SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 22 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” adalah terbitan KRU Studios. Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia) dan lain-lain.

Citer ni sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Serius aku nak pecah gegendang telinga dengan bunyi-bunyi yang terlalu sarat bagi aku. Anak dalam perut aku pun tak duduk diam dalam perot.

Hujung minggu yang lepas-lepas, b ajak tengok wayang. Aku dalam best tak best follow la. Yela mood aku cepat berubah time mengandung ni, asal penat je mula la nak baring je. Dengan aku yang serba selekeh pergi la menonton jam 10.10 malam.

Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Tapi aku lagi suka gundek Puteri tu hu3, very funny..

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Hahahaa kalau pempuan dah jadi tebusan mesti *7)%#@_;"/+ punya tp aku rasa babak tu kne potong (Umi) yang time puteri tu dia selamat sebab tak cebok hu3. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Filem ni makan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Universal Pictures International Entertainment Ltd telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia. Syabas KRU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan