SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Isnin, 31 Mei 2010

Plan yang tidak dirancang :)

Hari ni sengaja nak ambil half day untuk tengok wayang + borang nikah. Hu3..
Niat nya nak tengok shrek tanpa 3D tp hubby ajak yg 3D. So, aku senyum sampai cecah telinga.
Bukan senang hubby nak offer half day, pandai-pandai b la nak cakap dengan bos macamne.

Hari ni rancangan dari jam1.00 ptg hingga 10.00malam CANCEL ye.
Punah nak OT cari duit kawen.
Punah nak pergi earobik nak buang babat yang semakin menebal, adooooaii..
Tak per bukan selalu..

Sunway Piramid tunggu aku, aku datang nie..
Ha3.. Macam jakun jew..

Ahad, 30 Mei 2010

THANKS HUBBY

Hubby beli jam tangan dia tapi tiba-tiba dia belikan aku sekali so sangat-sangat thank you. Bagus JJ buat SALE lagi yew nanti aku ajak hubby datang JJ selalu. Jam ni menggantikan jam aku yang telah hilang punca, ok aku sangat marah ni. Aku suka sangat sangat sangat dengan jam tu tapi T_T... Dah tak nak citer tentang jam tu lagi.

Tapi keesokan hari nya hubby pergi tukar jam tangan dia sebab katanya AUTOMETER WATCH tak fuction dengan betul. Dia tukar jam yang bentuk bulat untuk jam yang Ke-5 ke-6, tak faham kita nak tengok masa sebab tu pakai jam. Lebeh-lebeh pun boleh tengok tarikh, yang lain-lain tu untuk ape?? Jawab b jangan tak jawab ye..


Kenapa b bergambar macam ni ?
Saja nak dengki aku la tu..
Nasib baik dapat hadiah kalau tak belanja makan Kenny Rogers esok..
Aku gak yang gemok..
Ok kenapa aku pun turut terbabit bergambar macam ni?
Tak boleh nak marah kena terima je sebab dah dapat hadiah.
Sebenarnya saja nak tunjuk pakai tudung syria.
Nampak macam cantik tapi honestly selekeh tudung ni.
Maybe sebab aku yang pakai.
Kalau aku pakai tudung ni maksudnya aku malas nak gosok tudung dan malas nak belek muka masa pakai tudung. Take time OK.

Happy Bufday Ayah Ke-50

Pada 29hb Mei 2010 hari jadi ayah aku. Semoga ayah diberi keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki disamping keluarga tersayang. Untuk satu hari ni sebenarnya ayah dah mintak cuti untuk berada di rumah tapi member dia ajak pergi Johor Bharu, dari subuh sampai tengah malam baru balik. Emm macam takyah ambil cuti jew.

Untuk tahun ni, insyallah jika panjang jodoh aku, nie last aku jadi anak di bawah jagaan dia. Honestly sedih bila fikir, aku yang membesar dengan suapan tangan dia. Kadang-kadang aku melawan cakap dia, emm bila fikir balik kenapa la aku ni kuat melawan dulu dengan dia. Sebab aku ni kuat merajuk, bila dah merajuk mula la buat perangai macam tak cukup akal. Emm taubat-taubat, raya kena mintak maaf sungguh-sungguh ni. Sedih pulak aku rasa memikirkan aku yang dulu. Taknak citerla, menyampah dengan perangai sendiri huh.

So untuk kali ni aku dengan berbesar hati nak belikan hadiah untuk ayah aku. Aku belikan jam tangan sebab aku dah tak nampah ayah pakai jam tangan dia lagi. Aku kira-kira buget yang aku ada pastu aku decide nak beli jam ni, sangat bersyukur sebab time tu ade SALE kat JJ so bolehla beli ikut kemampuan kocek aku yang kecil ni.


Teng teng.. Ni la dia, hubby yang pilih
ikut tangan kesesuaian tangan ayah katanya.
Bakal menantu yang pilih OK..

Sampai je kat uma aku ikat dengan reben.

Balik je ayah dari JB teros aku nyanyi ramai-ramai than aku bagi hadiah ni, aku kiss pipi ayah dua-dua sekali. Sebak dada aku dah keras dah kulit pipi orang tua ni, maksudnya kulit muka dah di makan usia. Emm dah tua dah.

Senyap.

Ayah nampak happy so aku pun ikut happy.

"SAYA SAYANG AYAH SAYA"

Khamis, 27 Mei 2010

Kenapa Kami Jadi Sasaran


Pic di atas tak ade kena mengena dengan entry di bawah
Merujuk TAJUK di atas.

KAMI merujuk kepada partne OT aku, En Ajip dan aku sendiri. Dalam Jan8.30 pagi tiba-tiba we all dipanggil bos, OK mula-mula nampak tenang, lama-lama dah ade percikan api kat mulut masing-masing. Aku macam biasa lebih suka simpan je belian dalam mulut aku. Bukan tak gosok gigi ok. Bila semua dah ade, perbincangan menjadi semakin hangat. Kami diajukan dengan Aduan dan Soalan. EMM macamne nak jawah ekk, aku selalu tak dapat jawab so simpan berlian lagi dalam mulut.

Bos 1 : Ade aduan mengatakan kamu bla bla bla..
Aku : Emmmm masih fikir dalam otak lagi
Ajib : Sebenarnya bla bla..
Bos 1 : Sepatutnya kamu inform ape sahaja masalah kamu bla bla..
Aku : Emmm, Ok masih buntu lagi.. Buat muka tongong..
Bos 2 : Saya nak kamu bagitau nama anak buah saya yang bla bla..

Aku : Errrrrrrrrrrrrrrrrr.. Aku pandang ajib.
Bos 2 : Bagitau sahaja, kami cuma nak kenal pasti bla bla takkan bagitau nama pemberi maklumat
Aku : Diam, mulut kena mangga



Tiba-tiba Bos 2 dah tinggi suara, tapi mungkin sebab badan yang besar mempengaruhi suara hu3..


Aku : Terkebil-kebil, sebenarnya dada dah berombak, mata dah nak berkaca. (Aku sentap sikit kalau
orang jerit-jerit nie, boleh pitam Adooooaii)
Ajib : OK la macam ni.. bla bla bla..
Aku : Selamat. Thanks bro....

Antara ingat tak ingat tentang perbincangan pagi tadi. Aku tiba-tiba jadi terperanjat bila ade yang bertanya aku macam nak telan aku, kalau Bos 2 nak telan aku muat rasanya masuk mulut dia. Sebenarnya Ok je tapi aku je yang sentap sikit hu. B, saya berjanji akan jadi perempuan yang tak lembek. Emm tengokla..

**Hopefully lepas ni mereka tak sangka burukla dengan kita orang.. Kita orang sayang korang, emm tak kot, Aku jew kot hahhahaha...

Rabu, 26 Mei 2010

TARGET KU MUSNAH (DIET)

Hari ini, aku berazam nak diet memandangkan berat aku dah tak boleh kawal lagi. Cik Pah kalau berat pun still maintain cun tau, kan hubby kannnnnnn. AMARAN jagan cuba menidakkan. Pagi-pagi aku dah tekad nak beli nasi lemak untuk sarapan, so aku singgah kedai kecil tepi jalan. Dengan lancar aku cakap, mak cik nasi lemak + telor goreng + kerang sambal yeww. Pastu aku senyum puas tengok mak cik tu ubuh banyak plak kerang nye huhu. RM3.50 untuk sebungkus, dalam hati makai mahal tapi still buat muka orang kaya hahaha..

Terus pecut g keje tapi hujan lebat ditengah jalan, memang lebat, kelajuan viper (betul ke aku eja emm) No.3, aku pecut jam dah pukul7.45 pagi ni. Sangkaan meleset sampai tepat jam 8.00 pagi tapi punch 8.01 pagi, OK lambat kena isi borang datang lewat. Ni semua gara-gara nak makan nasi lemak tapi kenapa nasi lemak ye, ish tak paham la. Nasi lemak ku bawa dengan penuh harapan untuk makan dengan rakus tanpa nak kongsi dengan sape-sape, huh jangan harap. Baru kau tahu Cik Pah ni kedekut ha3. Tapi sangkaan meleset.

Hari ini aku pergi kerja luar, ulang suara Kerja Luar, sebab aku memang keje kat luarla. Mesti fikir aku mengularla tu, emm hanya mereka saja yang tau. Dari pagi nak ke tengahari asek makan, 2 kali makan walaupun perut dah penuh. Makanan di taja sepenuhnya oleh En Zawawi, drive F1 yang di reject, OK yang tu tipu. Dia kenala sponser aku and ajib sebab dia sorang je yang ada bisnes buah, buah ape malas nak cakap. Eh cakap gak la, MONAVIE emm betol rasanya ejaan aku.

So ape jadi dengan nasi lemak aku, aku bawa balik rumahla. Akhirnya mak aku buang dalam tong sampah sebab dikhuatiri basi. Yela dari pagi bawa ke petang, ade yang cirit-birit nanti. Tak kuasa nak berulang-alik ke tandas, belom ditambah harum-haruman lagi pehhhhhhhhhh.

Ahad, 23 Mei 2010

Happy Bufday No Seha Ke-22

Nor Seha a.k.a Imah : Happy bufday yang ke 22 tahun, semoga ko sihat, harap ko teroskan pengajian ko yang ko rasa amat panjang tu dan aku harap ko berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. AMINNNN..

Sabtu 22hb Mei 2010 family aku buat makan-makan semperna bufday imah (adik aku No. 2). We all buat buat taktau just wish bufday je, muka dia memang berkerut takde kek ke @ hadiah. Siap cari dalam peti ais kot ade kek idaman dia Kek Buah tapi tak de. Yang best nye dia REDHA hu3. Aku suka betul kalau dia macamtu memang takde bunyi, senang aku nak buli dia.

Lastly kitorang tunjukkan la jugak kek dia, so bila dia tengok, PEHHH bergenang airmata ko ek mah, syian ko kan. Dari aku sekolah sampai aku besar aku rasa ni la pertama kali aku tengok dia ade kek bufday haha. Berbeza dengan aku tiap-tiap tahun ade kek dari umor aku 1 tahun 21.09.1986 hingga umur aku 22 tahun 21.09.2007 dan tak penak miss. (Tapi sekarang aku dah tak dapat kek lagi harap hubby jew, bila cakap nak kek jawabnye dah besar, huh sentap hati aku). Tiba-tiba aku dengan laser nyer cakap, thah2 ko anak tiri hu3. SIAN KO KAN KAN KAN. Sowey la yew yew yew. Yang penting aku sayang ko tau.

Bergambar jap dengan ayah dan ibu, pastu kena cium dengan dorang. Ko pun Sengal tutup muka, Malu la konon ngeh2.. Gambar ko tutup muka tu aku malas nak letak..



Ini adik beradik aku yang ada?? Aku, Muhammad Muiz Affandy dan Bufdy Gurl Tua. Sila abaikan muka neutral beuty aku tu. Takde masa nak touch up muka, baru pas masak bee hun tom yam yummmm yummm. Bf Imah pun datang tapi malas la aku nak letak, upload lembab sangat la. Panas hati aku tunggu.

-THE END-

Rabu, 19 Mei 2010

Kawan Tempat Kerja Lama

Semalam aku berjumpa dengan Syikin, kawan tempat kerja lama kat MOSB. Em takda ape yang berubah tentang dia still same. Aku je yang berubah katanya, semakin berisi dan cerah. (mana tak cerah dok kalau dah bertambah isi Adushhh). Aku jumpa syikin di Pendamaran emm sekitar Econsave, Kenapa jumpa di Econsave?. Sebab kat situ je yang aku boleh berjumpa dengan syikin, dengan aku yang taktau tempat dengan ko yang takde transport.. Emm ade lagi rupanya orang yang tak tau memandu, terutama ko syikin drive kereta taktau, bawa moto pun taktau. Hheeheh tapi ko memang cool OK, selamba badak je.


Macam-macam yang kitaorang cakapkan, hal keje lama, kawan lama, bos lama, bf baru, perbuatan keji kawan lama, semua yang lama. Pastu baru yang baru, tempat keje baru, kawan baru, bf baru dan semua yang baru. Berborak selama 1 jam betul-betul memberi makna kat aku.


Thanks k jumpa aku, aku teringat ko sangat. Yela Setahun setengah aku tak jumpa ko. Lagi-lagi aku payah sikit nak lepaskan kawan yang sebulu dengan aku. So aku consider aku sayang ko la hahaha. Untung ko jadi kawan aku, sebab aku sayang kawan-kawan aku. Hope perkenalan kita yang dulu cuma dapat tiga bulan je akan berterusan sampai bila-bila. FRIEND FOREVER, wah!!

Selasa, 18 Mei 2010

Rumah Untuk Disewa

Bukan la rumah sebesar ni, cukup la rumah kos rendah yang berkeadaan selesa.
Untuk aku dan hubby.
Dah hampir sebulan aku cari rumah untuk disewa tapi susah bukan main. Kalau jumpa pun tak padan dengan buged yang tersedia. Maklumla baru kawen, duit baru lepas habis takkan nak sewa tempat yang mahal-mahal. Untuk area kawasan aku boleh dapat dalam RM350 tapi kena berusaha bagai nak keringla, kalau terjumpa pun RM400. Senang kata aku jumpa rumah untuk di sewa belum cecah lima pun untuk aku pilih. Nak dok rumah parent, emmmmmmmmmmm tunggu la aku fikir. Sebolehnya baik rumah sendiri, sebab kita dah tak sama dengan yang dulu. Ada tanggungjawab sendiri, ada hati yang perlu di jaga emmm macam2 lagi faktor2 yang perlu difikir.

Ada jumpa satu rumah tu tapi bila ada yang inform that house tu keras sebab dah lama sangat di biar kosong so adalah lebih baik aku tak sewa. Aku dah la penakut, lagi ada satu cerita yang di alami oleh anak kawan mertua aku. Tentang HANTU, pasangan baru kawen ni menyewa di sebuah rumah. Si suami selalu balik lambat dan tinggalla si isteri di rumah sorang diri. Pada suatu malam si suami balik seperti biasa, dan melakukan hubungan ehem ehem. (Bagi pengantin baru benda ni perkara biasa, bantai je tak kira penat hu3..). Selesai je, tiba-tiba kejadian si suami balik berulang lagi. Si isteri berasa confius, "Siapa yang balik tadi?". Hal ini berlarutan beberapa kali, si isteri bertanya kepada si suami dan si suami menidakkan kepulangannya. Menurut si isteri setiap kali bersama Saka tu, hubungan tu terasa hebat. x2*?%cdjh/sijd#2 apa punya cerita daaa. Timbul tanda tanya pada pasangan ni, pasangan ni bertanya pada yang arif berkaitan hal ni. Menurut yang arif HANTU tu adalah SAKA yang duduk kat rumah tu. Emmm aku terfikir lak, entah-entah suami dia yang bela astargf... Emm mengandung tak pempuan tu. Kalau mengandung anak sapa nak cakap, ANAK HANTU KE?. Tapi katanya tak mengandung la, ALHAMDLLH.. On the sport pasangan ni pindah rumah, tinggalla Saka tu kesepian huh.

Emm mintakk aku dijauhkan dari benda-benda yang tak elok ni. So tinggal lagi dua bulan aku kena cari rumah, lagi sebulan sebelum majlis aku, semua orang dah busy. Sapa-sapa yang ada rumah untuk disewa, inform aku ye. Nak area telok panglima garang hingga sijangkang sahaja. Sewa RM350. Rumah kecik je untuk dua orang duduk (ada bilik, dapur, ruang tamu, bilik air kalau ada pool lagi bagus).

Ahad, 16 Mei 2010

I-City, Seksyen 7, Shah Alam

On saturday, aku and b rancang nak pergi I-City di Syeksen 7, Shah Alam. So aku ajak la adik-adik aku, ibu aku and bakal mak mertua aku. Bertolak dari rumah aku tepat jam 8.00 malam, sampai dalam pukul 8 lebeh. For information masuk ke sini free je so tak payah tunggu time gaji huhuhu3.. Punye la banyak kereta, bersusun sampai b dah naik tension. So aku suggest kan sape2 yang nak pergi ke sana, please pergi time keje so takla penuh sangat tempat tu. Memang penuh dengan orang, tak kira bangsa mahupun agama, tak terkecuali warga asing huh. Pada pengetahuan aku lampu ni semua dari teknik LCD so maybe takde masalah macam lampu biasa. Aku taktau sangat tentang benda ni tapi memang nice.

Dah jalan-jalan tiba-tiba adik aku buat hal, nangis merajuk sebab aku marah dia. Bukan aku garang tapi aku bengang kenapa lari-lari nanti kalau hilang dalam celah-celah orang macam mana nak cari. Tak pasal masuk paper nanti. Ko jugak yang popular. Kat situ ade macam-macam replika ex: rusa, merak, katak, bangau, eh macam-macam lagi la. Kalau nak tau lebih lanjut korang pergi sendiri.

Kat sini ade benda aku tak berkenan sebenarnya, kat satu-satu tempat ade seorang atau dua pengawal yang menjaga. Ade seorang budak umur dalam 4 tahun berdiri sebelah rusa tu, maybe dengan niat nak tengok (nama pun budak). Si pengawal ni boleh rentap tangan budak ni suruh turun dari kawasan tu, then mak dia yang memang tengah cari budak ni tiba-tiba muncul amik anak dia. Hello En. Pengawal boleh tak bertindak macam orang dewasa, tak payahla kasar sangat dengan budak tu. Nasib baik bukan adik aku, kalau tak ko dah kena kick dengan adik aku.




Gambar kat sebelah ni, dorang dah penat jalan sebab tunggu aku dan b parking kete (bayangkan punyela lama). Amek jap gambar dorang kepenatan. Ambil hati orang tua, ye la lama tunggu kitorang. Padahal ambil gambar dulu tadi hu3..




Ok gambar second tu, aku pon taktau kenapa aku buat muka macam tu, nyesal doww. Ape thah mak b cakap nanti, MALU. Macam mana nak jadi isteri orang, perangai masih macam budak sekolah. SENGAL.







Ok, ni saja nak tunjuk muka aku dengan b. Nanti cakap aku tak tunjuk pulak, keluar la citer sedih thah dari mana nanti. Malas nak layan. Actually dari aku sampat kat tempat ni aku asyek jumpa orang bergambat "tangan LOVE" tu. Bayangkan dari sampai, sampai aku nak balik. So taknak meloyakan tekak aku ajak b buat hu3.. SWEET LA B..





Jejeng.........
Ok, praktis untuk gambar kawen hu3..





So korang boleh la bawa sape2 yang korang nak bawa, free of charge parking pun tak bayar . Just more take care of ur car la, sebab dikhuatiri tergesel terlanggar tercalar tercuri terlupe kunci dan sebagainya. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga mahupun yang tercinta.

P/S : Sekiranya anda membawa ibu bapa yang kurang kuat sila bawa payung sebagai tongkat.
Tempat duduk adalah terhad. (pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat).

Jumaat, 14 Mei 2010

HUJUNG MINGGU

Hujung mingu ni, mesti sikit bosan. Aku dah tak boleh keluar malam lagi, semua tak bagi. Iisssh janganla macam tu bosanla. Minggu ni aku ada plan nak kemas bilik, bukan bilik bujang tapi bilik kelamin. Aku nak suruh tokey kedai hantar set tidur next week, emm tak sabar nak tengok life depan mata aku. Yeee la first time ada katil kelamin sendiri ngeh2. ..
So aku dah bincang dengan hubby nak kena angkat barang dalam bilik tu. Hubby tunjuk sikit OTOT tu, tu pu kalau b ada la hahhah... Angkat katil and almari letak kat bilik belakang. Aishhh malasla sebenarnya tapi ibu dah bising ni, semua lom bergerak lagi. Nak cat dinding ke tak payah ek, nak cat syiling ke tak ek. Ibu nak tukar syiling bilik tapi aku rasa macam membazirla. Emmm kalau nak buat RM1,000 ish sayang la duit tu, nak kenduri lagi. Emmm tengok la macam ne malam ni aku fikirkan..

Nie hiasan kepala katil idaman aku tapi tak mampu nak buat havoc macam ni T_T

Dapat yang macam ni pun aku dah banyak bersyukur.. Ade yang nak sponser..??

P/S : Last minute baru nak fikir....... Selalu kena marah dengan hubby pasal nie.... Adooooooaioaiii..

Nak Belajar Letak Gambar

Aku nak belajar macamne nak letak pic di tengah2 perenggan bukan di atas atau pun di bawah..
OK testing..



Ok dah jadi dah.. HUhuhuhu...
Yes.. tp kenapa kat tepi nak buat center plak.. Bismilla...


Ok, nampak macam berjaya je.. aku dah pandai satu benda iaitu letak gambar hu3.. NAmpak sangat bodo IT aku ni huh..

Selasa, 11 Mei 2010

TEKANAN DAN STRES (Part 1 Of 3)

Hari ini aku nak bercerita tentang stres, sebab aku dalam keadaan stress yang mana aku dah buat orang disekeliling aku stress dengan aku pulak hu3.. Maaf ye, hubby, ibu, imah dan yang lain. Kat sini aku nak bagi share sikit info tentang TEKANAN DAN STRES yang aku baca dalam “Kesihatan Sepanjang Hayat” isi dalam penulisan ini banyak membantu aku yang tengah stress. Bila aku baca, aku yang tengah down terus rasa seperti kena hantuk dengan senduk.

Ok dalam kehidupan seharian kita, kita semua terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres. Terutama aku yang sering gagal dalam mengawal stress hu3. Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Benda ini selalu terjadi kat aku, ia lebih kurang jadi motivasi kat aku untuk menjadi manusia yang lebih baik. So cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Dari penglihatan aku kehidupan moden hari ini sememangnya penuh dengan tekanan. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Jika tidak dirawat, tekanan yang dihadapi akan membuat kita merasa tidak berdaya dan tidak berguna. Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan

TANDA-TANDA AMARAN SESUATU TEKANAN
Degupan jantung yang cepat, merasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku, banyak berpeluh, risau dan bimbang, terasa loya, gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Bernafas kencang, merasa tidak sihat, cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil, sukar untuk tidur, kaki dan tangan terasa sejuk, keinginan seks menurun, selera makan berubah, terasa amat letih, minum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok kalau korang merokok la, sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya. Bagi aku yang paling menyesakkan apabila ada perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan rasa gelisah. Huh aku benci keadaan semua ni, dah terbayang aku hidup seperti tanpa nyawa.

........

KESAN AKIBAT TEKANAN YANG BERPANJANGAN ?
Banyak kesan yang kita sendiri tak sangka sebenarnya. Antara yang penulis ni tulis tekanan darah tinggi, lelah, masalah kulit (jerawat), serangan jantung, masalah sinus, kehilangan fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migraine, kebimbangansakit kepala, kemurungan dan sebagainya. Ada antara yang di atas, aku tak tau penyakit berkaitan ape tetapi apa yang boleh aku lihat semua penyakit yang aku dah senaraikan di atas akan mendatangkan masalah kepada diri kita dan mungkin orang sekeliling kita..

P/S : Oh Tuhan, berikanla aku ketenangan dalam menangani stress. AMINN..


Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu buat Puan Samenten Binti Md Amin..
Semoga ape yang ibu lakukan akan diberkati tuhan. Segala amal kebajikan dan ibadat diterima Allah. Diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa. AMINNN..

Terima Kasih kerana telah melahirkan aku yang kuat merajuk dari kecil. Dari aku sebesar tapak tangan sehingga aku lebih besar dari kau IBU.. Semoga aku dapat membalas jasa kau yang sentiasa memberikan aku kasih sayang, didikan, tunjuk ajar, kepercayaan dan sebagainya. "Berikan aku ruang Ya Tuhan untuk membalas jasa ibuku" Maafkan aku di atas kekasaran bahasa, ketelanjuran kata dan perbuatan, menyakitkan hati ibu.. Maafkan aku wahai ibu.. Wa sayang kan Ibu, sanyang sangat sangat..

Dari anakMu yang kuat merajuk, -_-
Sharifah Salwa Binti Ali

STRESSSSSSSSSS kepala hotak aku

Aku stress dengan kereta yang aku bela dengan titik peluh duit gaji aku sendiri.. Aku dah naik bengkok dah asek nak belanja ko macam2 ko tau, sekarang ko betul2 dah buat aku sangat2 hilang sabar..

Boleh tak kalau sekali tu ko tak ganggu aku dengan kerosakan yang tak tau dek punca, Ko tau tak sakit hati aku ni bila ko asek buat hal.. Aku jual jugak ko nanti.. Aku dah cakap ko jangan nak buat hal je dengan aku, memang ko duduk kat usecar nanti.. Aku taknak bela ko lagi, aku dah jauh hati ko tau tak.. Setiap bulan asek nak belanja ko jew mana boleh, bengkok la aku. Aku penat2 keje kumpul duit nak kawen senang2 setiap dua bulan mintak RM500. Celah mana aku nak dapat weiiii, adooooooaiaiiaia.. Tension aku.. Aku dah HAMPIR tekad nak jual ko nie.. Baik ko wat baik dengan aku sebelum aku betul2 tekad guna simpanan aku untuk tujuan "menjual ko"..

Tiap2 bulan mana la larat Yang Oiii.. Aku sebulan baru dapat simpan RM500 tapi ko mintak amount itu jugak.. AKu naik menyampah tengok perangai ko.. Ya Tuhan, bagi aku kesabaran yang tinggi, ketenagan yang abadi, niat yang suci ahhhhhdrg bagailah ko..

P/S : Kalau beli kereta, make sure jangan gelojoh dan pastikan poket anda mampu untuk menanggung sakit kereta nie.. Bukan mak bapak korang je yang wajib kene tanggung tapi si haram jadah ni pun sama..

Khamis, 6 Mei 2010

BERTUNANG : 50% confirm dah jadi hak milik orang


TUNANGAN ORANG : Ok orang akan selalu perasan yang kita nie tunangan orang, sudah bertunang, darah manis dan lain-lain kalau Si Gadis mempunyai cincin emas belah rotan di jari manis sebelah kiri (dah ada wakil dari sebelah lelaki datang berbincang tentang si gadis dan belanja hantaran dll) dan di sebelah kanan Si Gadis tersarung cincin emas yang bertakhta kan batu (ikut orang dan adat ye, sebab ada sesetengah tempat taknak cincin emas ni).. Dan bla bla bla bla..
So untuk aku, orang dah cop tunang orang, so kalau dah tau maksudnya bakal berkahwin la kan.. Aku nak tunjuk sikitla cicin emas bertakhta batu sederet aku hu3, gambar kat atas tu la.. Aku takde cincin yang tertonggok kat atas tangan tapi aku pilih cincin yang batunye terletak sacara sederet.. Baru nampak moden dan lain dari yang biasa.. Harga untuk cincin ni RM** huh mana boleh bagitau.. Untuk cincin belah rotan, encik hubby yang pilih (nasib baik cantik).. So secara umumnya aku dah jadi tunang orang sebab aku dah ade dua bentuk cincin yang bermaksud cincin merisik dan tunang.. Aku dan hubby bertukar sebanyak 21 hantaran dari aku dan hubby sebanyak 17 hantaran termasuk cincin.. Sweet sangat bila teringat time tu hu3..
(Entry yang asal dah hilang so aku sambung yang ni tp isi nye lebeh kurang sama)
Berbalik kepada tajuk di atas, aku sebenarnya bengang bila orang asyik bertanya "bila nak kawen?", lantakla bila aku nak kawen pun.. Aku jadi malas dan bengang bila asyek di tanya.. Tanya sekali je boleh tak, malasla nak jawab..
Jadi tak privacy dah, so bila korang-korang tanya ofcouse aku tak jawab kan hahahaha.. Tak pun buat-buat tak dengar soalan.. Dah bertunang mestila ada rancangan nak kawen so untuk korang-korang jus tunggu kad ok.. Tak payahla asek tanya soalan yang sama je..
P/S: Jangan pakai cincin kalau taknak orang tau kita dah bertunang
Amaran: Kalau keluar dengan tunang pastikan pakai kalau taknak kena FIRE dengan laki korang.. (ade berani ke)




Rabu, 5 Mei 2010

Bahaya Penggunaan Telefon Semasa Memandu

Otak rasa semacam sengal je, ade perasaan tak best..

Semalam aku rasa liat sangat nak bangun, terasa macam saiz kepala dah bertambah 2x ganda saiz huh.. Pagi-pagi harus selama 5 hari seminggu melakukan rutin yang sama. Bangun mandi, sembahyang, gosok baju, kemas bilik ala kadar, make-up, minum pagi teros start kereta g kerja.. Kenapa aku malas nak melakukan tu semua, ya tu semua sebab aku tak cukup tido.. Kenapa aku tak cukup tido, kerana aku kena marah dengan hubby.. Asek kena marah je, macam baru setahun aku tengok dunia ni.. Jam 2pagi baru aku dapat lelapkan mata so bila pagi terasa mata aku ni digam UHU(tau ke gam ape), pandai-pandaila korang..

Aku mulakan perjalanan dengan hati yang bercampur-campur, takde perasaan.. (memandu hilang focus).. Tiba-tiba hubby call, aku pick up.. OK kena marah lagi.. (boleh tak jangan nak marah je).. Mendengar satu persatu bebelan hubby, buat aku blerrrr..

Tak pasal-pasal kereta depan aku break emergancy, aku macam nampak babi hutan nak lalu terus tekan breake.. Cepat-cepat aku pandang kereta belakang, bunyi geseran tayar dari jauh dah mampu buat aku tersentak (ya ALLAH selamat kan lah aku)..

Selamat..

Confirm Myvi tu mancarut kat aku.. Aku tarik nafas dalam-dalam pandu dan cuba memotong.. Hp terdengar suara hubby tanya, kenapa aku tekan breake macam tu(hati dah panas nii), Aku cakap orang belakang yang breake then terus aku letak telefon..

Tiga kereta accident(erobek, pegeot,wira) macam biasa yang korang lihat depan kereta semua dah ternganga macam anak burung dapat makanan dari maknya.. Huh, dalam hati penuh rasa syukur, kalau tak macamne aku nak pergi kerja nanti.. Susah aku nanti, patah kaki la jawabnye..

p/s : Jangan buat dua kerja dalam satu masa..

Ahad, 2 Mei 2010

Persoalan Yang Senang Dijawab

Lepas kitorang bertunang keluarlah story yang kurang enak didengar untuk orang2 semacam aku yang baru nak ke arah berumahtangga :
Problem yang tak masuk akal :
1. Si Tipah nie dok gembar gembor kat orang yang hubby ni perasan bagus coz tolak anak dia. Tapi nak tolak macamne couple pun tak.. Kedai makan yang selalu kiorang pergi makan ni pulak kawan baik dia so, si tauke kedai makan plak dok cakap hubby selalu datang makan kat kedai dia dengan macam2 perempuan kadang-kadang sampai 2 3 perempuan. So hubby dapat title PLABOY, handsome sangat ke hubby tu nak dikata PLABOY huh..
J: Bukan sebab hubby bagus sangat tapi anak kau dan kau tu yang tak cukup bagus.. Hubby syukur sangat sebab tak pilih anak kau tu.Suka2 nak soh orang jadi pak sanggup anak betina kau tu.. Story tentang dia keluar makan dengan macam2 perempuan pulak sebab aku kadang-kadang pakai tudung kadang-kadang tak.Bila aku pakai tudung aku dah macam muka Tiz Zaqyah, bila aku free hair muka aku dah macam Farah AF.Bukan nak bangga tapi kenyataan orang yang cakap tapi truely nye tak cantik mana pon janji manis ade.. And satu lagi aku bila keluar makan aku memang suka bawa adik2 aku, sepupu aku, bukan ke lagi bagus makan ramai2, barula takde maksiat Cik Pah Oiii. Barula kedai makan ko tu ade untung lebih kan tauke kedai makan.. Yang anak cik pah dok serumah dengan jantan tak pulak ko nak cite kat orang..OH Please dasar...

2.Yang ko Cik pah oi yang marah sangat hubby pilih aku tu pasal, ko kenal aku pon tidak kan, tengok muka aku pon tidak. Ko cakap aku ni tak baik sebab kejap pakai tudung kejap tak.. Itu je yang mampu ko nak ngata aku huh silap besar la mak cik pah oiiiiiii, ingat sikit tikar sembahyang. Ukur dulu badan anak ko sebelum ko nak ukur badan aku, excuse tak setaraf tau huh. Nak cakap aku bongkak, angkuh, biadap, ada aku kesah hahahhhahahahaaaaaaa...
J: Disebabkan aku pakai tudung atau tidak ada kene mengena dengan ko Cik Pah oiiii..Atleast aku tau jaga DIRI aku, jaga MARUAH aku, MARUAH keluarga aku dan aku tak penah ambil tau hal Cik Pah sekeluarga.. Yang paling mahal, aku tak semurah anak kau yang menempel Body kat rumah jantan,WTF..

3. Nak disedapkan cerita, Cik Pah boleh plak bercerita dekat orang yang hubby dah bertunang dengan anak betina dia.Ishhh tak paham la orang zaman sekarang ni.. Hubby cakap kenal baru sebulan lebih sentuh anak dia sikit pun takde.. Lagi nak bertunang dengan this fuck, no way man..
J: Yes, dulu mmg hubby ada nak bertunang dengan someone but not this BETINA la and aku pun pernah jumpa.. Pertunangan tu pun tak berlaku so conclution hanya aku sorang OK yang penah bertunang dengan en. hubby.. JUST ME.. Saksi adalah jiran tetangga en. hubby yang menghantar rombongan pertunangan dan jiran tetangga aku serta saudara.. Awak ada ke Mak Cik Pah dan Cik Ida oooIIIIaaaii.. Dengan angkuhnya aku akan jawab, bau pun takde kan...

4. Sekarang Tauke kedai makan ni dok nak datang uma aku la, nak cite kat orang kawasan uma aku dan terutama nak story kat mak aku supaya percaya yang hubby ni kaki perempuan.Tauke ni kawan mak aku dulu2, memang terkenal dengan kaki mengumpat, mengata, mengeji.. Kerja tak bergaji pun dia sanggup buat untuk ko ye Cik Pah, pandai ko cari baruah yang boleh ikut telunjuk ko..
J: Tak faham kenapa sanggup bersusah payah nak cari ibu aku nak bercerita @ menfitnah hubby semata-mata untuk menjadi baruah orang, sungguh terhormat kau menjadi orang tua.. Isyllh ibu akan faham semua cerita ni hanya fitnah.Hubby dah ambil tindakan awal dengan berbincang dengan ibu tentang hal yang berbangkit.. Aku bersyukur dapat ibu yang berfikir secara waras dan bukan jenis mudah terperdaya.. Yang penting dia lebih percaya kan aku sebagai seorang anak.. Jelas fitnah ni hanya untuk membuatkan keluarga aku tak menerima hubby dan mengaibkan hubby.. Astargfllh...

5. Cik Pah ko rupanya ada anak kaki pukul ye, anak jantan yang suka melepak kat kedai makan, memang dasar... Yang korang sakit hati sangat aku keluar makan berdua tu kenapa ye, ade aku soh ko belanja.. Yang ko nak berpakat dengan memeber2 ko yang sama2 pendek akal nak belasah hubby tu kenapa?? Ada masalah?? Salah belasah ko yang kene belasah balik nanti..
J: Dari ko belasah lelaki yang membawa tunang nya makan di kedai, baik ko ajak member2 ko dan mak ko sekali pergi belasah BF kakak ko yang dah kekah kakak ko tu.. ADE FAHAM.. Baru anak jantan nama nye.. Bukan sama2 jadi betina macam mak ko jugak..

6. Kau dengan yakin nye cakap, "Tak kawen nye nanti dorang tu" lebih kurang gitu la.. Ape niat ko sebenarnya.. Ha, kenapa ko bengang sangat kalau kitorang kawen pon..?? kO yang keluarkan belanja ke?? Huh jangan harap..
J: Kawen tak kawen tu semua ditangan Allah. Aku sebagai hamba hanya mampu berdoa minta yang terbaik.. Dan kau langsung tak terselit,hanya sebagai bencana dalam hubungan aku.. Orang yang nak mendirikan masjid mesti DIA akan berkati.. PERCAYA DENGAN HUKUM TUHAN..

Setakat ni je aku baru dengar fitnah korang.. Teruskan usaha korang.. Aku akan pastikan MISI 01 OKTOBER 2010 pasti untuk aku meraikan kebahagiaan aku, dan itu masa untuk kau cermin balik diri kau..

P/S : Sebelum kita nak kutuk orang, baik kita cerminn muka kita dulu..