SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 20 Disember 2011

SBPA

Kalau korang berkerja dengan Gov mesti korang tau ape tu SBPA..

Takde ape pun aku nak cerita.
Tapi aku macam tak berapa suka la dengan cara sesetengah individu yang mempertikaikan kenaikan gaji mengikut tangga gaji saraan baru ni.
OK fine, ade yang naik banyak, ada yang nail sikit sebab 2 tangga akan dijadikan 1 tangga dalam sistem kenaikan gaji tahunan..

Aku rasa cukup sekadar bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi, tak kisah la berapa pun kenaikan ko, STILL KENAIKAN KAN?. Tapi tak payah la sampai nak sakit kepala bagai kerana fikir dek gaji orang lain naik. So aku sangat tak faham, mungkin gaji dia naik banyak tapi kenaikan tahunan ko banyak kan..

Mungkin sebelum ni, bekas PM Abdullah memberikan kenaikan gaji sama-rata , tak silap 4% dan yang sekarang ikut tangga baru ni. Aku rasa cukup sekadar bersyukur dengan rezeki yang Tuhan dah bagi. Mana tau masa akan datang akan ada lagi kenaikan gaji mengikut pengalaman kerja ke? Sebab yang baru ni pegawai baru dan lama, tangga gaji adalah lebeh kurang..

Cukup gaji yang kita terima tiap-tipa bulan, cukup untuk sara diri dan keluarga bersyukur lah. Lepas tu kalau rasa tak puas hati lagi, cuba tengok cara kita berkerja, menepati masa ke? Ke selalu missing in place. Kerja selalu terabai, MC memanjang, half day selalu ataupun ada kat office tapi dok main game je memanjang...
So kawan-kawan seangkatan BERSYUKURRR YEEEEE.....

Khamis, 15 Disember 2011

Nak tengok wayang

Baba lama kita tak tengok wayang kan..
Jom weekend ni kita g merampus kat wayang..
Lalllalaaaaa.. Cerita Ombak Rindu..
Kita g feelling2 macam tengah bercinta macam zaman kurus-kurus dulu..
Hahaahaaa...

Pastu dear, i nak tengok kat MBO kat Harbour Place..
Emm kita tak pernah cucimata kat situ kan..
I teringin cube tengok Movie tempat baru..
Muntah sekejap k!!!!! Gedikkkkksss..

Sara kat mana harus kita hantar ye..
Kalau di bawa Sara ni, abis Ombak Tangis yang ado..
Hemmmmmmmmmmmmmmmmm..

Makngah Ima Plase take care of ur Sara..
Ayat killer:
Hah, sapa suruh aku bersalin..

Lirik : Ombak Rindu

Lirik Lagu : Ombak Rindu
Penyanyi : Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Isnin, 28 November 2011

Janganla Demam Dikkk

Tadi atok ibu call..
Dia cakap badan Sara panas..
Mama dengar je suara Sara merengek..

Aku cakap dedor je kan?? Maybe takde pape..
Tapi ibu cakap, bukan dedor macam biasa tu.
Kali ni panas, nafas Sara pun panas..

Alahaiiii susah hati mama dengar dik..
Mama nak balik, ma dah ambil cuti 3 hari..
Adikkk sabar ye, tunggu mama balik yee..


Akaun Tabung Haji

Hari ni aku dan Sara buka akaun TH dengan harapan
dapat kumpul duit banyak-banyak, pastu boleh pergi Haji..
Wahhh keinsafan datang, bila bank simpanan yang
menyusut dengan rakus lately ni...

So conclution, buka TH pastu deposit melalui potongan gaji..
Potong takla banyak tapi ambil masa 5tahun juga la kalau nk RM10K..
Sara pun aku tak tinggalkan, deposit melalui potongan gaji aku..

Mari la sama-sama kita menyimpan ye dik..
Untuk masa depan kita bersama..

Selasa, 22 November 2011

Harimau

Bila la harimau nak mengaum ni..
Addeiiii lambatnya, takde sebarang tanda-tanda harimau nak muncul ni.
Cepatla cepatla..

Poket acik dah kempis giler nie..
Lalalllaaa hati teringin nak makan KFC..
Lalllaalallaa hati teringin nak beli baju kurung moden coluor Kuning..
Lallaaa hati teringin nak beli tudung baru..
Lalalaa hati teringin nak enjoy tengok wayang..
Lallaaallaaa bila harimau nak mengaummmm..

Ngaummm Ngaummm..

Khamis, 10 November 2011

Nor Hani Qaisarah 4 Bulan

Sara sekarang dah berusia 4 bulan, emm sekejap je kan.
Rasanya baru semalam kawin dengan En Hafiz uwekkkk..
Teheeee..
Semoga anak mama sihat selalu k, Mama sayang Sara..
Fav Sara, hisap semua jari dalam mulut..
Jangan kaki sudahka dikkkkk.. Fingsann..
Kalau Sara senyum, mama pun senyum :)
Sekarang Sara dah ada keinginan nak menyentuh,
so sifat ingin tahu tu dah ada, paling rakus tarik rambut mama,
sakitttt T_T

Balik dari kerja terus ajak baba beli Nappy Liner sebab
mama nak try pakaikan adik lampin kain moden / cloth diaper
Cari kat Butik Fiffy, RM9.** / 120pcs.
CD RM 200 / 10 pcs
Sara ada 10 CD tapi lagi 3 tengah sidai baru lepas cuci.
Harus cuci ok, tak nak la buntut anak nanti nanti ada rash.
Oleh kerana Sara semakin membesar, mama belikan adik baju Oren ni
Very sweet bila Sara pakai, RM39.90
Baju Rabbit Sara hu3.. Around RM 12.**..
Harus beli sebab baju tido Sara dah kuar perut & tak boleh butang addeiiii..
RM 15.** tapi baru perasan pinggang adalah kecik. Hurmmmm..
Wajib beli sebab puting lama macam ada bunga reflisia winnkk
RM 28.** untuk 2 puting..
Rebben adik, comel RM7.90 je....

Actually aku lebih suka membeli barang Sara kat Butik Fiffy,
sebab bagi aku harganya berpatutan.
Takde la aku nak beli baju yang terlalu mahal,
budak cepat membesar so plz jgn membazir..
Sesekali takpe, kalau baba dapat bonus ker??
Nak ke Baba belikan untuk mama sekali??
Babaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Note : Baba ada cakap dengan mama, agak-agaknya bila dia besar nanti ada tak adik belikan baju untuk kita macam kita berhabis untuk sediakan baju dia. Takpe ba ni dah tanggungjawab kita..

Rabu, 9 November 2011

Pengakuan Dirogol di Hot FM

Serius pengakuan perempuan ni buat aku touching.
Mendengar pengakuan dia, aku tau dia kuat.
Aku bersyukur sebab keluarga dia tak blame dia,
sebaliknya bagi dia semangat dan kekuatan.

Dia dirogol oleh sekumpulan lelaki, dalam 20 orang kalau aku tak silap dengar.
Dia dipengsankan semasa kejadian.
Kejadian berlaku di Johor.
Dia dan keluarga buat laporan polis.
Selepas siasatan 2 orang dapat ditangkap.

And dia bawa kes tu ke mahkamah tanpa bawa lawyer bersama.
Si perogol tu bawa lawyer, terang-terang dah takut.
Yang benar tetap akan menang, si mangsa menang kes. Alhamdulillah..
Si perogol dihukum penjara dan perlu membayar gantirugi RM23K kepada mangsa.

Tapi sedih bagi si perempuan, katanya apa gunanya duit kalau
dirinya hilang maruah diri.
Walau bagaimanapun dia puas dan syukur sebab si pelaku telah dapat hukumannya.

P/s kepada anak gadis & wanita :
Adalah baik jika kita menjaga maruah diri sebaiknya, jangan sesekali membenarkan diri hilang kawalan dek kerana cinta atau keseronokan dunia. Keseronokan dunia adalah sementara.

Isnin, 7 November 2011

Qaisarah Dalam Bakul Baju

Time ni aku dalam cuti berpantang lagi..
Sara macam biasa pagi2 lagi dah bangun nak hantar baba keje.
Aku keluar dari bilik tengok anak ada dalam bakul.
What???? Baba ape awak buat ni?
Tapi nak marah tak jadi sebab Sara senyum je,
walaupun duduk dalam bakul baju hahhaaa..

Emm suka hati la korang..
Bergelak berdua, yang Sara ni suka je bila ada orang agah dia.
Time ni Sara baru nak masuk 3 bulan..
Nasibla tulang anak tu kuat Baba oiiii..

Khamis, 3 November 2011

MULUT ORANG

Bila terjadi la sesuatu kejadian...contohnya orang tu sakit...ada la mulut orang..

'ha tu sakit sebab banyak dosa la tu..Tuhan nak balas'

Bila orang pegi Haji dan berlaku someting yang tak diingini..

'mesti ada
someting orang tu buat, tu yang dapat basalan'

Bila banjir atau musibah berlaku...

'ha tempat tu memang ramai orang buat dosa sangat, rasakanlah'

ewahhhh....tapi bila kena banjir kat rumah sendiri...tiba2 dah takdir pulak...

takde pulak dia fikir dosa dia, kalau diri sendiri sakit, tak ada pulak fikir dosa sendiri..tapi bila orang lain yang ditimpa musibah...ringan sangat mulut tu nak calculate dosa orang...

Untuk apa? kalau betul pun dia berdosa dengan Allah, kalau betul pun Allah nak duga dia, nak hukum dia, itu cerita dia dengan Allah... tak payah la nak sambung-sambungkan kisah dia..

tak boleh ke, kalau kita tah tau orang tu kena hukuman Allah, kita rasa insaf, dan takut apa pulak hukuman untuk kita...tak boleh ke kita doakan kebaikkan orang tu?

Ramai sangat yang perangai macam ni..contoh la kan...kalau kau ada emak, dan dia pegi haji, tiba2 emak kau sakit kat sana..dan tiba2 ada orang yang kau tak kenal pun berbisik dengan kawan2 dia, tu mesti ada buat salah tu...tu yang sakit tak boleh solat kat sini.

Kadang2 aku dengar, aku yang geram...baru2 ni ada kes yang hamba Allah meninggal sebab jatuh bangunan...innalillahiwainnailaihirojiun...ada jugak mulut yang cakap buat dosa itu ini itu ini, mengucap aku dalam hati... Itu kuasa Allah, dia nak tarik nyawa siapa yang dikehendaki-Nya tak kira hamba dia banyak pahala atau dosa...

Tulah manusia, suka bercakap tanpa berfikir....yang bercakap pun dengar macam lancar, tapi bila dengar semua ayatnya tak boleh pakai....

kepada yang terasa-rasa diri selalu cakap macam tu...fikirkanlah...kalau terdetik dalam hati pun kalau boleh jangan...tapi kalau dah terdetik tu..jangan pulak bgtau semua orang. kalau betul pun kisah silam orang tu buruk, pernah buat itu pernah buat ini, diam je..jadikan pengajaran dalam hidup...tak payah nak war-warkan...tak dapat pahala pun....

Aku ni tak ada la baik sangat, tapi aku tak ada la sanggup nak cakap pasal orang yang aku tak kenal, tak ada la aku sanggup nak kira dosa orang, senyum orang lain kena duga.. Aku yang kecik ni boleh fikir (kecik katatanya..hikhik) takkan la yang lagi tua dari aku tak boleh nak fikir....

adik-adik...dengarlah cakap akak ni..akak tak tipu....kalau tipu pun sikit2 je...lalalalala~~~

Aku tiba2 feeling baik, hehe....Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Isnin, 31 Oktober 2011

1st Anniversary Wedding

Rancangan nak menyambut 1st Anniversary (1 Oktober 2011) ni,
harus datang dengan tiba-tiba.
Harus esok nak pergi, petang bincang, malam booking hahhaaaa gilerkan.

Mana yang mudah, dekat dan happy.
So aku suggest Gold Cost Morib, 2 hari 1 malam.
1 - 2 Oktober 2011 / Sabtu - Ahad
Saja nak relaks kan diri bersama-sama winkkkkkk..
Sara adalah tinggal sob sob sob, aje memanjang dok ingat dia jer.
Sengalkan? kata bercuti tapi ajak B balik ambil Sara, hahhahhaaaaaaa..
Aku apply bilik Studio Suite, katil king size.
Fhewww very comfort, nyenyak tido ngehhhh.
Ni waterpak dia, kalau ko menginap di hotel,
ticket adalah termasuk dalam package.
Aku dan b mandi-manda tak lama pun sebab macam penat,
hahaa maklumla aku mana boleh lasak sangat,
baru lepas c-ser bersalin kan.
Ha, ni jakuzzi dia.
Aku ambil pict kat orang sebab aku lupe nak ambil.
Aku letak pict XXX nanti, ajer gile jadinye.
Harus seronok ok, aku fist time masuk dalam tab ni.
2 kali round, best lagi-lagi ada buble hehhe..
Main buih-buih sabun, bagaikan puteri lalallaalalaa.
Hahhaa ni muka tak sabar nak masuk tab mandi ni.
B : Sayang nanti kita buat bilik air macam ni yer
Syg : Ok tapi takyah la ada jakuzzi bagai
B : Ada jakuzzi la best, boleh tengok tv dalam air
Syg : ?????? What the?
Saje nak tunjuk tangan yang ada barang kemas.
Syg : Ishhh hitamnya tangan b?Macam tutttt
B : B gelap sebab cari rezeki untuk anak isteri b tau
Syg : Okeyy (Tawadukkkkkk).. -_-*

Malam we all makan Seafood kat luar,
Malam adalah hujan dan merengek nak makan tom yam panas.
Tom yam pulak rasa hancus, layak curah kat pokok getah je.
Serius aku tak makan, TOM YAM = MANIS, WTF??
Time breakfast time dari pukul 7 hingga 11 pagi rasanya.
Memang banyak pilihan, sampai tak terpilih rasanya.
Breakfast aku tak dapat makan banyak sebab perut memulas.
So no pict, sorryyyy.
Memikirkan bila dapat datang lagi, dapat relaks-relaks macam ni.
Hurmmmmmm..

Syg : B tiap-tiap tahun kita kena bercuti k.
B : Nak bercuti selalu tak dapatla
Syg : Atleast 1 kali setahun setiap 01 Oktober
B : Okey, jom balik cari duit lagi
Syg : Adeeiiiiii *_*)

Ahad, 30 Oktober 2011

Belas Kasihan Antara Haiwan & Manusia

Ape yang korang paham bila tengok beza 2 pict kat atas ni.
Rasa bodohkan bila tengok manusia2 yang tak berhati perut.

Bila aku tengok berita TV3 tentang budak tu,
aku cepat-cepat pergi tengok sara dalam buaian.
Rasa sedih yang amat, dah la diabaikan orang sekeliling,
dilanggar buat kali ke dua T_T.
Mana hilangnya belas kasihan mereka sebagai manusia.

Dalam hati aku harap budak tu mati,
sebab aku tau kalau hidup pun dia terseksa.
Haiwan kat atas ni pun lebih mulia, walaupun dia tak dikurniakan akal.
Manusia dibagi akal tapi tak guna.

Khamis, 27 Oktober 2011

Remuknya Rasa Hati

Remuk rasa hati ni, sakit rasanya bila aku tengok balik pict lama ni.
Rasa macam nak melaung pun ada.
Aku ingin sangat tengok kakak dengan adik.
T_T

Terus sayu je rasa hati ni.
Rasanya sanggup nak rasa balik perut ni sakit bila anak-anak
mama bergerak-gerak dalam perut mama.
Walaupun menitis airmata mama menahan senak dalam perut.
Walaupun menggigil-gigil badan mama menahan sakit.
Bergelembung, benjol-benjol perut mama bila kakak dan adik bergerak.
Mama sanggup...........
Mama sanggup...........

Ya Tuhan,
Kalau kau berikan aku peluang sekali lagi untuk mengandung. Kau berikan lah aku anak kembar, dan kau berikan lah aku peluang itu.

Rabu, 26 Oktober 2011

Khatan Qaisarah

Deepavali semalam aku dan hubby bawa Sara berkhatan.
Serius, Sara kalau nak jumpa doktor mesti nak melalak. So aku dah gelak dulu, dalam klinik dah melalak buat suspen je tau. Hurmmm Sara berkhatan kat Klinik Azian, kat Tmn Sri Andalas. RM 39 proses khatan and ubat dibekalkan (Ubat tahan sakit).

Khatan ke atas kanak-kanak disunatkan 7 hari selepas kelahiran dan kalau tak dapat hari ke tujuh hari ke 40. Untuk Sara umur nak masuk 4 bulan, almaklumla mama and baba ni sebuk nak menguruskan perniagaan lombong emas kikikiiii.. Matikkk -_-*)

Yang aku tau khatan ni bertujuan menjaga kebersihan, melindungi diri dari penyakit kelamin. Dari sudut perubatan, berkhitan tidak mencacatkan atau mengganggu perkembangan fisiologo kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah (memotong daging yang paling atas mirip dengan balung ayam jantan atau daging sebelah atas vagina). So Sara memang ada darah sikit, and aku cuak sikit sebab Sara kan sbelum ni kerang darah kuning, palet darah yang memastikan darah boleh berhenti bila terluka. Alhamdulillah setakat ni luka tu nampak elok je.

Khatan kanak-kanak ni, memang sakit sebab ia di tempat yang paling sensitif tapi luka yang sedikit akan cepat sembuh. Walaubagaimana pun pahala dan manfaatnya sangat banyak sekali. Antaranya menstabilkan syahwat kanak-kanak itu apabila besar kelak. So adik kawal diri, hahhaahhaa..!!!

Dari sudut Islam :
* Khatan ke atas budak perempuan ni tak wajib. Di negara kita Malaysia, berkhatan bagi kanak-kanak perempuan yang beragama islam adalah dibuat mengikut prinsip yang berlandaskan agama Islam.
* Ia tuntutan fitrah dan satu syiar Islam serta tuntutan syarak Nabi Ibrahim s.a.w.
* Membezakan individu Islam atau bukan Islam. Namun orang bukan islam pun sudah mula berkhatan.
* Merupakan satu ikrar penghambaan kepada Allah untuk patuh kepada perintahNya dan tunduk kepada hukum dan kekuasaanNya.

Dari sudut kesihatan :
* Membersihkan kemaluan, memperelokkan kemaluan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika bersama suami.
* Mengawasi tenaga batin dan memelihara daripada mengalami penyakit kelamin, kenser dan lain-lain.

Dr Fadzilah berkata, ada sebuah hadis daripada Anas b Malik mengatakan bahawa Rasullullah SAW menegur Ummu 'Athiah Radhiallahu' anha dengan bersabda, maksudnya,
" Apabila engkau mengkhatankan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhir) dan janganlah engkau berlebih-lebih dalm memotong, kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami."
(Hadis riwayat Ath -Thabrani).

P/s : Untuk anak Mama, Mama harap adik pandai jaga diri k. Takde ape yang menggembirakan ma dan ba jika adik sebagai anak pandai memelihara maruah adik sebagai perempuan serta keluarga. Besar pengharapan ma dan ba kat adik.

Ahad, 23 Oktober 2011

Sara merengek, buat hal..

Kenapa dengan Sara mama nie.
Kenapa asek merengek je nie.
Baba & Mama dah penat sangat,
Sara tak penat ke asek menangis jew??

Pampers dah tukar, perut xkembung,
susu dah bagi, buaian dah henjut,
Yasin dah 10X baca, Ayat Kursi dah hembus laju-laju,
Hantu ape yang kaco ko ni dikkk..
Meh mama lempang dia, berani nak kacau anak mama..

Sian Sara mama nie.
Kena marah dengan Baba yew.
Yela Baba nak work esok, mama dukung pun adik nangis lagi.
Sian mama tengok berjurai-jurai airmata adik pelok mama.
Mama rasa adik nak dapat akal ni.
Takpe la dik ye, jangan la buat hal macam tu lagi.
Baba & Mama nak work, cari duit untuk akikah adik,
cukur jambul adik, nak beli nisan untuk kakak.

Mama baring sebelah adik,
tepuk adik pelan-pelan baru adik nak tido.
Mungkin sebab adik dah penat menangiskan??
Sory ye dik mungkin Baba & Mama belum pandai jaga adik.
Nanti malam mama tepuk adik tido lagi ye..
Tapi adik janji jangan nangis buat hal lagi ye..
Baba & Mama sayang adik selalu..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Nokia E5

Aku macam terpikat je dengan hp kat atas ni.
Aku macam like like je kat button dia.
Pastu meni dalam dia yang ala-ala komputer.
Harga takla mahal sangat,kira ekonomi lagi la
kalau nak dibandingkan dengan BlackBerry -_-*
Adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
Ade sape-sape nak bagi tak huhuhuhuuuu..
Encik Hubby ker, ermmm peminat peminat ker..
Auchhhhh!!!!..

Ade gak yang cakap sape pakai hp ni untuk orang
yang tak mampu nak pakai BB..
Lantak ko la kan, aku mintak duit ko ker??
Ko susah ke kalau aku pakai hp ni pun..
Blaaaa..

Ni hp aku sekarang,
aku pakai memang berbaloi-baloi..
Baling hanjing pun Okey lagi tau.
Berapa tahannya hp ni.
So aku adalah sangat sayang kalau nak tolak hp ni tau..
Dah berzaman aku pakai hp ni..
Dari bila ek???
Alamak serius aku tak ingat..

Hurmmm nak beli ke tak nak..
Nak
Tak Nak
Nak
Tak Nak
?????????????????

Rabu, 19 Oktober 2011

SURAT KEPADA

Aku nak share satu surat seorang lelaki kepada future wife dia.
Surat dia ni untuk mencari jodoh, tapi tak tau la kalau ada yang sudi.
Dia nak future wife dia seorang yang perfact, tak salah nak yang perfact.
Memang hak dia la kan -_-*
Gadis-gadis sure cabut lari tak cukup tanah kalau jumpa lelaki macam ni.
Hahaaaa.. Aku yang dah kawin pun, syukur sebab tak jumpa dengan dia.. Adeeiii..

Kehadapan my future wife(s)

I menulis surat ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan
..

Jumaat, 14 Oktober 2011

New Handbag

Handbang baru..
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa..
RM 150.00 berbaloi atau tak???

Happy Bithday SSA Ke-25

Baru sekarang aku nak update kann.
Kerana diriku sangat busy XOXO..

Nie sambutan bufday aku dari En. Suami terchenta.
Sambutan aku adalah serba sederhana,
yang mementingkan kegembiraan dan enjoy huhu..

Tengahari tu, b dah janji nak bawa jalan.
So dalam kul 1.30 ptg, b sampai dengan suprise.

Tadaaaaaaaa 8 kumtum bunga Ros.
Pastu ade bunga purple tu, Katanya bermaksud
Dont Forget Me..
-_-* takkan lupe lorrrrr..
Actually dah lama aku nak bunga see bertapa gumbiranya aku.

Anak aku tinggalkan dengan ibu sebab
nak tengok wayang Johnny English (Superb OK)..
Aku gelak nak mati, sampai tak fikir orang sekeliling.
Lantakko la, aku pun bayar, Sit Couple tau..
Huh angkuh la konon, bagi can la..

Before tengok wayang aku makan dulu..
Dah habis pusing kawasan makan kat JJ Bukit Tinggi tu
Last masuk kat Kenny Roges..
Hubby like it huuhhuuuu..
Me like too..

YANG PENTING,
AKU SANGAT-SANGAT SERONOK SATU HARI TU.
DILAYAN SANGAT MANJA..
Suke suke suke..

Khamis, 13 Oktober 2011

Hubby Bufday

14 Oktober 2011 (Jumaat)

Bufday Hubby..

Nak bagi hadiah ape??
Ermm tak tau la..
Kalau bagi coklat, sweet tak Ngeeeee..

Kalau bagi Kiss.. Upsss..

Rabu, 12 Oktober 2011

ISTIDRAJ = Pemberian Nikmat Tuhan

Istidraj..
Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Isnin, 10 Oktober 2011

Mertua VS Menantu

Ha story ni takde kena mengena dengan sesiapa.
Cume sekadar berkongsi gosip di office yang ceria ni.

Bagi korang yang berkahwin pernah tak korang rasa mak mertua korang terlalu membela anak dia.
Tak kira apa la yang yang berlaku dalam family anak dia, anak dia gak yang betul.
Salah ke betul anak dia gak betul.
Bila salah tu jatuh kat anak dia, semua yang salah tu akan jadi POSITIF.
So menantu adalah WRONG (Macam kena hukum gamtung ok rasanya).

Korang akan perasan bila anak yang lain ada problem, si menantu juga yang salah.
So yang kena berubah sikap adalah menantu, walaupun sikap si anak tu yang harus berubah.
So anak menantu yang lain kalau dengar, tak ke kecil hati.

See STRESS ok dapat mertua macam tu.
Tapi as a menantu ko kena REDHA dan SABAR je la.
Tu kan anak dia, so korang kena bersikap BEHAVED dengan mertua macam ni.
Takyah la nak bercerita sikap yang tidak-tidak kat mak dia.
Ha nanti kau juga yang salah, ko simpan je la kat dalam hati.
KUNCI MULUT tu.
Kalau tak boleh tahan cerita dengan pokok.

Actually mertua tak perlu nak membela anak-anak kesayangan tu.
Benarkan si anak dan menantu, belajar menjalani hidup berkeluarga tu sendiri.
Kesian kat anak menantu yang kecil hati dengan sikap mak mak ni.

Bagi menantu pulak, korang janganla ambil hati sangat
kalau dapat mertua yang macam ni.
Kita yang MUDA kena bersikap POSITIF, kita yang muda ni
dah terdidik dengan bahan bacaan yang bagus, ilmu agama, dunia, moral dll.
So kita harus bersikap lebih WAJAR dan TENANG dengan situasi ni,
jangan MERUNGUT sampai nak rabak mulut.
Kena ingat "SYURGA TU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU".

Dan menantu-menantu jangan ingat semua Mertua bersikap macam tu.
Ada juga mertua yang bersikap tidak terlalu membela,
lebih TENANG dan bersikap adil dengan anak menantu.
Tapi kalau menantu dah macam hantu perangai,
memang patut la mertua tu memanjang PROTECT anak dia je.

P/s : Yang Muda Hormatkan Yang Tua, Yang Tua Sayangi Yang Muda.. Winkkkk..

Ahad, 9 Oktober 2011

Mama Rindu Qaisarah

Mama rindu sangat dengan Sara..
Hari-hari mama nak balik awal, nak bucuk-bucuk dengan
Sara mama nie..

6 Okt 2011 (Khamis), Sara kena inject 3 bulan.
Sara mesti tido kalau nak inject.
Bila kena injection melalak macam orang kena dera.
Baba kata Sara ni pandai berlakon, macam mama hahahaa.
Cian anak mama..

Mama sayang Hani Qaisarah..
Mama sayang Hani Maisarah..

(Mama takkan lupa Hani Maisarah,
doa mama sentiasa ada untuk kamu sayang)

Ahad, 25 September 2011

Before 01 Okt 2011

Start tarikh 01 Oktober aku dah start keja.
So ada seminggu lagi ni(, untuk aku berpoya-poya.
Aku ada plan sikit tapi macam tak menjadi je.

1. Nak belajar masak dengan mak
2. Beli tudung untuk sekelian baju baru
3. Jalan-jalan JJ
4. Berurut satu badan, perghhhh nyamannya
5. Jalan kat GM cuci mata
6. Beli top up (See nak pergi kedai pun tak dan ha)
7.
Berurusan dengan bank

Tengoklah mana-mana yang sempat..
So sekarang MARI KITA ENJOYYYYYYYYYYY..

Raya Tahun Nieeee

Raya tahun ni berbeza untuk diri aku sebab for the first time aku beraya bersama
suamai dan anak. Dan aku juga beraya di rumah mertua..
Seeeeeeeeeeeeeeeee..
Aku tak dapat follow ibu ayah aku balik kampung :(
Terasa tau, kelainannya. Rindu dengan kesesakan jalan, lagu raya, takbir raya semuala
Aku je yang paham tau..
Tapi so far aku okey je, layannnnnnnnnnnn..

K time ni aku konon-kononnya nak tolong mak mertua masukkan
pulut dalam ketupat palas..
Ermmmm hancus hasilnya, ketupat palas jantan yang jadi,
belom yang koyak lagi hu3..
Aku rasa mesti mak ni stress tengok palas dia hancussss..
Ampunkan menantu mu yang budus mak hu3..

Time aku tak balik la, dari segala ceruk sedara belah ayah aku ada.
Susah nak berkumpul sebenarnya, almaklumla dok jauh bagai..
Walaupun kurang mesra, yang penting dapat kumpul semua..
Saja wat semua orang stress kalu ada aku hahaaaa..

Pict sebelah ibu takde la..
Kalau ada pun xcukup semua nak bergambar..
Almaklumla terlalu ramai 4 generasi..

So far raya ni seronok,
Raya kedua aku balik Muar-Kota Tinggi, Pasir Gudang,
Nilai and Klang..
Untuk tempoh 4 hari, bila sampai rumah semua pitam kepenatan..

Yang penting, first raya aku tak ketinggalan menziarahi kubur Maisarah.
Hati aku betul2 kena siat tengok kubur kecil anak ku buat pertama kalinya,
rindu hati nak melihat wajah kecil dia.
Terkilan rasanya tak dapat bagi walau sedikit kasih sayang,
walaupun ciuman T-T..
Mama ingat Maisarah selalu.. Al Fatihah..

Jumaat, 23 September 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Dari kami sekeluarga :
Hafiz, Salwa & Qaisarah

Maaf la, ucapan ni maybe dah lewat sangatkn
maklumla seminggu lagi habisla raya kali ni
Kerana aku taknak ketinggalan aku nak wish gak kat korang

Aku nak nak mintak maaf sekiranya aku ada buat kesilapan
yang mengguris hati sesiapa yang berkenaan atau tidak.
Aku terumpat ke, termakan ke, terpukul ke,
dan segala yang terrrrrrrrrrrrrrrr dan yang disengajakan.
Maafkan aku di atas ke khilafan aku sebagai
manusia yang tak terlepas dari dosa.
Aku masa time preggy dulu mulut macam puaka
so sorry k, ish ish ish.
Ya Tuhan ampunkan mulutku ini.

Kita buka buku baru k. 0 - 0
Luv u all, Muahhhhh..

Khamis, 22 September 2011

Rindu nk berblog..

Hi all..
Ape nk jadi dengan blog aku..
Maklumla aku busy jaga anak yg sorang nie..
Hee kalau 2 mcm mana plak, ermmmm..

So far sekarang aku dah sihat..
Dh boleh drive, dah boleh mkn ape yg aku suka..
boleh lompat2, bla bla bla..
Alhamdulillah..

Act banyak benda yang aku buat selama aku bercuti nie.
Tp aku baru nk buka lappy, Sara was crying.
So.. U know la..

Dari story aku habis pantang, aku puasa macam mana,
raya mcm mana,kat mana..
Nnt aku story sikit2..

Selasa, 2 Ogos 2011

Hani Qaisarah & Hani Maisarah

Dah nak dekat sebulan umur Hani Qaisarah..
Sekejap je masa berlalu walaupun masih terasa sakit di torehan perut..
Rasa ngilu, ngeri, berdenyut2 hilang tat kala mata memandang
anak comel yang terbaring disebelah..
Sesiapa yang mengandung pasti memahami perasaan yang aku alami sekarang..

Genap jugalah sebulan Hani Maisarah pergi tinggalkan mama..
Walaupun kakak tiada, mama pasti ada hikmah diatas ketentuan Tuhan nie..
Mama redha sayang..
Maisarah tunggu mama ye..

Pengalaman menjadi seorang ibu memang manis,
walaupun penat, tetapi penat tu berbayar bila melihat wajah manis anak mama..
Anak mama yang mama kandung selama 37 minggu..

Mama sayang anak-anak mama..

Ahad, 31 Julai 2011

Permata Hati Baba & Mama

Nama : Nor Hani Qaisarah Binti Mohd Hafiz
Anak : Second Twin
Nama Mama : Sharifah Salwa Binti Ali
Nama Baba : Mohd Hafiz Bin Mohd Arisfadzilah
D.O.B : 04hb Julai 2011 (Isnin)
Place of Birth : Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Berat : 2.38kg (c-ser)
Masa lahir : 9.56 malam

Al-Fatihah..
Kepada arwah anak mama & baba,
Mama & Baba sentiasa ingat dan doakan kamu.
Permata hati yang di namakan,
Nor Hani Maisarah Binti Mohd Hafiz
(First Twin)
D.O.B : 04hb Julai 2011 (Isnin)
Place of Birth : Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Berat : 2.2kg
Masa Lahir : 9.55 malam

Kat bawah ni aku letak beberapa keping
gambar Qaisarah untuk tatapan korang sume......
comel kan???mcm aku..huhuhuhu



Blog Bersawanggg

Hiii..
Lama aku tak on blog niee..
Dalam berpantang ni keadaan aku agak kelam kabut dengan anak dan diri aku sendiri..
Cerita yang ade pun rasanya belom bersedia aku nk share..
Lagi2 story anak aku yang telah pergi dulu..

So far aku sihat je, walaupun kadang2 dalam hati aku teringatkan anak yang tiada..
Ofcoz la aku ingatkan, 37 minggu dua anak aku duduk dalam perut aku..
Tiba2 bila tiba masanya, tidak seperti yang diharapkan..
When i'm ready nnt aku story k bab tue.. Not now..

Aku dah berpantang 27 hari..
Untuk aku yang berselera besar, aku agak stress tengok makanan melambak atas meja..
Bau makanan yang menarik bulu2 hidung aku..
Stres aku tau.. Aku dan mulut aku je yang tau..
Aku dah target nak pantang 40 hari je, bukan 44 hari hu3..
Boleh tak???
Tapi takla aku bedal semuakan.. Aku kan bersalin c-ser..
Nak mati jadi beruk terkeruk2 kat luka tu..
Tak rela aku.. Hahahaaaa..

Emm stakat ni je la dulu k..
Next time aku story k..

Sabtu, 16 Julai 2011

BERSALIN..

Aku telah melahirkan anak perempuan kembar pada 04hb Julai 2011 (Isnin)
Tetapi berita yang amat mengejutkan hati aku, salah satu dari bayi dari kandungan aku telah tiada. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku masa doktor nak bagi tahu aku. AKu dapat merakan yang tak enak bila melihat muka doktor tu berubah, mula berpandangan sesama nurse kat situ..

Ya Allah.. Kenapa terjadi pada aku.....???????????????????????????????????????????????????
Hakikatnya aku seperti tak boleh terimaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

SORRYYYYYYYY....

Khamis, 23 Jun 2011

PERMOHONAN CUTI BERSALIN

Berapa hari nak mohon yew..??

Pilihan yang ada 60 hari (2 bulan ) @ 90 hari (3 bulan )..
Tapi pilihan ni untuk individu yang berkerja dengan kerajaan..

Memandangkan baby yang bakal lahir adalah 2 orang..
Aku harus memohon cuti selama 90 hari ( 3 bulan )..
Kerana aku rasa cukup la 2 orang ni, hubby pun taknak dah..
Tapi kalau rezeki tu dah datang, what can i do..
WHAT CAN U DO HUBBY..?? Eeeuuuwwwwww.. Bluerkkkk...

As u know, my admit wad on 11hb Julai 2011..
And my delivery date on 12hb Julai 2011..
So, i decided to starting on 04hb Julai 2011..
WoW.. How long..?? Huhhhuuu..
Berkokok hati acik tau.. Gummbiraaaa..

Plan nye macam nie :
Cuti dipohon 90 hari
Tarikh mula : 04hb Julai 2011
Tarikh tamat : 01hb Oktober 2011

Pengiraan :
Julai : 28 hari
Ogos : 31 hari
September : 30
Oktober : 1 hari

Rabu, 22 Jun 2011

Check Pakar Di Hosp. Banting -5

21hb Jun 2011 (Selasa)

Appoinment jam 9.00, mcm biasa 8.30pg aku dah terpacak kat situ.
Fuhhhhh kali adalah app. yg paling lama untuk aku sebab hampir jam 1.00 ptg baru settle ok.
Dah berdaki ketiak aku menunggu giliran jumpa pakar.

Hari ni aku datang sebab nak tengok babies pusing atau tidak.
Jawapan TIDAK, mogok pusing kiri kanan je anak-anak mama nie.
So scan dgn Dr 1 still breech, second dgn Dr pakar pun still breech.

So, 11hb Julai admit wad jam 9 pagi (takdela aku masuk jam 9 hu3..)
Oppretion 12hb Julai 2011..
C-ser akan dibuat di Hospital Banting, WHATTT.. Boleh ker??
Haritu tolak mentah-mentah bila aku nak bersalin kat Banting..
Dr pakar dari Klang akan datang ke Hosp Banting.
Ooooo Okey.. Hahahaa taknak aku dihuyung ke sana, ke mari kalau tiba-tiba dorang tak boleh buat.
If sebelum tarikh dah ada tanda, kena pergi HTAR.. Ok..
Dalam hati macam nak Hospital Klang, tp mesti ada hikmahnya kan.

You all doakan aku ye, aku sebenarmya cuak plus plus plus..
Tapi saja je wat cool..
Mana tak takut, jumpa jarum pun takut jagi semua benda tajam tu..
Scaaaaaaaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..

Selasa, 21 Jun 2011

Penjagaan Bersalin Secara Cesearen

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut.Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protein daripada makanan. Oleh itu makanlah makanan yang berkhasiat lagi seimbang yang terdiri daripada bahan-bahan karbohidrat, protein serta vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Lantaran itu jugalah, dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun disebabkan desakan dari orang orang tua kita. Walaubagaimanapun makanan tertentu yang diketahui boleh menyebabkan masalah seperti alahan (allergy) patut dijauhkan.

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak serta bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim. Pil vitamin dan zat besi (iron) yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu. Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.

Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan disentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.

Makan makanan tambahan yang diluluskan oleh KKM untuk mempercepatkan proses pemulihan luka juga tidak dicegah, malah digalakkan.