SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 27 Julai 2010

Aurat : Kebaikan Utk L & W

sekadar gambar hiasan

DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini. Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pertama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal,apabila auratnya terdedah.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia mengenakan pakaian menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap orang.

Seperti juga lelaki membetulkannya, yang mengenakan bajunya yang menutup aurat kerana niat perlu menjaga iman wanita. Begitu juga wanita tidak melilit tudungnya atas nawaitu – jangan sekali-kali berkata dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua bukan kerana orang lelaki.

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

P/s : Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Isnin, 26 Julai 2010

Kad Jemputan

Korang, arini kawan baik aku time belajar dulu msg..

Wani : Salam kawan2. bg alamat korang..aku nak hantar kad jemputan ni..
Wawa: No. 15, jln ...............sel. Ko bg alamat ko gak, tak dapat datang pun, yang penting kad ada T_T..

See how sad..
Kenapa lah, macam tu. Aku kalau kawan-kawan yang baik dengan aku, aku memang takkan lepaskan untuk datang kenduri korang.. Tapi kali ni aku terpaksa menguzurkan diri sebab aku sendiri nak wat kenduri..

Woohooooooo... 2 bulan lagi..

Ahad, 25 Julai 2010

Amjad lagi


Comel tak saya Mak Long..

Hari sabtu, tak tau nak watpew.. Bosan tahap nak melanton ton ton.. Habis semua dinding, kerusi, meja aku gigit nak menunjukkan kebosanan aku.. Well, satu cadangan di buat. Kita pergi jumpa amjad uwais..

One fond call di buat:
Ibu : Amjad ade rumah..
AM : Amjad ade, mak dia pun ade umah, bapak dia pergi keje.. Datanglaa..
Ibu : We all nak datang nak date dengan amjad, kalau ibu dia takde pun takpe.. (Ayat membunuh jiwa)
AM : Alaaaaaaaaaaa.. Datanglaaaa..
**AM= Amjad mother

Amjad : Maklong amjad dah ngantuk ni, Plz balik laa...
Mak Long : Taknakkkkkk.. @>
Pipi jew sama temban, adush...
Asek ambil gambar amjad je, malu la amjad.. Poyo la budak kecik ni..

Sabtu, 24 Julai 2010

MANTRA

Hari jumaat hari yang mengerikan, dalam sejarah hidup aku kain koyak buat kali ke2 nye phew. Itu tanda-tanda saiz badan dah meletop, NGERIIIIIIIII.. Oleh itu seharusnya aku ambil halfday.. BAHAGIA..
Ibu : Ko cuti ke keje?Muka selamba tp penuh makna.
Wa: Half day. Kain koyak..
Ibu : Wakakkaa kaka akka, bergema rumah. Seriau aku dengar ibu gelak.
Wa: Hati panas HOT HOT HOT
Siap, jom tengok Mantra.
Ibu : Wokey

Seharusnya ambil seat biasa ok, belom gaji. Mula-mula cite tu dah seram..penat aku tunggu bila nak relax ni, tak ada langsung okey, nak pegi toilet pun takut.terpaksa tahan buang kecil-kecilan itu..

Hantu dia macam pelik..macam diperbuat dari ranting2 kayu.. Aksi memang BRAVO.. Serius aku jadi seram tengok cerita ni, ni yang nak ajak Hubby tengok-tengok kalau ade yang tak benar ke dalam diri dia. Marahkan laki, bini yang di Ilmu Hitam kan, SIOT la.. Ilmu Hitam ni semua dari ilmu-ilmu syirik Syaitan, manusia yang gagal kawal nafsu akan mengamalkan ilmu ni. Jauhkan diri dari amalan ilmu hitam ni, ia memakan diri sendiri.. Baik Ustazah Salwa.. *Wink wink..

So sapa yang belom tengok tu pegi la.. Kalau yang lemah semangat tu lagi best, boleh peluk2 secara tak sengaja kahkahkah! Orang yang tak penakut macam aku ni rilex je ok....tengok cite hantu macam tengok cite POPEYE je.... (sila percaya) Ibu ni je yang asek2 tarik2 baju aku takut sangat...lemassss tauuuu......hahahahahaha!!

sapa yang dah tengok??? amacam?? best kan tapikan muka hantu tu ada macam hubby sikit...aku macam sedikit tak puas hati di situ, hidung hantu tu KEMBANG2.. Hell je.. Phangggg.. What?? Ngeeeeeeeeeeeri..

P/S : Aku yang tarik-tarik selendang ibu nak tutup muka.. " Ibu kuar jom, takutla..." Ekeleee..

Khamis, 22 Julai 2010

Serabut dan Kesal

Aku serabut dan kesal sebenarnya.. Ada problem yang aku sendiri dah tak sanggup nak hadap..
Kenapa problem tu datang dan tak pergi-pergi.. Sampai bila aku kena hadap poblem nie..

Aku dah lama pendam benda ni, sampai aku rasa satu tahap dah jadi konkrit jambatan Pulau Pinang dah dalam diri aku.. Aku nak share benda ni tapi aku sendiri tak tau nak mula story cane..

Mesej hubby..

S : Syg serabut la, blalalallalaalaaa.. (tak story pun kat b)
B : banyakkan zikir dan solat jangan tinggal. Nanti tenang la jiwa tu.. Tuhan saja nak uji kita, lagi-lagi kalau kita ni selalu je lalai..
S : ????????? (Yela aku kadang-kadang tinggal sembahyang, kalau subuh tu, dah nak roboh pintu bilik ibu ketok, kejut aku, baru nak bangun tsk tsk tsk).
B : Sayang..
S : Baik b.. TQ..

Emmm.. Aku belom ready nak share kat sape-sape lagi..
Mungkin tuhan tu nak bagi yang the best in the future..
AMINNNNN.

Rabu, 21 Julai 2010

Kursus Lagi, PD mari..

Kursus lagi acik tau..
Haha kenapa nama aku lagi naik, sebab acik cantik..
Bluekk.. haha, suka suka hati je ko kan..

Kursus tentang keje, memang pack time kat sana, terasa penat segala insang jiwa acik..
Huaaaaa bila pulak jadi ikan ni, LEMPANG LAJU.. Serius la..

Tak de ape pun yang boleh acik kongsi..
Nah korang tengok la gambar acik yang tak seberapa ni..
No time to take the pict... T_T

Kat bilik hotel, posing sorang-sorang.. Arrrgh Bosan yang melantonkan jiwa..

Pemandangan dari bilik hotel..
Dari datang sampai balik asek nampak kapal jew.. Haishh..
Mana Duyung Aridinata ni..

Di La Paris, Costa Rica.. Excuse bukan Paris, London Wokey..
Kalau London acik balik dah rambut colour merah jingga..
Matikk kau kena botak dengan ibu..

Saje je aku nak tayang muka aku yang cantik ni..
Sila jeles, statement membunuh..

Khamis, 15 Julai 2010

Pregnant Women

Aku nak introduce kan sepupu aku ni.. Aku felik sebenarnya?

Name Ani (yang baju merah, yang kecil Adriana Ulfah), tengah main
make up aku dalam bilik aku.
Time ni dia duduk je so ok la, tak nampak ganas, menakutkan dan ngeri.
Walaupun time ni actually dia pregnant 3 bulan.

Time ni ani mengandung 4 bulan, pakai seluar jeans pastu naik kuda besi ni than main henjut-henjut. Serius ngeri aku tengok, pewot tak bulat pun tapi 4 bulan. Pastu main buayan, tu ok lagi la aku tengok. Cik Wawa masih terperlihara kesopanan sebagai tunangan orang yang manis lagi ayu naik kuda besi, bluuerk..
Sila abaikan budak baju putih tu, ngeri aku tengok. Dah senget ke barat kuda besi tu.. Sentap.. T_T

Rabu, 14 Julai 2010

Kursus Pembudayaan 5s, PD

Fieww.. Cik Puan Wawa Kembali..
Long time not update kan.. Hu3..

Bulan ni memang agak sesak dengan kursus, walaupun orang cakap kursus tu kita dapat la berjalan sambil cuci mata plus habiskan duit. Tapi kadang-kadang kita perlukan rehat untuk bersantai-santai di atas tilam empuk kita sendiri tanpa berkejar-kejar mencari masa untuk berehat..

This week, aku kursus kat Port Dickson atas tiket Pembudayaan 5S. Emm aku rasa ada antara korang pun yang tau, lagi-lagi kalau korang makan gaji kat company Jepun. Arigatogazaimas, teringat adik aku ima dan muiz sebok belajar bahasa Jepun.

5S bermaksud : Sisih, Susun, Sapu, Seragam Dan Sentiasa Amal. Last sekali 6S - Sorok hahaha..
tak susah untuk aku faham tentang 5S ni sebab aku sebelum ni aku kerja kat JTEK (M) SDN BHD yang memang mengamalkan 5S. Time ni bos-bos aku semua Jepun mari, stok cakap inggeris bersepah, campur dengan aku yang bercakap bersepah so memang macam sampah hu..

Emm korang layan la pict kat bawah nie..

Aku, Shila, Aily & Kak Ana nak pergi jalan-jalan kat pantai.

Cantik kan pemandangan ni, Time ni kat Pantai Cahaya.
Kalau korang perasan muka kitaorang kepenatan sebab ambil gambar tak senonoh, ha yang tu lain kali aku update k.. Shila nak gambar hu3..

Askim.. Askim.. Total RM5.50

Gambar ni time malam last, nak pergi karaoke tapi RM12 untuk tempoh tak sampai lagi 1 jam so Say No !!

Selasa, 6 Julai 2010

Rumah Sewa

Emmm story ni boring tp nak story gak lalallaaalaallaa..

Aritu aku ada story aku nak cari rumah sewa kan.. Ha, akhirnya aku dapat gak rumah untuk di sewa. Gile senang nak cari, sebab pagi lalu depan rumah tu, teros telefon owner rumah, petang teros confirm sewa.. See see how easy.. Jarak dari tempat kerja aku dengan b pun sama, so fair la.. But women still first, hahha sayang b banyak-banyak..

Taman Pahlawan, Rumah teres 1 tingkat, dihuni mejor orang melayu, and no hanjing, persekitaran yang selesa, jiran-jiran yang muafakat (kata owner la). Yang paling penting sewa tak mahal walaupun ada risiko akan naik harga. Eleeeeeee, bukan ko yang bayar pun Cik Wawa..

B yang call. Time telefon owner rumah, owner macam tak bagi sebab dia mahu penyewa berkeluarga. So b ajak jumpa dulu, tak semestinya bujang tu pengotor, tak reti kemas, tak alert dengan orang sekeliling dan lambat bayar sewa huh.. Nasib baik ni harta ko kan.. Demand..

So petang tu 3hb Julai, confirm b sewa rumah tu dengan kadar RM 350 sebulan. Syukur dapat jugak yang murah dan berbaloi sebab rumah ni, we all first yang duduk kat situ, all still new. Kalau owner wat hal aku lubangkan semua dinding dia, eh ko ni penyewa Cik Wawa oiiii.. Ngeeeeee..

Syarat-syarat menyewa :
1. Deposit total RM900 RM700 sewa rumah dan RM200 utiliti.
2. Sebelum kawin tak boleh bawa tunang ke rumah. Oittt tau la, bukan nya aku ni tak sekolah. Menci betolllaa..
3. Kena bayar sewa sebelum 7hb setiap bulan.
4. Dinding perlu di grill dan jangan di paku.
5. Perlu la bermasyarakat, aktiviti ada, surau ada, ok ok.. Ni macam dah mengajar cara nak hidup je. Banyak bunyi kan owner ni.
6. Perjanjian RM350 untuk tempoh 3tahun, tapi kalau owner nak naikkan sewa pun boleh dan taknak naikkan pun boleh.

Syarat ni ok je rasanya, takde yang susah pun. Emm sekarang tengah proses nak siapkan rumah ni. Maybe this week basuh rumah and cari langsir rumah. Emmmm semua decoration akan dilakukan oleh En Hafiz so, see je la apa hasil nya.

Sabtu, 3 Julai 2010

tengok2 blog and FB

haiiii sekarang aku tengah dok depan lappy cik yana a.k.a sepupu aku. Tengok dia dah ade lappy aku pun macam teruja nak beli lagi satu. Emmmm yana pinjam seminggu bolehhhhh????

Congrate k ko dapat further study.. Wish u all the best in the future.. Ngeee..
hahaha.. Jangan dok menyanyah jew, geli mat mat mat hu..

Actually aku tengah menaip depan dia ni.. saja nak ajar supaya dia buka blog aku..

K lah, malam ni aku ada kat kajang coz sepupu aku a.k.a empunya lappy nak daftar UPNM tomorrow..

Nah amik balik ko nyer Lappy.. Ngeeeeee..

Khamis, 1 Julai 2010

Tekanan Sehhhh..

Semalam aku betul-betul lupa la..
Aku kena tengok draf kad kawen..

Tiba-tiba b call cakap hari ni kena sahkan draf yang ditempah..
Aku pun pening kejap, petang ni aku Ot, nak kena cari pengganti Ot aku petang ni..

Tiba-tiba pulak ibu telefon, "tak kira nak pergi Shah Alam jugak nak cari handfon..
Ibu dah tak boleh sabar, kasi can sampai esok je.. Kalau ko taknak pergi, ibu cari jalan lain.." Wah.. Adoooooi bertambah pening ni.. Stressssssssssssssss aku..

Tiba-tiba b call, "sayang facial kawan b malam ni dah buat temu janji jam 8.00 malam.."
Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Parah kepala aku ni..

Tiba-tiba pulak aku rasa tension..
Bila dicakap mintak delay masing-masing taknak mengalah, semua nak di dulukan..
Nak belah dua ke badan aku ni.. Hish.. Mula la aku merapu mulut aku ni cakap macam nak mati, hahaha baru semua nak diam.. ngeee..

Nasib baik ade yang sudi nak ganti petang tu, so aku confirm boleh pergi tengok kad.
Pilihan No. 2, nak confirm kan facial kawan b atau beli handfon ibu.
Akhirnya dua-dua aku tak buat teehee..

Puas aku..
Lalallaala lalallaa..