SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 11 Mei 2010

TEKANAN DAN STRES (Part 1 Of 3)

Hari ini aku nak bercerita tentang stres, sebab aku dalam keadaan stress yang mana aku dah buat orang disekeliling aku stress dengan aku pulak hu3.. Maaf ye, hubby, ibu, imah dan yang lain. Kat sini aku nak bagi share sikit info tentang TEKANAN DAN STRES yang aku baca dalam “Kesihatan Sepanjang Hayat” isi dalam penulisan ini banyak membantu aku yang tengah stress. Bila aku baca, aku yang tengah down terus rasa seperti kena hantuk dengan senduk.

Ok dalam kehidupan seharian kita, kita semua terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres. Terutama aku yang sering gagal dalam mengawal stress hu3. Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Benda ini selalu terjadi kat aku, ia lebih kurang jadi motivasi kat aku untuk menjadi manusia yang lebih baik. So cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Dari penglihatan aku kehidupan moden hari ini sememangnya penuh dengan tekanan. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Jika tidak dirawat, tekanan yang dihadapi akan membuat kita merasa tidak berdaya dan tidak berguna. Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan

TANDA-TANDA AMARAN SESUATU TEKANAN
Degupan jantung yang cepat, merasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku, banyak berpeluh, risau dan bimbang, terasa loya, gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Bernafas kencang, merasa tidak sihat, cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil, sukar untuk tidur, kaki dan tangan terasa sejuk, keinginan seks menurun, selera makan berubah, terasa amat letih, minum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok kalau korang merokok la, sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya. Bagi aku yang paling menyesakkan apabila ada perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan rasa gelisah. Huh aku benci keadaan semua ni, dah terbayang aku hidup seperti tanpa nyawa.

........

KESAN AKIBAT TEKANAN YANG BERPANJANGAN ?
Banyak kesan yang kita sendiri tak sangka sebenarnya. Antara yang penulis ni tulis tekanan darah tinggi, lelah, masalah kulit (jerawat), serangan jantung, masalah sinus, kehilangan fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migraine, kebimbangansakit kepala, kemurungan dan sebagainya. Ada antara yang di atas, aku tak tau penyakit berkaitan ape tetapi apa yang boleh aku lihat semua penyakit yang aku dah senaraikan di atas akan mendatangkan masalah kepada diri kita dan mungkin orang sekeliling kita..

P/S : Oh Tuhan, berikanla aku ketenangan dalam menangani stress. AMINN..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan