SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 24 Februari 2011

Hampa Lagikah Aku

Hari ni B dapat Bonus...
Yeaaaaa hahaaha.. Dalam hati macam2 nak mintak, maklumla aku keje Gov mana ade Bonus, kalau ade pun tak rasa la..

B awal-awal lagi dah cakap nak bawa aku bercuti, yela aku mana ade pergi honeymoon. Yela 3X pospond nak g Honeymonn (Kuantan Pahang, Bukit Tinggi Indonesia & Gambang Pahang). Takpelah kata aku tapi dalam hati sikit sedihla sebab aku morning sickness yang teruk. At least aku dah berjalan sampai ke Kota Tinggi time aku belom sebulan kawen. So takla hampa sangatkan.. Cehhhh nak sedapkan hati la tu, MENCIKKK..

Dengan keadaan aku yang mengandung ni memangla tak kuasa aku nak berjalan. Aku nak baring je kat umah tengok TV hahahaa , Best Wooo..

So time nak g solat jumaat B call..

B : B malu nak cakap
Syg: Why? Bonus tak dapat ke?
B : Tak seperti yang diharapkan
Syg: Emmm kan syg dah cakap, B kan anak tiri (anak tiri kepada majikan).. Heee..
B : Tulaaaa.. Macam mana nak bawa syg jalan ni
Syg: Emm takpela, klu B rasa tak cukup, tak payahla.. (Dalam hati dah sentap)
B : Boleh tapi tak dapatla nak g jauh-jauh, PD ok la
Syg: Ok syg ikut jew.. PD???? Huh??? (No Bukit Merah, No Pulau Pangkor, No Kuantan Huhhh.. sabar aje lah)
B dapat berapa?
B : 2.45 bulan jew.. Lebih 1.5 dari yang lepas.. Still ade rezeki untuk anak-anak..
Syg: Ok la tu.. Alhamdulillah..

Nasib baik aku mengandung ni jenis yang malas nak berjalan. So saving sikit duit laki aku. Kuat makan lagi la tidak kan..

Yela aku paham B nak saving duit nak buat kenduri Doa Selamat untuk aku yang hamil 7 bulan bulan Mei nanti. Tidaklaaaa ade lenggang perut bagai, aku bukan jawa, sampai kena mandi dengan kain batik. Cukupla sekadar doa selamat supaya anak kembar aku dan anak aku selamat time bersalin nanti..

Belom persediaan lagi, hhahaahaha gile aku tengok baju baby mahal ok. Lebih mahal baju budak-budak ni dari aku. Punya la saving aku buget beli baju baby 15 helai je untuk 2 budak ni. Huhh adjust la kau macam mana pun, sedihhh lol. Confirm anak-anak aku lebih banyak pakai lampin la dari lampin pakai buang sebab "membazir amalan syaitan, berjimat tu penting sebab ayah nak menyimpan untuk masa depan kamu berdua"waaaaa boleh pakai ayat ni. Barang-barang memangla kena beli dua, tapi aku beli satu dulu pengsan laki nak membeli bagai.

Emmm tengokla macam mana esok ke tulat kew..
Kalau jadi, jadilah aku nak berjalan.. Huhuhuuuu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan