitu juga keluhan nyeri di bawah tulang rusuk dan perut bagian bawah, terutama saat bayi bergerak. Sebab, rahim jadi makin besar yang akan memberi tekanan pada semua organ tubuh. Termasuk usus kecil, kantung kemih dan rektum. Tak jarang ibu hamil jadi terkena sembelit, namun terpaksa bolak-balik ke kamar mandi karena beser.

Perkembangan Janin Minggu ke-27

Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalinya. Janin terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya janin mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.
Janin kini beratnya melebihi 1000 gram. Panjang totalnya mencapai 34 cm dengan panjang bokong ke puncak kepala sekitar 24 cm. Di minggu ini kelopak mata mulai membuka. Sementara retina yang berada di bagian belakang mata, membentuk lapisan-lapisan yang berfungsi menerima cahaya dan informasi mengenai pencahayaan itu sekaligus meneruskannya ke otak.

Perkembangan Janin Minggu ke-28

Testis bayi laki-laki akan turun ke kantung skrotum. Jaringan otak berkembang. Sekarang janin anda dapat bermimpi. Puncak rahim berada kira-kira 8 cm di atas pusar. Gerakan janin makin kuat dengan intensitas yang makin sering, sementara denyut jantungnya pun kian mudah didengar. Tubuhnya masih terlihat kurus meski mencapai berat sekitar 1100 gram dengan kisaran panjang 35-38 cm. Kendati dibanding minggu-minggu sebelumnya lebih berisi dengan bertambah jumlah lemak di bawah kulitnya yang terlihat kemerahan. Jumlah jaringan otak di usia kehamilan ini meningkat. Begitu juga rambut kepalanya terus bertumbuh makin panjang. Alis dan kelopak matanya pun terbentuk, sementara selaput yang semula menutupi bola matanya sudah hilang.

PESAN

  • Periksakan kehamilan minimal 1 kali pada bulan ke 7 dengan tujuan untuk mengetahui posisi kepala bayi apakah sudah benar atau tidak (persentasi kepala). Bila persentasi belum benar, ibu dinasehatkan melakukan upaya-upaya yang bisa membetulkan posisi, misalnya : ibu sering nungging.
  • Memperhatikan kosumsi makanan (kwalitas dan kwantitas) mengingat pada posisi kecil harus lebih sering karena perut ibu sudah terdesak rahim yang membesar.
  • Ibu dan keluarga dinasehatkan untuk merencanakan tempat persalinan dimana dan biaya yang diperlukan bila saat melahirkan memerulukan rujukan siapa yang memutuskan, transportasi dan lain-lain]
  • Ibu mulai berlatih mengejan.