SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 31 Januari 2011

Pregnant..

Lama aku tak update blog ni. Bebanan kerja yang semakin banyak dan bebanan kepala yang semakin merunsingkan.. Cecceceeee thah ape thah yang berat sangat gak nye tu..

EEmmmm aku ingat aku nak simpan je tapi ape salahnya berkongsi dengan blog sendiri.. Takde harap pun sesape nak baca blog ni, ada aku kesah hahhahaaa..

I'M PREGNANT...
WHAT...??

Yes.. Baru sebulan bernikah aku disahkan mengandung. Actually aku gembira sangat pada masa tu, tapi perpepsi aku berubah bila aku mengalami morning sickness yang teruk. Ya Allah aku je yang tahu bertapa aku tak bersemangat nak hidup. Hilang selera makan aku, setakat perut sakit sebab lapar aku dah tak kisah, yang aku tau aku nak melayan perasaan sedih aku yang dah tak bersemangat tu. Ape saja yang masuk dalam mulut pasti akan keluar balik, event seteguk air pun. See how sad..

3 bulan awal mengandung aku stress sangat, airmata tak sudah-sudah jatuh. Aku mudah menangis, sedih, cepat marah. Bila aku stress sangat aku mesti telepon mak aku cakap tak nak mengandung, aku dah tak tahan. Nasib baik mak aku tu suruh sabar banyak2, laalui sahaja benda tu semua. Aku macam hidup sebab aku ada nyawa je, tu yang aku rasa. Pergi keje, dah macam zombi (muka orang tak siap), balik keje dah macam baby, tido je lantakla nak runtuh rumah ke, nak bersawang ke, ada aku peduli..

Hubby pada awalnya banyak memberi sokongan, lama2 dia pun tak sabar sebab aku asek baring je. Dia balik kerja aku da tido. Kadang2 dalam sehari hanya 2 3 patah perkataan je yang keluar dari mulut aku. Aku tau dia boring, so kadang2 bila aku bercakap tu, aku bercakap kerana terpaksa @ merapu. Last2 angin dia tak baik, aku kena bebel, lagi aku stress. Aku pun nangis la lagi, ye la aku yang rasakan sakit pening tu semua..

Aku bertambah stress sebab hubby dah mula bising sebab aku langsung tak nak masak, mengemas dan lain2. Senang cerita semua kerja rumah sebagai seorang isteri memang aku tak laksanakan. Aku tau aku yang salah tapi kudrat dan semangat aku yang menghalang aku dari melaksanakan tugas. Phewww ayat aku kan, klu dah salah tu salah je la. Yela yela aku tau aku berdosa, maaf b. Satu hari b membebel kat aku, non stop. Aku tak tau nak cakap macam mana, aku dapat rasa badan aku menggigil aku rasa macam nak nangis dan jerit kuat-kuat. Aku tertekan yang aku rasa aku sendiri dah tak dapat fikir. Aku ambil panadol telan, mata aku pun terus layu dan tido dalam kebasahan airmata yang belom kering..

Masa berlalu, hanya airmata menjadi peneman peneman ketika hati rasa tak senang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan