SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 7 Mac 2011

Daging Masak Kicap

Semalam adalah sangat rajin okey. Sebab aku telah memaksa diri yang tengah berat ni untuk masak daging masak kicap. Dulu aku paling payah kalau nak masak kicap sebab aku adalah tersangat malas nak rebus daging dulu.

Hahhaaaa nasib baik encik hubby nak jugak kat pempuan malas macam aku nie hu3. Rupanya tanpa kita rebus dulu daging tu pu kita boleh masak daging tu, punya la cetek ilmu memasak aku kan.. Kantoi sudah.. Nak masak ni pun mak mertua aku dah bagi hint macam mana nak masak daging ni hu3. Mak mertua aku yang belikan daging ni dan dia sudah hiriskan daging ni kecik2 untuk aku. Tengok betapa sayang mak mertua aku kat aku, hahhaaa perasan betolla pempuan nie.. Tak cukup aku siap mintak tolong kat Cik Google lagi..

Kat sini aku tunjukkan cara nak masak daging ni okey. Rasa pun boleh tahan tau.
Untuk makan 2-3 orang..

BAHAN A :
Bawang besar 1 bj
Bawang putih 2 biji
Halia 1cm
Kayu manis (kecik)
Bunga lawang 1 biji
Cili padi / serbuk lada (secukup pedas anda)
**Korang nak hiris / tumbuk pun boleh, tp untuk aku yang sedia rajin ni harusla hiris kan hahaa. Goreng semua bahan A di atas.

BAHAN B :
Cili belender (2 sudu)
Sos tiram
Sos Cili
Kicap Masin / manis
Masukkan air (1 cawan)
**Masukkan bahan B mengikut citarasa anda. Air pastikan menutupi daging, sekiranya daging masih liat tambahkan air dan biar sampai empuk. Lastly masukkan garam atau selainnya secukup rasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan