SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 15 Jun 2010

Persiapan Majlis Perkahwinan

Makin lama makin dekat date kahwen aku. Untuk makluman korang majlis aku pada 03 Oktober 2010. Emm Tipu la kalau kata aku tak excited, aku sangat EXCITED ok. Dulu ye aku tak excited dah macam kena kawen paksa hu3. Lama-lama dah jadi rela ha3. Phang. Poyos jadi manusia.

Aku jarang kan cerita tentang persiapan kahwen aku. Persiapan aku biasa-biasa je, taklah semewah mana. Yang mana aku boleh kecikkan memang aku kecikkan, haaa kecikkan ape? Mestila kecikkan BELANJA. Lain la aku anak Tan Sri, Dato, Tun, YB, Raja, bla bla bla, confirm bapak aku yang sponser. Dan yang pasti duit hantaran aku boleh buat sapu peluh je, Kejiii..

So far setakat ni ok jew, walaupun macam biasa ibu intan yang banyak bising. Aku boleh cakap ibu sangat risau, ye la first time wat majlis kawen. Caya la bu, nak dapat menantu hu3. Paling besar pun we all pernah wat majlis kesyukuran kelahiran Muiz Affandy (adik bungsu). Punyala takde pengalaman, so Wish U All The Best MUUUUAH ha3. Kejam betul aku jadi anak kan, harus mintak maaf nanti hari raya.

Baju hari nikah, dah tempah. Fashion mesti nampak cool, taknak havoc sangat. Harus nampak macam calon pilihan mertua ha.. Statement keji.. (tapi aku rasa aku dah salah pilih warna kain la, alaaaaaa. B plzzzzzz T_T).

Mak Andam dah tempah, full sampai rumah pihak lelaki. Aku memang suka wat keje mudah ha3. Mana yang tak perlu aku dah rejact dulu. Jurukamera sekaligus dengan andam punye. Tapi aku still tak pasti baju hari langsung aku ok ke tak, hopefully baju aku tu up to date la. Lagi bagus kalau baju baru, sebab aku tengok yang tersedia macam baju fashion lama je, sedih aku pakai baju sama fashion macam mak aku (Kak Zura plzzzzz baju baru). Ish taknakkkkkkk nanti aku jadi bahan cercaan sepupu sepupu aku yang mulut besar macam buaya, dok kutuk aku tak habis sampai aku beranak nanti. Harus dapatkan yang terbaik, Wahhhh.

Doorgift masih dalam usaha, insyaallah korang akan dapat dari hasil buatan tangan aku, yang penting ikhlas dari hati aku khas untuk korang-korang yang aku sayang. Walaupun takla secantik mana kot hasilnya, tapi IKHLAS.

Set katil + tilam aku dah settle, dah 2 kali tukar pun ha. Punya nak yang the best sanggup ku hanguskan duit deposit. Aura nak kawen ni lain macam kan, asal bagus je huh pelik aku. Cadar pengantin pun settle, cari yang all set comforter, nanti nak ajak B main enjit-enjit semut dalam selimut (korang plz siyes ok, jangan pk lain). Hiasan bilik still under construction lagi/ tak tau nak buat ape hu3.

Untuk kad jemputan aku sedang mencari seperti entry yang sebelum ni. Siyes paling murah aku dapat Rm0.65, kalau boleh nak cari yang lagi murah, no wangi-wangi ok. Fokus fokus nak cari yang under bajet.

Ni je kot, karaoke dah tempah. Kompang nanti dulu kot. Khemah dah tempah. Yang lain-lain tu urusan ibu intan la, so far so good. Emm korang-korang doakan aku yew, pehhh macam nak berjuang kan. Aku tau korang sayang kan aku ishk ishk ishk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan