SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 28 September 2010

Lagi sehari..

Lagi sehari aku nak nikah, aku bukan lagi berstatus anak dara.. Emmm aku tengah kalut sebenarnya ni. Tak tau nak story cana, emm korang baca je la entry aku ni yew..

Hari ni rumah aku ada kenduri penanggah skali dengan kenduri yasin. Aku pulak dok kat office dengan jiwa kacau, sebab memikirkan ape yang berlaku kat rumah sekarang ni. Hopefully semua seperti yang dirancang. Pagi ni macam-macam benda nak kena buat, macam-macam benda nak kne fikir. Khemah nak pasang hari ni, barang kering tiba hari ni, nak ambil pinggan mangkuk, dapur, gas dan macam-macam lagi..

Aku sure mak aku kat uma tu tengah tonggang langgang, nak kne wat keje sendiri. Nak harap atuk aku, sian dia dah la bongkok tiga, tapi nasib baik jugak la sebab atuk membawa semangat kat mak aku hhahaaaa. Saya sayang atuk saya.

U all jangan salah anggap ye, ATUK = NENEk tau, so atuk aku ni perempuan ngeeeeeeee..

Aku macam nak balik tapi macam tak sedap, walaupun bos dah bagi green light untuk excuse. Klu korang nak tau aku baru di tetap kan so, aku tak bileh cuti selama 1 bulan. Korang tahu 1 bulan, hampehhh. Nasib baik 1.10.2010 aku dah boleh cuti horeeeyyyyyy..

Serabut serabut. Otak aku serabut ni. Ape la aku nak buat ni, hati kau tak tenang betol sebenarnya. Aku balik la ye.. Boleh ker?? Alaaaahaiiaiii ,mengada betolla aku ni..

Nak
Tak nak
Nak
Tak nak
....

Tengoklaaaaa....

Khamis, 23 September 2010

Temujanji dengan Mak Andam

Janji nak jumpa kul 10.00.. Then dua-dua pihak ada hal so tunda jam 10.30..
Ade pulak roadblock polis, Adoiiii lambat la sampai makanya. 11.00 mlm lambat tak ermmmm..
Gila lewat, klu aku yang menunggu confirm aku dah blaaa tau.. TQ Kak Zura ngeeeeee...

Hal andaman dari baju pelamin make up di rumah aku dah settle, perfact sebab aku yang uruskan. Tp rumah b memang banyak hal. Adooooii.. Tema pink + tekois, maafla bahasa malaysia aku kalau tak betol ye. Baju bertandang colour Putih + Pink. Pada aku OK je, tp pagi-pagi aku dengar b cakap mak dia dah bising. Amik kau, berdas-das dapat. Nasib ko la Labu hahhaaaa..

Aku Ok je dia nak colour ape. So sorry aku tak nak mauk campur, aku ok je. Tak kisah la baju tu rupe Maimunah sekali pun. Korang paham ke Maimunah tu ape. Mesti tak kan, bermaksud baju alaaa-alaaa fesyen lama, kembang tangan, kembang kain, bahu ropol-ropol. Phewww malu aku kalau kena pakai baju macam tu. Lantak kau la nyahhhh. Malu seabad aku nanti..

Tengokla nanti ape jadi, pakai baju Maimunah tu la kalau mak nye bising lagi. Sekarang moden, warna khemah tak semestinya sama warna baju Right. Emmmmmmmmmm..

My Mind

Bulan..

Minggu..

Hari..

Jam..

Saat..

Hahaaaa giler teruja ni nak kawen.. Berdebar xla pun.. tp aku ade feel something..
Tak tau cana nak explain..

Lagi seminggu genap aku akan bernikah dengan lelaki yang bernama Mohd Hafiz..
Hi.. Mohd Hafiz.. Ape la yang aku risau sebenarnya ni.. Ade benda yang aku risau..
Maybe disebabkan terlalu banyak aku dengar kes pukul isteri, lelaki yg tak bertanggungjawab dll buat aku rasa takut dan sangat khuatir.. Wahai cik wawa, bagi nerves ko hilang k..
Jangan ko nak wat hal pulak, dak masa-maasa terdekat ni..

Giler la weiiiiii... Sharifah Salwa nak kawennnnnnnnnnnn... Can u believe it.. Ngeeeee..
Serammmmmm..
Seronok...
Gembira...
And alllllllllll..

Chowwww... Muah...

See u next entry..

Jumaat, 17 September 2010

IC Sementara

Hi all.. Ada ingat tak, aku ade story tentang dompet aku yang hilang entah dimana..
Aku saja nak tunjuk kan korang Kad pengenalan aku yang sangat besar.. Klu korang nak tahu, nak pergi beli tahu pun kena bawa handbag besar tau.. Tension aku masa tu..

Ini muka sangat bengang okey.... Why why why?? Why FB xboleh buka... Egrrrggghhhh..
Tak pasal ye ko kak pah.. Masa ni pun bengang jugak.. Huh..

Rabu, 8 September 2010

Detik Menunggu 1 Syawal/2010

Pheww gile lama tak update blog kan.. Ade la hampir sebulan.. Buzy melanda diri tahap gaban.. Actually macam2 berlaku kat aku bulan puasa ni.. Tapi harus yang best tau.. Untuk wawa semua adalah yang terbaik hahhaaa.. Terbaik..

Nanti la tunggu aku ade masa k. Sekarang tengah mood raya...lalalllaaaallaalalaa.. Selamat Hari Raya.. Hari Untuk kita bersuka ria blalal blaa.. Hahahaa.. Matikk tak sedap lagu aku ni.. Blurrkkk..

Setiap kali Hari Raya menjelang, mesti nak ada ucapan Hari Raya dengan kata-kata mohon maaf yang manis tak berapa nak manis sangat. Dengan penyesalan kerana telah menulis perkara yang mungkin melukakan sesetengah pihak atau individu. Padahal aku tidak lah ralat sangat atau peduli sangat dengan hati dan jiwa yang terluka - atau - bait bait indah yang datang dari hati kewanitaan aku tentang betapa seronoknya beraya sebagai seorang tunang - padahal raya pun tak lagi teeheee..

So that aku nak wish u all Selamat Hari Raya.. Selama aku berblog ni yang tak sampai beberapa bulan ni, aku nak mintak maaf zahir dan batin. If aku ada tersalah tulis, yang menyinggung perasaan sesiapa pun anda..

Esok raya la weiiiii hahhaaa. Gilerrr seronok kalah budah tadika, Lempang wawa laju-laju.. Sesiapa yang kenal akan diri ini, jemputla datang rumah...tp tunggu selepas 3 minggu raya yew hahahhaaa..