SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 24 Jun 2010

Lawatan 20 & 21.6.2010 (Part 1 of 2)

Hii.. Lama xupdate blog ni kan, thah ade yang perasan thah tidak huih..

Buat pengetahuan kamu semua aku baru balik dari Utara atas urusan lawatan kerja, start dari 20.6.10 (Ahad) hingga 23.6.10 (Rabu). Pengalaman yang agak menarik sebab aku belum sampai lagi ke kawasan utara ni, emm sedihkan tsk tsk. So peluang yang ada ni memang aku gunakan sebaik yang mungkin untuk menghayati ape yang ada kat sana. Bunyi macam rakus ko tau..

Shila & Aku : Bersama-sama buat taik mata dalam bas. Dah puas aku tido dia pulak tido, dah puas dia tido, dua-dua pulak tido. Ratu taik mata teehee..

AHAD : Dalam jam 8.30 mlm B amik kat umah ingat nak pergi makan nasi goreng cendawan kat telok. Kenapa nasi goreng cendawan? Sebab dia Best hahaha (ingat tak iklan tu). Nak jadi story kena patah balik sebab dompet aku tertinggal, dan pasti B membebel sampai aku dah hilang selera nak makan. Aku pun malas nak layan, angguk jela. We all makan kat Restaurant Ar-Rasyid tapi lauk aku tak sedap, kenape? Entah suwey betollah..

Then teros bertolak ke MDKL, sampai dalam jam 10.10 mlm dan bertolak dalam jam 11.00 mlm. Aku dapat rasakan perjalanan aku tu jauh sangat sebab aku tak suka naik bas. Tapi sepanjang perjalanan tu aku totally tido sebab taknak menyusah kan driver berhenti tepi jalan hu3..

ISNIN : Berhenti rehat kat Perhentian Gunung Semanggul, selesai mandi-mandi, solat dan breakfast mee yang tak sedap, perjalanan di teruskan ke TNB Seberang Jaya, P. Pinang. Kedatangan kami disambut baik and aku respect kat ketua dia. Bos dia banyak bercakap dari berdiam means dia tahu ape yang berlaku dalam organisasi dia. So,TERBAIK..

Aku, Aily, Shila & Kak Faza. Lepas bersiap-siap dan solat subuh teros isi perut, nampak tak pinggan kitaorang still penuh lagi, padahal dah abis makan. Maksudnya makanan faul, tak sedap.

Selesai lawatan dalam jam 12.00 t/hari bus bergerak ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Aku tak tau ape yang best kat sana, sebab takde ape pun yang menarik kat mata aku. Ke aku yang salah jalan pergi tempat tak best, teehee. Barang lain dari yang lain, hanya belacan and dodol yang berwarna tu. So aku takde beli ape-ape pun kat situ. Ibu pesan: Kalau barang harga sama dengan kat rumah, tak payah beli. So memang tak beli pape, membazirkan amalan syaitan. Kemudian bas bertolak ke penginapan di Tasoh Lake Resort di Timah Tasoh, Perlis. Check In berborak jap dengan teman sebilik yang boleh tahan skru agak goyang so BRAVO Best..

Malam we all semua makan kat Jeti Kuala Perlis, wa cakap lu TERBAIK makanan dia. Fresh dari ladang and murah huh, i like. Kitaorang makan ber 7.

Menu : Ikan Siakap 3 rasa, tomyam, sayur kailan, sotong goreng tepung, udang besar sambal, kerang bakar, pari bakar, nasi 2 mangkuk, jus tembikai and oren. Total: Tak lebih RM200. Terima kasih di atas tajaan makan oleh Ewani, semoga rezeki ko murah AMINNN and belanja lagi hu3 (Baju oren di atas). Pict kat atas tu belum lengkap coz ada hidangan yang belum sampai. Sedap hingga menjilat jari,.....lalaallaaa..

Perut aku dah bulat stock tambah babat 2 3 kg lagi, tiba-tiba taktaula bangun je dari kerusi, aku rasa nak tumbang, takkan pasal ikan pari, aku memang tak pandang ikan tu. Attn: Aku tak boleh makan ikan pari kalau tak aku akan mabuk + muntah. Dalam berjalan dalam terhuyong, senyum takrela aku ambil gambar. Beli panadol sebab mabuk tahap gaban ni. Sampai hotel aku telan 2 biji penadol dan tido tanpa hiraukan Shila ajak teman dia baca buku. Sowey member tido awal, takle tahan ni ki3..

Tiba-tiba.. B Miss You..

Gambar ni kitaorang ambil time lepas makan, aku tengah pening sebenarnya tu. Tapi aku still cover cun hahaha. Ni aku nye teman sebilik, Aily, Aku, Shila & Kak Nani. We all together bla bla bla lalalala..

Continue : 22 & 23hb Jun 2010 (Part 2 of 2)

1 ulasan: