SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Rabu, 26 Mei 2010

TARGET KU MUSNAH (DIET)

Hari ini, aku berazam nak diet memandangkan berat aku dah tak boleh kawal lagi. Cik Pah kalau berat pun still maintain cun tau, kan hubby kannnnnnn. AMARAN jagan cuba menidakkan. Pagi-pagi aku dah tekad nak beli nasi lemak untuk sarapan, so aku singgah kedai kecil tepi jalan. Dengan lancar aku cakap, mak cik nasi lemak + telor goreng + kerang sambal yeww. Pastu aku senyum puas tengok mak cik tu ubuh banyak plak kerang nye huhu. RM3.50 untuk sebungkus, dalam hati makai mahal tapi still buat muka orang kaya hahaha..

Terus pecut g keje tapi hujan lebat ditengah jalan, memang lebat, kelajuan viper (betul ke aku eja emm) No.3, aku pecut jam dah pukul7.45 pagi ni. Sangkaan meleset sampai tepat jam 8.00 pagi tapi punch 8.01 pagi, OK lambat kena isi borang datang lewat. Ni semua gara-gara nak makan nasi lemak tapi kenapa nasi lemak ye, ish tak paham la. Nasi lemak ku bawa dengan penuh harapan untuk makan dengan rakus tanpa nak kongsi dengan sape-sape, huh jangan harap. Baru kau tahu Cik Pah ni kedekut ha3. Tapi sangkaan meleset.

Hari ini aku pergi kerja luar, ulang suara Kerja Luar, sebab aku memang keje kat luarla. Mesti fikir aku mengularla tu, emm hanya mereka saja yang tau. Dari pagi nak ke tengahari asek makan, 2 kali makan walaupun perut dah penuh. Makanan di taja sepenuhnya oleh En Zawawi, drive F1 yang di reject, OK yang tu tipu. Dia kenala sponser aku and ajib sebab dia sorang je yang ada bisnes buah, buah ape malas nak cakap. Eh cakap gak la, MONAVIE emm betol rasanya ejaan aku.

So ape jadi dengan nasi lemak aku, aku bawa balik rumahla. Akhirnya mak aku buang dalam tong sampah sebab dikhuatiri basi. Yela dari pagi bawa ke petang, ade yang cirit-birit nanti. Tak kuasa nak berulang-alik ke tandas, belom ditambah harum-haruman lagi pehhhhhhhhhh.

2 ulasan:

  1. buah acai la. ape ke buah monavie... uh dh tentu klu ikut eh zawi diet anda mmg kantoi.

    BalasPadam
  2. Pehhh kena minum MONAVIE lepas nie..

    BalasPadam