SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 24 Mac 2011

Sentapppppp

Aku mengandung ni sensitif betul.
So harap maklum wahai suami ku, perlulah sekiranya anda sensitif sikit dengan wanita yang membawa anak-anak mu dalam perit ku ini. .
Ha, terasa tak terasa tak??

Emm aku touching betulla, bila b ni kasar sikit dengan aku.
Ha, mula aku rasa macam idup sorang. Macam kena campak kat pulau tengah-tengah laut merah.
Sentappp hati aku, aku dengan anak aku je tau hu3.
Yela, harini aku hati sayu so anak2 dalam perut macam faham je.
Dua-dua tak mengganas macam selalu.

Selasa, 22 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” adalah terbitan KRU Studios. Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia) dan lain-lain.

Citer ni sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Serius aku nak pecah gegendang telinga dengan bunyi-bunyi yang terlalu sarat bagi aku. Anak dalam perut aku pun tak duduk diam dalam perot.

Hujung minggu yang lepas-lepas, b ajak tengok wayang. Aku dalam best tak best follow la. Yela mood aku cepat berubah time mengandung ni, asal penat je mula la nak baring je. Dengan aku yang serba selekeh pergi la menonton jam 10.10 malam.

Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Tapi aku lagi suka gundek Puteri tu hu3, very funny..

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Hahahaa kalau pempuan dah jadi tebusan mesti *7)%#@_;"/+ punya tp aku rasa babak tu kne potong (Umi) yang time puteri tu dia selamat sebab tak cebok hu3. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Filem ni makan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Universal Pictures International Entertainment Ltd telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia. Syabas KRU..

Rabu, 16 Mac 2011

Hand Of Hope



Terjemahan dari artikel asal.

Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner. Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku. Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk 'Hand of Hope -Tangan Harapan".

Dalam tulisannya berkenaan gambar ini, "Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata, "Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit, tp ia adalah mengenai seorang insan kecil."

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya. Subhanallah..

Sabtu, 12 Mac 2011

Perkembanagn Janin Usia 5 Bulan

Pada bulan ini, janin mulai mengenali lingkungan sekitarnya. Janin pun mulai merasakan berbagai sensasi. Alis mata dan rambut halus di kulit kepala mulai tumbuh dan ini bersifat sementara. Dua minggu setelah bayi lahir, rambut-rambut ini akan rontok. Jadual kegiatan janin relatif teratur. Pada pagi hari hingga menjelang esok hari, janin akan berehat. Karana pada rentang waktu ini, janin melakukan gerakan yang relatif sedikit. Pada malam hari, janin beraktivitas aktif, sehingga kadang-kala mengganggu kegiatan tidur ibu. Pada usia lima bulan, janin memiliki panjang badan 25 cm.

Perkembangan Janin Minggu ke-17

Kulit janin berkembang dan transparan. Terlihat merah karana pembuluh darah masih terlihat jelas. Telinga sudah terbentuk sempurna dan berada pada posisi akhir. Meski matanya terpejam, janin dapat menangkap cahaya yang terang. Dengan berat sekitar 120 gram, hingga bentuk rahim terlihat oval dan bukan membulat. Akibatnya, rahim terdorong dari rongga panggul mengarah ke rongga perut. Automatik usus ibu terdorong nyaris mencapai daerah hati, hingga kerap terasa menusuk ulu hati.
Pertumbuhan rahim yang pesat ini pun membuat ligamen-ligamen meregang, terutama bila ada gerakan mendadak. Rasa nyeri atau tak nyaman ini disebut nyeri ligamen rotundum. Oleh karena itu amat disarankan menjaga sikap tubuh dan tak melakukan gerakan-gerakan mendadak atau yang menimbulkan peregangan.

Perkembangan Janin Minggu ke-18

Sekarang Janin sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda. Janin akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras. Otot Janin sudah dapat berkontraksi dan relaks, Janin sudah dapat menendang, meninju dan bergerak sangat aktif. Dalam minggu ini mungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertama kali.
Taksiran berat janin sekitar 150 gram. Rahim dapat diraba tepat di bawah pusar, ukurannya kira-kira sebesar buah semangka. Pertumbuhan rahim ke depan akan mengubah keseimbangan tubuh ibu. Sementara peningkatan mobilitas persendian ikut mempengaruhi perubahaan postur tubuh sekaligus menyebabkan keluhan punggung. Keluhan ini makin bertambah bila kenaikan berat badan tak terkendali. Untuk mengatasinya, biasakan berbaring miring ke kiri, hindari berdiri terlalu lama dan mengangkat beban berat. Selain itu, istirehatkan kaki anda dengan meletakkan kedudukan kaki lebih tinggi.
Mulai usia ini hubungan interaktif antara ibu dan janinnya kian terjalin erat. Tak menghairankan setiap kali si ibu gembira, sedih, lapar atau merasakan hal lain, janin pun merasakan hal sama.

Perkembangan Janin Minggu ke-19

Sekarang panjang janin sekitar 23 cm dengan berat 200 gram. Jika belum juga merasakan gerakan janin, mungkin minggu ini anda akan mulai merasakan gerakannya. Otak janin telah mencapai jutaan saraf motorik karenanya ia mampu membuat gerakan sadar seperti menghisap jari. Sistem saraf janin yang terbentuk di minggu ke-4, di minggu ini makin sempurna perkembangannya. Jika lubang yang ada tersumbat atau aliran cairan tersebut terhalang oleh penyebab apa pun, kemungkinan besar terjadi hidrosefalus/penumpukan cairan di otak. Jumlah cairan yang terakumulasi biasanya sekitar 500-1500 ml, namun bisa mencapai 5 liter! Penumpukan ini jelas berdampak fatal mengingat betapa banyak jumlah jaringan otak janin yang tertekan oleh cairan tadi.

Perkembangan Janin Minggu ke-20

Kulit yang menutupi tubuh janin mulai bisa dibezakan menjadi dua lapisan, yakni lapisan epidermis yang terletak di permukaan dan lapisan dermis yang merupakan lapisan dalam. Epidermis selanjutnya akan membentuk pola-pola tertentu pada ujung jari, telapak tangan maupun telapak kaki. Sedangkan lapisan dermis mengandung pembuluh-pembuluh darah kecil, saraf dan sejumlah besar lemak.
Seiring perkembangannya yang pesat, keperluan darah janin pun meningkat tajam. Agar anemia tak mengancam kehamilan, ibu harus mencukupi kebutuhannya akan mengambil zat besi, makanan seimbang mahupun suplemen yang disyorkan doktor. Otot Janin semakin kuat setiap minggu. Jika masih belum dapat merasakan gerakannya, anda pasti akan merasakan gerakannya sekarang. Mungkin saja anda mengartikan gerakannya pertama kali seperti angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelembung di dalam. Janin bergerak sekitar 200 kali sehari, tapi anda hanya merasakan sedikit dari semua gerakan ini.

Rabu, 9 Mac 2011

Sazzy Falak

Comelkan Sazzy time preggy ni, emm aku comel takkk..
Harus comel okey sebab malam tadi hubby cakap i Comel..
Eh bukan SANGAT COMEL okey hi3..

Empat tahun usia perkahwinan Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus, akhirnya Sazzy kini hamil 8 bulan dan bakal menimang cahayamata sekitar April 2011. Dan apa yang lebih menggembirakan apabila Sazzy disahkan mengandung anak kembar, emmm happykan lagi-lagi bila usia perkahwinan dorang ni hampir 4 tahun baru disahkan hamil. So aku harus bersyukur, ALHAMDULILLAH YA ALLAH dengan reziki yang engkau beri..

Kalau pasangan ni tak kisah dengan jantina anak yang bakal lahir, begitu juga aku. Walaupun dalam hati aku teringin nak baby boy, tapi aku just hoped baby-baby dan aku sihat dan selamat kelak. Dalam diam aku mula rasa tak sabar nak jumpa dengan bakal anak-anak mama ni hu3. Excited rasanya nak share kegembiraan ni dengan hubby..

Isnin, 7 Mac 2011

Daging Masak Kicap

Semalam adalah sangat rajin okey. Sebab aku telah memaksa diri yang tengah berat ni untuk masak daging masak kicap. Dulu aku paling payah kalau nak masak kicap sebab aku adalah tersangat malas nak rebus daging dulu.

Hahhaaaa nasib baik encik hubby nak jugak kat pempuan malas macam aku nie hu3. Rupanya tanpa kita rebus dulu daging tu pu kita boleh masak daging tu, punya la cetek ilmu memasak aku kan.. Kantoi sudah.. Nak masak ni pun mak mertua aku dah bagi hint macam mana nak masak daging ni hu3. Mak mertua aku yang belikan daging ni dan dia sudah hiriskan daging ni kecik2 untuk aku. Tengok betapa sayang mak mertua aku kat aku, hahhaaa perasan betolla pempuan nie.. Tak cukup aku siap mintak tolong kat Cik Google lagi..

Kat sini aku tunjukkan cara nak masak daging ni okey. Rasa pun boleh tahan tau.
Untuk makan 2-3 orang..

BAHAN A :
Bawang besar 1 bj
Bawang putih 2 biji
Halia 1cm
Kayu manis (kecik)
Bunga lawang 1 biji
Cili padi / serbuk lada (secukup pedas anda)
**Korang nak hiris / tumbuk pun boleh, tp untuk aku yang sedia rajin ni harusla hiris kan hahaa. Goreng semua bahan A di atas.

BAHAN B :
Cili belender (2 sudu)
Sos tiram
Sos Cili
Kicap Masin / manis
Masukkan air (1 cawan)
**Masukkan bahan B mengikut citarasa anda. Air pastikan menutupi daging, sekiranya daging masih liat tambahkan air dan biar sampai empuk. Lastly masukkan garam atau selainnya secukup rasa..

Ahad, 6 Mac 2011

Sengal Ubi

Pagi ni macam sengal.. sebab aku tiba2 teringat sesuatu yang tak penting..
TAK PENTING!!!!!
Terus msg hubby..

Syg : B rindu.. Nak Polok boley.. Hu3..
B : Boleh, cepat meh la sini peluk B..
Syg : Kalau macam tu harini B balik awal yew..
B : Tak boleh.. Harini banyak keje..
Syg : :( (Sentap sudah)

P/s : Mama dengan anak-anak tak nak kawan babah harini... Blueeerrrrrkkkkk...

Khamis, 3 Mac 2011

Feeling Good

Macam mana agaknya rupa baby mama & babah ye..
Tak sabar rasanya nak jumpa dengan kamu berdua..
Pakat baik-baik ye dalam perut mama..

Mama sayang kamu berdua..

Pergerakan Bayi Anda Di Dalam Perut

Satu Artikel Yang Aku Boleh Share Dengan Bakal-bakal Ibu. Enjoyyyyy..

Apakah yang bayi buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Air amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda memuncak pada masa ini, dan pada minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali. Hu3, sweetkan bunyinya..

Dalam tempoh 2 minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang ok.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk. Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda. Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Selasa, 1 Mac 2011

Tempe Masak Sambal 2

You all tau kan aku masak tempe samabal semalam..
Harus berjaya ok.. Aku masak dengan penuh susah payah..
Almaklumla aku nak bawa perut aku lagi, nak ke kiri ke kanan lagi..
Terasa pergerakan tu adalah terbatas dan sangat lambat okey..

Dari jam 5.40 petang, tepat jam 7.00 malam aku siap masak sambal tempe dengan sayur goreng. Start dari aku masak tu perut aku memanjang mengeras je. Aku pun tak tau kenapa. Tapi perut aku mengeras sampai ke malam, aku je yang tau macam mana aku menahan sakit perut aku tu. Aku rasa punca nya adalah aku angkat lesung batu dan menumbuk bawang..

Kat umah, aku pakai lesung bersaiz sederhana tapi bagi aku berat sebenarnya lesung tu. Time anak dara, ibu aku pakai lesung batu yang saiz kecil, sesuai dengan aku yang memang kalau tumbuk bawang tak pernah lumat betul hu3. Selalu ibu aku kena tumbuk balik hahhaaa..