SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 30 Jun 2010

Nak Main Dengan Amjad Uwais

This boy baru berusia dalam 2bulan, see pipi and badan dia, nak picit-picit je rasanya budak ni.. Amjad ni anak sepupu aku so mean baby ni anak buah aku la..
(Sila abaikan tangan ibu dia, jangan di picit-picit sensitif hu3..).

5hari berturut-turut dah main dengan dia, mana tak masa pergi pulau pinang asek nak ingat dia je. Nasib aku ade ambil gambar dia, belum anak sendiri ni, kacau kacau..

Asal nampak baju baby je, aku ingat dia. Aku jumpa satu baju tapi baju baby design ladybird siap ada topi, nak beli untuk amjad tapi macam tak elok pulak bagi anak orang pakai baju gitu, walaupun sebenarnya comel. Nasib baik aku tak muat tehee..

Sekadar gambar hiasan. Time ni mereka-mereka tengah main make up aku. Redha je la aku kan..

Selasa, 29 Jun 2010

Lawatan 22 & 23.6.2010 (Part 2 of 2)


Continue lagi.. :)
SELASA : Lawatan ke SUK Perlis sebelum tu Sarapan pagi kat kat resort. Nyum nyum nyum walaupun lauk yang sama lagi, layannn.. Sempat posing dengan makanan GEDIK la ko ni..

Aku dihadapan Bangunan SUK Perlis, see memang cantikkan, mula digunakan pada tahun 2008. We all datang ke SUK ni kerana mahu melihat Kualiti yang di amalkan oleh pihak SUK. Sikit yang aku dapat terangkan tentang SUK Perlis, negeri ni tiada Pihak Berkuasa Tempatan kerana keluasan tanahnya yang kecil. Besar Negeri Perlis adalah lebih kurang sebesar Daerah Kuala Langat, 1 benda yang aku tahu tentang Perlis. Good bagus Cik Wawa.

Dewan Mesy. ape tah tp macam bilik persidangan ahli parliman la. Aku lupa dow, maaf la ye..

Di bawah, Me and Kak Ayu. Qiut and still singel..

Pada petangnya we all ke Padang Besar, tempat ni bersempadan dengan sempadan thailand. Nak kata murah, tak jugak, nak kata mahal pun tak jugak. Ikut poket masing-masingla. Aku sempatla rembat baju-baju, brooch, belacan dan lain-lain untuk cenderahati. Tapi aku memang demand kalau tauke tak bagi harga yang aku nak, tak mungkin aku akan beli. Hati kena cekal kalau tak muflis nanti. Gambar belom transfer so takyahla, sakit malas aku dah sampai huh.

Pada malam harinya ada Jamuan Makan Malam BBQ, honestly jamuan yang paling nothing bagi aku. Why? Taktau nak cakap, nasib baik bukan aku yang bayar fuhh. Asal pewot kenyang ok.

Malam tu disebabkan B pun senyap je, Demam ye B, alolololo sian B sayang, sayang jauh..

Aku pun dok borak dengan teman sebilik, dari cerita A sampai Z. Dari ada cerita sampai takde cerita sehingga jam 12.30 malam. Kerusi panjang kecil muat untuk kami Berempat, Bravo, We all slim ok wah..

RABU : Pagi-pagi makan kat Kafe (lauk yang sama OK, takde variasi lagsung). Lagi sekali, nasib baik aku tak bayar, GEDIK. Dari Tasoh terus bergerak ke Pulau Pinang. Merasa la aku naik jambatan Pulau Pinang hu. Benda yang aku tau, jambatan ni actually ada Tol, so kira hingway la kot, maaf kalau acik salah ye hu3..

Terkenal dengan jeruk ofcoz aku beli, Aku cuma beli 2kg je, total Rm20 saja. Belila juga baju sebagai tanda kenangan, Ceh kata taknak membazir huh. And benda yang tak boleh dilepaskan NASI KANDAR LINE CLEAR, wa cakap lu TERBAIK la. Harga boleh tahan mahal tapi setimpal dengan sedap dan bahan-bahan dia. Sampai sekarang aku meleleh bila terkenangkan Uncle Pie sendukkan aku nasi kandar tu. Nak lagiiiiiiiiiii..
Selesai dalam jam 3.00petang, kami semua bergerak pulang Daerah Terchenta Banting. Sampai dalam jam 9.40 malam. Sampai je ternampak muka B, wahhhhhh. Wa banyak Lindu sama lu laaaa uwaaaa..

One big smile for my luvly hubby :), aucwhhh.. GEDIK la ko.. hahaha..

Entahla.. Nothing..

Dah seminggu ni aku cuba nak update blog tapi macam tak menjadi je..
Tensin acik tau.. Korang sabar je la ye..

Asal menaip je, ade la tiba-tiba yang ngacau, adela tiba-tiba otak jadi blank so zero nothing takde ape yang aku dapat story kat korang.. emmmm..

Emm cuma baru-baru ni aku baru je beli Cincin untuk hubby, untuk sarung time nikah. Emm nasib baik satu je, boleh tahan mahal nye. Ingat dapatla dapat RM450 ke, cheh.. Takpe la B tu tanda B dah berpunya je la. 143 B, muah.. Saya Chenta Awak Banyak-banyak...

Khamis, 24 Jun 2010

Lawatan 20 & 21.6.2010 (Part 1 of 2)

Hii.. Lama xupdate blog ni kan, thah ade yang perasan thah tidak huih..

Buat pengetahuan kamu semua aku baru balik dari Utara atas urusan lawatan kerja, start dari 20.6.10 (Ahad) hingga 23.6.10 (Rabu). Pengalaman yang agak menarik sebab aku belum sampai lagi ke kawasan utara ni, emm sedihkan tsk tsk. So peluang yang ada ni memang aku gunakan sebaik yang mungkin untuk menghayati ape yang ada kat sana. Bunyi macam rakus ko tau..

Shila & Aku : Bersama-sama buat taik mata dalam bas. Dah puas aku tido dia pulak tido, dah puas dia tido, dua-dua pulak tido. Ratu taik mata teehee..

AHAD : Dalam jam 8.30 mlm B amik kat umah ingat nak pergi makan nasi goreng cendawan kat telok. Kenapa nasi goreng cendawan? Sebab dia Best hahaha (ingat tak iklan tu). Nak jadi story kena patah balik sebab dompet aku tertinggal, dan pasti B membebel sampai aku dah hilang selera nak makan. Aku pun malas nak layan, angguk jela. We all makan kat Restaurant Ar-Rasyid tapi lauk aku tak sedap, kenape? Entah suwey betollah..

Then teros bertolak ke MDKL, sampai dalam jam 10.10 mlm dan bertolak dalam jam 11.00 mlm. Aku dapat rasakan perjalanan aku tu jauh sangat sebab aku tak suka naik bas. Tapi sepanjang perjalanan tu aku totally tido sebab taknak menyusah kan driver berhenti tepi jalan hu3..

ISNIN : Berhenti rehat kat Perhentian Gunung Semanggul, selesai mandi-mandi, solat dan breakfast mee yang tak sedap, perjalanan di teruskan ke TNB Seberang Jaya, P. Pinang. Kedatangan kami disambut baik and aku respect kat ketua dia. Bos dia banyak bercakap dari berdiam means dia tahu ape yang berlaku dalam organisasi dia. So,TERBAIK..

Aku, Aily, Shila & Kak Faza. Lepas bersiap-siap dan solat subuh teros isi perut, nampak tak pinggan kitaorang still penuh lagi, padahal dah abis makan. Maksudnya makanan faul, tak sedap.

Selesai lawatan dalam jam 12.00 t/hari bus bergerak ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Aku tak tau ape yang best kat sana, sebab takde ape pun yang menarik kat mata aku. Ke aku yang salah jalan pergi tempat tak best, teehee. Barang lain dari yang lain, hanya belacan and dodol yang berwarna tu. So aku takde beli ape-ape pun kat situ. Ibu pesan: Kalau barang harga sama dengan kat rumah, tak payah beli. So memang tak beli pape, membazirkan amalan syaitan. Kemudian bas bertolak ke penginapan di Tasoh Lake Resort di Timah Tasoh, Perlis. Check In berborak jap dengan teman sebilik yang boleh tahan skru agak goyang so BRAVO Best..

Malam we all semua makan kat Jeti Kuala Perlis, wa cakap lu TERBAIK makanan dia. Fresh dari ladang and murah huh, i like. Kitaorang makan ber 7.

Menu : Ikan Siakap 3 rasa, tomyam, sayur kailan, sotong goreng tepung, udang besar sambal, kerang bakar, pari bakar, nasi 2 mangkuk, jus tembikai and oren. Total: Tak lebih RM200. Terima kasih di atas tajaan makan oleh Ewani, semoga rezeki ko murah AMINNN and belanja lagi hu3 (Baju oren di atas). Pict kat atas tu belum lengkap coz ada hidangan yang belum sampai. Sedap hingga menjilat jari,.....lalaallaaa..

Perut aku dah bulat stock tambah babat 2 3 kg lagi, tiba-tiba taktaula bangun je dari kerusi, aku rasa nak tumbang, takkan pasal ikan pari, aku memang tak pandang ikan tu. Attn: Aku tak boleh makan ikan pari kalau tak aku akan mabuk + muntah. Dalam berjalan dalam terhuyong, senyum takrela aku ambil gambar. Beli panadol sebab mabuk tahap gaban ni. Sampai hotel aku telan 2 biji penadol dan tido tanpa hiraukan Shila ajak teman dia baca buku. Sowey member tido awal, takle tahan ni ki3..

Tiba-tiba.. B Miss You..

Gambar ni kitaorang ambil time lepas makan, aku tengah pening sebenarnya tu. Tapi aku still cover cun hahaha. Ni aku nye teman sebilik, Aily, Aku, Shila & Kak Nani. We all together bla bla bla lalalala..

Continue : 22 & 23hb Jun 2010 (Part 2 of 2)

Selasa, 15 Jun 2010

Persiapan Majlis Perkahwinan

Makin lama makin dekat date kahwen aku. Untuk makluman korang majlis aku pada 03 Oktober 2010. Emm Tipu la kalau kata aku tak excited, aku sangat EXCITED ok. Dulu ye aku tak excited dah macam kena kawen paksa hu3. Lama-lama dah jadi rela ha3. Phang. Poyos jadi manusia.

Aku jarang kan cerita tentang persiapan kahwen aku. Persiapan aku biasa-biasa je, taklah semewah mana. Yang mana aku boleh kecikkan memang aku kecikkan, haaa kecikkan ape? Mestila kecikkan BELANJA. Lain la aku anak Tan Sri, Dato, Tun, YB, Raja, bla bla bla, confirm bapak aku yang sponser. Dan yang pasti duit hantaran aku boleh buat sapu peluh je, Kejiii..

So far setakat ni ok jew, walaupun macam biasa ibu intan yang banyak bising. Aku boleh cakap ibu sangat risau, ye la first time wat majlis kawen. Caya la bu, nak dapat menantu hu3. Paling besar pun we all pernah wat majlis kesyukuran kelahiran Muiz Affandy (adik bungsu). Punyala takde pengalaman, so Wish U All The Best MUUUUAH ha3. Kejam betul aku jadi anak kan, harus mintak maaf nanti hari raya.

Baju hari nikah, dah tempah. Fashion mesti nampak cool, taknak havoc sangat. Harus nampak macam calon pilihan mertua ha.. Statement keji.. (tapi aku rasa aku dah salah pilih warna kain la, alaaaaaa. B plzzzzzz T_T).

Mak Andam dah tempah, full sampai rumah pihak lelaki. Aku memang suka wat keje mudah ha3. Mana yang tak perlu aku dah rejact dulu. Jurukamera sekaligus dengan andam punye. Tapi aku still tak pasti baju hari langsung aku ok ke tak, hopefully baju aku tu up to date la. Lagi bagus kalau baju baru, sebab aku tengok yang tersedia macam baju fashion lama je, sedih aku pakai baju sama fashion macam mak aku (Kak Zura plzzzzz baju baru). Ish taknakkkkkkk nanti aku jadi bahan cercaan sepupu sepupu aku yang mulut besar macam buaya, dok kutuk aku tak habis sampai aku beranak nanti. Harus dapatkan yang terbaik, Wahhhh.

Doorgift masih dalam usaha, insyaallah korang akan dapat dari hasil buatan tangan aku, yang penting ikhlas dari hati aku khas untuk korang-korang yang aku sayang. Walaupun takla secantik mana kot hasilnya, tapi IKHLAS.

Set katil + tilam aku dah settle, dah 2 kali tukar pun ha. Punya nak yang the best sanggup ku hanguskan duit deposit. Aura nak kawen ni lain macam kan, asal bagus je huh pelik aku. Cadar pengantin pun settle, cari yang all set comforter, nanti nak ajak B main enjit-enjit semut dalam selimut (korang plz siyes ok, jangan pk lain). Hiasan bilik still under construction lagi/ tak tau nak buat ape hu3.

Untuk kad jemputan aku sedang mencari seperti entry yang sebelum ni. Siyes paling murah aku dapat Rm0.65, kalau boleh nak cari yang lagi murah, no wangi-wangi ok. Fokus fokus nak cari yang under bajet.

Ni je kot, karaoke dah tempah. Kompang nanti dulu kot. Khemah dah tempah. Yang lain-lain tu urusan ibu intan la, so far so good. Emm korang-korang doakan aku yew, pehhh macam nak berjuang kan. Aku tau korang sayang kan aku ishk ishk ishk.

Isnin, 14 Jun 2010

Azam Belanjawan Kawen

Orang biasa AZAM tahun baru tapi aku ada azam nak cut cost kawen. Siyes aku cakap aku nak selesaikan majlis kawen aku dalam BAJET RM6,000 - RM7,000 SAHAJA. Mesti korang cakap tak cukupkan, memangla tak cukup, ni bajet untuk bahagian aku je. Mana yang aku rasa murah dan berbaloi itu pilihan hati aku. Gila kedekut aku jadi manusia..

Walaupun aku anak perempuan aku still bagi kat mak aku buat tambah duit kenduri. Parent aku ni orang biasa-biasa je, bukanlah orang senang apetah lagi jutawan. So kena la ukur baju di badan sendiri. Aku sanggup pusing 2 3 4 kedai semata nak cari yang murah dan berbaloi tau ha3. B mesti muntah kalau baca ni teehee, dia sangat tak suka habbit aku ni.

Aku ada buat kira-kira sendiri pastu ada rekod lagi. Nanti insyaallah kalau dah selesai aku akan inform berapa kos yang telah selesai digunakan. Tak sia-sia ibu ayah aku hantar belajar Akaun.

Jalan Jom B !!!

Aku asyek nak jalan je, kalau nak jalan tu asek nak dengan b je. Huh takde orang lain ke? Aku punya pasal la, ada aku kesah. Ade yang jelaes dengan Cik wawa. Silent. Ok T_T. .

Asal ade masa terluang Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb jom..
Kalau dilayan untungla, kalau tak dilayan Panassssssssssss. Kaki rasa gatal kalau tak berjalan, punggung rasa ada kurap kalau tak dok berjalan je (Kurap? Lariiiiks). Adeiiiiii ape nak jadi ni. Lempang laju-laju bagi sadar Phang!!! Phung!!!

Cuti hujung minggu dihabiskan dengan menonton wayang di JJ, macam biasa pilihan Duta JJ, bukan aku yang pilih Ok. j&0*+%b@c$#. Tengok wayang KECOH BETOL, pastu second cerita KARATE KID. So far Kecoh Betul OKla takla boring sangat. Untuk Karate Kid, Bravo ok, tersangat Tercomel Dre ni. Mula-mula tengok Dre ni, aku dah agak dah mesti dia ni anak Will Smith, rupanye betul. Tahniah-tahniah Cik wawa, nanti hadiah dapat ticket ke China huhu.. Cepat balik, nak gerak balik kampung ni. Tiba-tiba dah kena mesej dengan mak intan. Cabut balikKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK..

Di bulan yang semakin hampir nak jadi bini orang ni sume plan nak pergi mana pun mesti akan direjact oleh En B huh. Nak jalan jauh sikit jew, dah kena rejact. Menci menci menci. Sapa nak bawa Cik wawa jalan? Nanti Cik wawa nak ajak pergi Genting Highland, tak pun mandi-mandi kat Air Terjun Puteri Gunung Ledang. Kepada sesiapa yang berminat sila hantarkan butiran diri anda di s.salwa09@yahoo.com. Huhuhu kalau b tau ni, naya cik wawa kena petir. Jalan-jalan cari makan lalalallalalaallaaa..

Untuk plan hujung minggu ni, cik wawa dah adjust aktiviti tanpa wang. Hanya keluarkan peluh dari segenap celah babat ni huhuhu. Euww jijik jew dengar, cik wawa bukanla gemok sangat ok. Still keep slim rever ok huaaaaaaaaaaaaaa, macam tak jew. En hubby kita main badminton je k, kita main pun takyah kat court, kat depan umah je. Tapi SILA SEDIAKAN AIR SIRAP KURANG MANIS SEJUK-SEJUK DAN 2 3 JENIS KUEH untuk sayangmu yang terchenta (sambil buat muka tercomel).
Tiba-tiba..............
Letto ------------------------- Ruang rindu
Lagu ni very the make me sad ok, why? Lain masa la cerita.
Cik wawa nak adjust untuk aktiviti minggu ni dulu.

Aktiviti lain yang perlu difikirkan, cari / survey / tengok-tengok kad jemputan kakwen. Em ikutkan kata hati mesti la nak yang mahal, siap ada gambar colour, warna emas-emas, lagi boleh siap ada lagu hu3 ,tapi bila ikutkan iman photostat jew. Ko ingat ko kawen dengan majestred, bagi lempang phew phang phung adeiiiiii. Ish mana boleh, kawen sekali. Cik wawa dah niat dah nak bingkaikan kad kawen, paling tidak pun letak kad kawen dalam album tau. Buget harga tak lebih RM0.70, untuk 1300 kad. Ada ker untuk harga ni? Kalau boleh ler aku nak Rm0.50 jew, plsssssssssssssssssssssssssssssssssssssss sponser..

Jangan la yang macam ni. Cuba korang baca sesempoi mana ayat dia, kalau aku kompen rasa nak baling kicap kat pengantin ni.

Kita tengok berjaya ke tak plan cik wawa ni. Chaiyo chaiyo Cik Wawa.

Khamis, 10 Jun 2010

Mustika Ratu Perawatan Jamu Puteri

Sape makan jamu angkat tangan. Ok takde sape nampak nye yang angkat tangan. Ekceli aku nak tau tentang jamu ni, bagus ke? Baik ke? Ade Kesan ke? Memudaratkan ke? Boleh kurus ke?*Wink. Bila cakap nak kurus je mesti semua nak tahu kan.

Aku dah makan jamu dari zaman sekolah lagi, dari jamu serbuk packet2 dalam kotak. Time ni kalau aku makan jamu mesti aku nak bertenggek atas sinki. Why? aku rasa korang sume da tau dah. Tak payah cerita hu3.. Sekarang dorang telah menyediakan jamu yang lebih mudah jenis biji-biji. Sehari makan 7 biji, kenapa 7 baji?Don't ask me, don't know okey. Kenala tanya pengasasnya dari Indonesia, Ibu Mooryati Soedibyo. "Ibuk kenapa ya, harus ditelan 7 biji?.

Tapi sapa yang tak tahan makan jamu ni, perut dia akan rasa panas. So aku suggest kan korang kurangkan bilangan pil dia. Nak kuruskan ha3...
(INI BUKAN PIL KURUS : T_T jangan la nangis korang teehee)

JAMU PERAWATAN REMAJA PUTERI MUSTIKA RATU
Ade 4 jenis rawatan dan dimakan mengikut aturan hari yang ditetapkan :

1. Pil Parem Keneman - Digunakan secara tradisional untuk kecantikan wanita (Isnin & Khamis)

2. Pil Sekar Kedaton - Digunakan secara tradisional untuk kesihatan badan (Selasa & Jumaat)

3. Pil Suri Ayu - Digunakan secara tradisional untuk melancarkan peredaran haid, menghaluskan kulit dan mengurangkan masalah jerawat (Rabu & Sabtu)

4. Pil Seri Cahayo - Digunakan secara tradisional untuk melegakan kepenatan fizikal (Ahad)

** Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 20040700T (tak tau ape maksud dia, kalau yang amik medic tu faham kot)

Kalau cerita pasal kesan dia, aku tak menghadapi senggugut yang tahap nak bersalin (dulu aku terpaksa jadi tenggiling) , aku mudah buang air besar (dulu ngeri) , jerawat takde (taktau la aku memang takde jerawat + cantik + berseri + jelita) untung b dapat sygkan, huh tak pasal. Emm dan dari segi kulit biasanya orang yang mengamal kan jamu kulit tu nampak lain iaitu sihat.

P/S: Wanita hamil dilarang sama-sekali menelan pil-pil, sebab.... alah korang pun tau kan kenapa.. Ok nampak macam tak tau je, bolah bersalin nanti.. Yang baru nak jadi, ada yang tak jadi nanti, kempunan.. So plz take note..

I hate u MENTI

Aku rasa tak sedap ati bila sampai office..
Aku rasa macam ada yang tak kena kat meja aku..
Aku dah pening dari pagi, kerana........................


BAU..

Aku ingatkan baju aku yang berbau busuk, dengan penuh yakin aku sembur minyak wangi kat baju aku.
Tapi still bau lagi.
Aku tension, hudung aku sesak tolong kenapa nie. Kepala dah pening..

Mandi = Dah
Deodorant = Dah
Baju Wangi = Dah
Gosok Gigi = Dah
Breakfast = Belom teehee.

Ape yang tak kena lagi ni??
Aku dah sing sing lengan baju, OPERASI MEMBANTERAS BAU.
Aku kosongkan bawah meja aku yang bersepah.
Aku pergi pinjam jawatan CLEANER, amik penyapu.
Aku sapu kawasan meja aku dan taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

KENCING MAK MENTi (TIKUS)

Hancing ok..
Aku dah separuh pitam ni pening, nak mengemop lantai dah lain rupa nye pulak.
Adoooaii, kenala tunggu Cleaner datan office petang nanti.
Tepat Jam 2.30petang, aku soh abang cleaner mop kawasan meja aku.
Tapi hanya sekejap, bau bertandang lagi. Naik angin aku.
Mencemar hari aku yang suci ni. Tak boleh bla ayat aku.

"I HATE U MAK MENTI"

Selasa, 8 Jun 2010

Shafizasalwa dah nikah T_T

Aku sedih plus plus plus gembira, uwaaaaaaaaaaaaaaaa..
Kawan aku dah kawen, emm TAHNIAH ye..
Tu pun kalau ko baca entry aku ni..

ZALIZAM & SALWA
Tahniah yew, semoga dipanjangkan jodoh dan kau dapat anak ramai. Sama macam ieta k, dia dapat baby boy kan. Aku dah jadi aunty hu3.. Emm aku dah kenal ko dari zaman sekolah lagi so aku doa kan kebahagiaan ko sentiasa bersama suami dan keluarga tersayang.. Aminn..

Ni time nak tunggu masa ke masjid. PP nikah lepas solat Asar kat Masjid Bt 10 Kebun Bharu

Emm make up dia cantik, bedak dia nampak neutral sebab tak nampak macam topeng. Baju di buat sendiri oleh kakak pengantin yang berkerja di Brunei, sebab tu fesyen dia aku tengok macam lain seket. Bukan tak cantik ye Puan Salwa teehee..

Q : Kenapa kalau aku pergi majlis nikah orang badan aku terus rasa tak sedap.
Aku alah dengan pengantin ke??

Khamis, 3 Jun 2010

SALWA Vs SALWA

Post gedik aku tu takyah tengok.. Ni time PP bertunang dulu 08.08.2008
Sharifah Salwa & Shafizasalwa

Ni kawan baik aku dari sekolah lagi, emm dia nak kawen, aku sedihla. Kawan-kawan aku semua dah kawen aku dah takde tempat nak ajak gedik-gedik, walaupun aku je yang selalu gedik.

Minggu ni dia nikah 06.06.2010, so aku memang dah confirm jadi peneman dia. Hope aku tak sedihla nanti spoil majlis orang jew. Aku ni takleh nak tahan perasaan aiseeeh. Emm petang ni PP nak pinjam dulang hantaran aku, so sebelum tu aku ingat nak ajak dia pergi makan wat kali yang terakhir sebagai seorang GADIS winkk..
Harapnye sudilah kamu yew..

SHARIFAH SALWA VS NURUL SYAZWANI

Kelmarin kawan baik aku time belajar telefon..
T_T auwaaaaaaaaaaaark DATE KAWEN KITORANG SAMA..

Emm sabar je la aku.. Tapi takpe benda baik kan..
Tapi aku nak tengok tapi.... Takkan aku nak tinggalkan majlis aku kan..
Sabar ye kak pah yew..

Siyes aku frust nie.. Sedih kawan baik kawen tak pergi tengok..
Takpela aku doakan majlis kita berdua sama-sama berjalan lancar..

SHARIFAH SALWA VS NURUL SYAZWANI
Amek kau, muka hampir sama, duduk satu rumah, duduk satu bilik, pergi class sama-sama, masak sama-sama, tido sama-sama, makan sama-sama lastly kawen pun satu tarikh yang sama..

Date Nikah 01.10.2010
Time : Aku - Lepas Zohor
: Wani - Lepas Isyak

Tolong alert ye kawan-kawan..

Selasa, 1 Jun 2010

Plan yang tidak dirancang :) Part 2



Orga dengan Fiona

Ok gerak dari rumah dalam pukul2.30petang, terus pergi Sunway. Sampai dalam jam3.15petang.

Kaki terus mencacak ke TGV, memang tak ramai orang. Yela pergi time office hour, memang Sunway Piramed aku yang punya hahaha.

Kaunter untuk Shrek memang telah dikhas kan. Nampak sangat macam meletop, kalau nak tau 2 Jun 2010 adalah tarikh last cerita ni ditayangkan kat TGV, kat tempat lain tu aku tak tau la.


SHREK 3D couple seat RM42.00.
Mahal tapi saje nak merasa tapi kalau nak tengok biar yang biasa kot sebab mahal sangat.

Harga Cerita RM13.20
Duti Hiburan RM2.80
Sewa Cermin Mata RM5.00
Berbaloi atau tidak?

Cermin mata sewa yew, tak bolah nak bawa balik.
Harap maklum...

Sebelum tayangan bermula Orga dan Fiona pergi Aiskrim McFlurry+Oreo.