SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Khamis, 16 Disember 2010

Penat..

Lama tak update blog.. Malas melanda diri aku.. Malas tahap dewa..

Lately aku betol2 xde semangat, aku rasa diri aku sangat penat..
Semua kerja rasa aku tak larat..

Aku benci perasaan macam ni..
Tak tahu aku nak luahkan macam mana..
Hanya diri aku je yang paham..
Mungkin kerana aku kini................??

Isnin, 25 Oktober 2010

Sedihhhhhhhhh..

Aku sedih sebab aku kna kesian kan orang, padahal diri aku..


??




??




??




Hope aku dapat meringan kan SEDIHHH Muuuu itu..

MuakkKKKKKKK

Ade benda yang menyesakkan kepala hotak aku. Memang sesak dah, tak tau nak pk ape. Kenapa benda ni aku harus alami untu kali yang ke be rapa RIBU kali.. Phewwww Ya Tuhan bagila hamba mu ini kekuatan untuk mendukung segala ujian dan dugaan Mu ini..

Entah keberapa kali peluang yang telah di beri, tapi ......
Aku dah MUAKKKKKK dengan perangai yang tak pernah burubah. Terlalu EGO untuk jadi seseorang. Acap kali aku nak muntah tengok muka yang penuh sinis untuk menyalahkan orang lain tanpa fikir akan kesalahan diri sendiri.

Boleh tolong akuuuuuu.. Jangan sampai aku, sendiri buang ko dalam hidup aku. Ape yang ko dah bagi kat aku pun, setahu aku bukan la seIKHLKASSSSS hati ko.. Plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz RESPACT diri sendiri sebelum ko nak orang lain RESPACT kooooo..

Wassssalaammmmmmmmmmmmmmmm.....

Rabu, 20 Oktober 2010

Melawat saudara-mara di sekitar Johor


Hampir sebulan aku jadi seorang isteri. What ISTERI?? Syokkkkk laweiiiiii. Hu3...macam tak percaya sebenarnya. Walaupun pada dasarnya aku sendiri tak percaya. Kenapa tak boleh percaya aku pun tak tahu kenapa. Pening-pening dah dah jangan nak mengarut kat sini, SENGALLLL..

Genap 2 minggu kawen aku dan suami Acehcehcehhhhhh SUAMI phergghhhhh tak boleh bla.. Yela suami takkan bapak ayam kann, huh DUSHHHH melampau. Berserta atok kesayangan, ibu dan Muiz melawat saudara mara, adatnya memperkenalkan si suami kepada saudara mara, yela dah masuk keluarga kannnnn..

Kota Tinggi tu jauh sangat so sampai-sampai je terus flat husband i tu hi3.. Lembik la u ni DEAR.. Kitorang kalu g kota tinggi umah pokde and mokde mesti nak g laut, so maka nya petang tu kami beramai-ramai naik van pokde yang alalaaaaa ALpard tu ke sana. Hubby dipertanggungjawabkan memegang Kaisarah, Very the tembem u (macam i dulu, tp ibu i cakap i lagi OVERR... HARUSKAH anak ku setembam aku nanti..

Gigil nak amik gambar, kelajuan meter habis berpusing 2x..
Harus percaya..

Kaisarah ni,pangkat anak buah dengan aku. So MakLong ang PakLong yew..

Very the SELEKEH am i..?? Walauape pun SERONOT sangat sebab dapat ikan so boleh makan ikan goreng banyak-banyak kan b. (Husband i kuat makan ikan, kalau dia nampak ikan, taring mesti keluar. Takut tak takut tak??)

Malam tu bertolak ke rumah ATOK SURIP, adik kepada ATOK ARBI (Atok kesayanganku). Dokla borak-borak cerita ni cerita tu, rasa seronok pulak hu3. Biasanya nak sampai umah TOKSU mesti time raya jew. Rumahnya very the tinggi di atas bukit.. Aku dapat hadiah tudung Syria, later i tunjuk k..

Ahad pagi bertolak ke MUAR, pergi umah MOKTEH & POKTEH, singgah umah ATOK LEHA (parent to my father) , ATOK SU YUSOF, kedai KAK FADHILAH, umah ATOK@PEKTAM and lastly umah POKLONG & MOKLONG.. TQ tu all of u sebab bagi kat i kain batik, kain pelekat, tudung, tudung syria , belanja ABC dan sumbangan wang.. Terima kasih juga sebab menghadirkan diri ke majlis saya, dan sanggup datang walaupun perjalanan tu separuh SEMENANJUNG MALAYSIA.. BRAVOOOO.. I LOVE U ALL.. TQ.. wahhhhHHHHHH..

Isnin, 11 Oktober 2010

03.10.2010 (Hari Bersanding/Ahad)

Hari berinai besar/bersanding dibuat di rumah beralamat No.15, Jln Langsat 10, Tmn Sri Medan Jaya. Diadakan secara bersederhana oleh En Ali dan Pn Intan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Majlis bersanding diadakan pada jam hampir 1.00 ptg..

Bergegar otak aku tulis ayat skema sekolah macam atas tu. Hahaaaa...
Korang layan ye pict kat bawah ni, aku ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir kerana sudi memeriahkan lagi hari besar aku.. Zasssssss layannnn.. MELODI..

Geng dari Jab Penilaian, MDKL.

Thanks u all Jab Penilaian MDKL coz bawa hadiah untuk aku 3 biji lagi.
Hadiah nya memang terbaik sebab pasti aku akan gasak (guna dengan sehabis baik) hadiah korang sampai buruk.

Rombongan pihak lelaki, pengantin lelaki sangat kacak auwwwww.
Bergetar dada i hahahaaaa.
Cik Savvy setia menyambut kedatangan.

Aku yang konon nya malu. Padahal dalam hati, Kacak nye B..
Ahhh gatal la ko mak cik..

Selamat datang ABANG.. Bluerrrrkkkkkk Abang..
Baju belang-belang, jurukemera merangkap tukang cuci..

Berarak sambil diiringi kompang dan pihak rombongan lelaki..

Time ni terasa macam anak raja kayangan melawat kawasan tanah jajahan la.
Perasaan ni memang lain sebab aku rasa macam sangat cantik dan semua orang nak tengok aku.
hahahhaa harusla perasan cantik ok..

Silat korang memang lain dari yang lain.
Very the BOOM.. 5 bintang..


Merah & Silver
Redupkan pandangan mata

Perewang jemputan

TQ shila, kak ayu, kak zila, aily & kak nani

Hidangan makan beradap

Kak Zila & husband
Backsite Pengantin Baru yang the boooom

Jadila walaupun gambar aku sipi belakang je
Tsk tsk tsk..

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

P/s: Terima kasih di atas sokongan dan ucapan dari anda semua.
* Tidak dilupakan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang tercinta sebab banyak bersusah payah untuk menyempurnakan hari bahagiaku ini.
* TQ juga kepada teman-teman dari MDKL, SMKTPG, Polytechnic yang sudi hadir meluangkan masa hadir dan TQ juga menghadiahkan hadiah yang sangat banyak sebab penuh kereta husband aku nak angkut semua hadiah tu balik umah sewa serta sumbangan wang ringgit.
* Kepada orang rewang TSMJ, TQ banyak-banyak sebab sudi merelakan diri memasak dari hari rabu hingga ahad. Tapi kenapa tinggalkan banyak sangat periuk dan kawah sampai 8 biji, sampai hati korang semua, penat tau..

Sekian, akan update lagi tentang wedding bila semua dah selesai..

02.10.2010 (Malam Berinai)

Actually aku xdapat banyak gambar time ni. Mana tak nye, aku asek tadah muka nak berposing bagai, lagak macam peragawan model antarabangsa hu3. Jangan gediks okey ngeeeee... Macam ko cantik sangat.. Tsk tsk tsk.. Sentap..

Aku memilih tema Merah + Silver, yang bagi aku sangat la cantik sebab warna sangat lembut dan redup mata memandang. Harus gorgeous untuk aku okey. Untuk malam berinai aku memakai baju songket merah. Bagi aku sangat cantik padanan colour baju dengan waktu malam dan pelamain. Tapiiiiiii..

Malam ni sebenarnya ade something happen. Aku xdapat bersanding atas pelamin aku sendiri malam tu. Aku terkilan sebenarnya tapi T_T what can i say. Ngeri pluss down pluss macam-macam. Entah aku tak tau nak cerita macam ne, aku rasa gambar takde sape yang sempat snap sebab semua orang sangat terkejut dan kaku. Termasuklah aku yang sedang cover cantik atas pelamin tu. Wahai Cik Ribut kenapa kah itu masa nya.

Ape yang terjadi sebenarnya??
Pelamin angan ku musnah..
Takla musnah tapi backdrop pelamin aku rebah ke depan, aku selamat dengan hanya bersandar kan kerusi sanding aku yang tinggi itu. Fuhhhh selamat acik kat situ. Tapi aku still bersyukur sebab semua selamat dan pihak lelaki dan pasukan kompang telah berada dalam khemah dan tidak dicurah setitik air hujan pun, yela setitik hahhaaa. Alhamdulillah, syukurrrr sangat...

Selebihnya ko layan la dulu pict bawah ni. Nanti bila pict dari jurugambar dah siap aku bagi korang korang korang tengok..

Me and Miah
Posing maut, pinggul bertemu pinggul


Me and Bedah (Pengapit selalu hilang bila time diperlukan)

Jumaat, 8 Oktober 2010

01.10.2010 (Jumaat/Nikah)

I'm marreid...

Aku sudah berstatus isteri kepada Mohd Hafiz B Mohd Arisfadzilah.
Percaya atau tidak, aku harus prcaya. I'm not single ngeeeee...
Harus percaya okey..

01hb Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat..
Jam 3.00 petang..
Bertempat Surau Al-Ansor Taman Sri Medan Jaya..
Proses pernikahan mengambil masa 20 minit..
See, bertapa mudah nya..
Alhamdulilah, syukurrr sebab dipermudahkan segala urusan..

Layn dulu la ye pict ni. Aku xsempat betolla nak amik gambar dari hp org lain..
Time ni nak nikah, lipstik pun blom pakai lagi, selendang pun belom sampai lg hu..
Sebab mak andam tertinggal..

With my lovely Atok.. Abaikan ribut dalam almari tu ye..

Me and Jana (Anak buah)..

Miah and me..
Aku kawen dulu ye.. ngeeeee..

Selasa, 28 September 2010

Lagi sehari..

Lagi sehari aku nak nikah, aku bukan lagi berstatus anak dara.. Emmm aku tengah kalut sebenarnya ni. Tak tau nak story cana, emm korang baca je la entry aku ni yew..

Hari ni rumah aku ada kenduri penanggah skali dengan kenduri yasin. Aku pulak dok kat office dengan jiwa kacau, sebab memikirkan ape yang berlaku kat rumah sekarang ni. Hopefully semua seperti yang dirancang. Pagi ni macam-macam benda nak kena buat, macam-macam benda nak kne fikir. Khemah nak pasang hari ni, barang kering tiba hari ni, nak ambil pinggan mangkuk, dapur, gas dan macam-macam lagi..

Aku sure mak aku kat uma tu tengah tonggang langgang, nak kne wat keje sendiri. Nak harap atuk aku, sian dia dah la bongkok tiga, tapi nasib baik jugak la sebab atuk membawa semangat kat mak aku hhahaaaa. Saya sayang atuk saya.

U all jangan salah anggap ye, ATUK = NENEk tau, so atuk aku ni perempuan ngeeeeeeee..

Aku macam nak balik tapi macam tak sedap, walaupun bos dah bagi green light untuk excuse. Klu korang nak tau aku baru di tetap kan so, aku tak bileh cuti selama 1 bulan. Korang tahu 1 bulan, hampehhh. Nasib baik 1.10.2010 aku dah boleh cuti horeeeyyyyyy..

Serabut serabut. Otak aku serabut ni. Ape la aku nak buat ni, hati kau tak tenang betol sebenarnya. Aku balik la ye.. Boleh ker?? Alaaaahaiiaiii ,mengada betolla aku ni..

Nak
Tak nak
Nak
Tak nak
....

Tengoklaaaaa....

Khamis, 23 September 2010

Temujanji dengan Mak Andam

Janji nak jumpa kul 10.00.. Then dua-dua pihak ada hal so tunda jam 10.30..
Ade pulak roadblock polis, Adoiiii lambat la sampai makanya. 11.00 mlm lambat tak ermmmm..
Gila lewat, klu aku yang menunggu confirm aku dah blaaa tau.. TQ Kak Zura ngeeeeee...

Hal andaman dari baju pelamin make up di rumah aku dah settle, perfact sebab aku yang uruskan. Tp rumah b memang banyak hal. Adooooii.. Tema pink + tekois, maafla bahasa malaysia aku kalau tak betol ye. Baju bertandang colour Putih + Pink. Pada aku OK je, tp pagi-pagi aku dengar b cakap mak dia dah bising. Amik kau, berdas-das dapat. Nasib ko la Labu hahhaaaa..

Aku Ok je dia nak colour ape. So sorry aku tak nak mauk campur, aku ok je. Tak kisah la baju tu rupe Maimunah sekali pun. Korang paham ke Maimunah tu ape. Mesti tak kan, bermaksud baju alaaa-alaaa fesyen lama, kembang tangan, kembang kain, bahu ropol-ropol. Phewww malu aku kalau kena pakai baju macam tu. Lantak kau la nyahhhh. Malu seabad aku nanti..

Tengokla nanti ape jadi, pakai baju Maimunah tu la kalau mak nye bising lagi. Sekarang moden, warna khemah tak semestinya sama warna baju Right. Emmmmmmmmmm..

My Mind

Bulan..

Minggu..

Hari..

Jam..

Saat..

Hahaaaa giler teruja ni nak kawen.. Berdebar xla pun.. tp aku ade feel something..
Tak tau cana nak explain..

Lagi seminggu genap aku akan bernikah dengan lelaki yang bernama Mohd Hafiz..
Hi.. Mohd Hafiz.. Ape la yang aku risau sebenarnya ni.. Ade benda yang aku risau..
Maybe disebabkan terlalu banyak aku dengar kes pukul isteri, lelaki yg tak bertanggungjawab dll buat aku rasa takut dan sangat khuatir.. Wahai cik wawa, bagi nerves ko hilang k..
Jangan ko nak wat hal pulak, dak masa-maasa terdekat ni..

Giler la weiiiiii... Sharifah Salwa nak kawennnnnnnnnnnn... Can u believe it.. Ngeeeee..
Serammmmmm..
Seronok...
Gembira...
And alllllllllll..

Chowwww... Muah...

See u next entry..

Jumaat, 17 September 2010

IC Sementara

Hi all.. Ada ingat tak, aku ade story tentang dompet aku yang hilang entah dimana..
Aku saja nak tunjuk kan korang Kad pengenalan aku yang sangat besar.. Klu korang nak tahu, nak pergi beli tahu pun kena bawa handbag besar tau.. Tension aku masa tu..

Ini muka sangat bengang okey.... Why why why?? Why FB xboleh buka... Egrrrggghhhh..
Tak pasal ye ko kak pah.. Masa ni pun bengang jugak.. Huh..

Rabu, 8 September 2010

Detik Menunggu 1 Syawal/2010

Pheww gile lama tak update blog kan.. Ade la hampir sebulan.. Buzy melanda diri tahap gaban.. Actually macam2 berlaku kat aku bulan puasa ni.. Tapi harus yang best tau.. Untuk wawa semua adalah yang terbaik hahhaaa.. Terbaik..

Nanti la tunggu aku ade masa k. Sekarang tengah mood raya...lalalllaaaallaalalaa.. Selamat Hari Raya.. Hari Untuk kita bersuka ria blalal blaa.. Hahahaa.. Matikk tak sedap lagu aku ni.. Blurrkkk..

Setiap kali Hari Raya menjelang, mesti nak ada ucapan Hari Raya dengan kata-kata mohon maaf yang manis tak berapa nak manis sangat. Dengan penyesalan kerana telah menulis perkara yang mungkin melukakan sesetengah pihak atau individu. Padahal aku tidak lah ralat sangat atau peduli sangat dengan hati dan jiwa yang terluka - atau - bait bait indah yang datang dari hati kewanitaan aku tentang betapa seronoknya beraya sebagai seorang tunang - padahal raya pun tak lagi teeheee..

So that aku nak wish u all Selamat Hari Raya.. Selama aku berblog ni yang tak sampai beberapa bulan ni, aku nak mintak maaf zahir dan batin. If aku ada tersalah tulis, yang menyinggung perasaan sesiapa pun anda..

Esok raya la weiiiii hahhaaa. Gilerrr seronok kalah budah tadika, Lempang wawa laju-laju.. Sesiapa yang kenal akan diri ini, jemputla datang rumah...tp tunggu selepas 3 minggu raya yew hahahhaaa..

Jumaat, 13 Ogos 2010

Salam Ramadhan 2010

Hi u all.. Bulan puasa dah 2 hari berlalu.. So how korang nye puase, klu dah ade yg lubang dont know to say la hu3..

First ramadhan wallet aku hilang.. See see how sad am i.. I hav nothing, all my thing inside my purs.. Tak tau cane boleh hilang.. Miskin aku diwatnye.. Nak kata TOYOL bulan puasa kan hu3.. Tak pe la maybe tuhan tu nak uji aku di hari pertama puasa ni.. Bagi aku sabar, ujian, keredhaan.. Chewwaaaahhh bagai la ko wawa.. Malas layan..

Menu rumah aku dari 1 ramadhan adalah mee ye... Dengan harapan semua ahli rumah aku adalah kurus, SEWAJIB nya aku.. R1: Mee Hailam R2: Mee Sup untuk hari ini R3: Mee Kari.. Caya lah mak aku, gile rajin semacam.. Aku balik keje tinggal mentedarah macam orang kebelur hu3..

K, lah hari ni ramai yang datang ke rumah aku. Dorang nak berbuka kat uma aku.. So xtau la macam mana kecoh nanti suasana rumah aku.. Mesti penuh dengan orang, tak kira kecik besar hu3.. SERONOKKKKK lama xdapat kumpul ramai2 macam tu..

K.. Daaa.. Will update later k..

Ahad, 1 Ogos 2010

Jeram Toi, Jelebu..

Hari minggu yang ditunggu-tunggu telah pun berlalu.. Ape yang berlalu?? Korang nak tau, penting ke?? Sabtu, aku, hubby dan member office hubby buat plan nak bermandi manda plus meroyan sakan dalam air.. Teehee..

Disebabkan Cik Puan Wawa adalah gadis yang bijak dalam meredah jalan so Cik Puan Wawa adalah dipertanggungjawabkan untuk membawa peserta rombongan.. Ha amik ko, ko ingat aku ni teror sangat ker?? Please..

So adalah wajib untuk hubby cuak sepanjang perjalanan sebab aku selalu je confius nak masuk simpang (Takut WLY dia calar ke ape, hokoloo sebell Citt). Hahaha muka hubby dah macam tempe benyek sebab aku selalu je confius.. tapi nak buat macam ne, dah memang gadis kesayanganmu Cik Puan Wawa ini sangat confius ye En Hafiz.. Ho3.. Jangan marah ye abang emcem, wah bluerkkkkk.. (Say No To Abang)..

Bertolak jam 7.15pagi dan sampai jam 9.10pagi.. Ohh yea.. Akhirnya tanda kepuasan tersinar di muka hubby, wa sangat chenta sama lu apek.. Sampai-sampai teros pasang khemah, bakar udang, ikan dan hot dog.. tiba-tiba, "B, sayang lapar?"sambil buat muka separa mati.. Teros ajak Hamim, yok makan lapor ni, tak boley bla dah.. Hahhaa ko tengok gelojoh betul perempuan nie..

Itu hari memang syok la, wa cakap samalu.. Hari yang indah bersama Hubby.. Wah, T_T..
Selebehnya korang layan la pict kat bawah ni..

Serba-sedikit tentang asal wujudnya Jeram Toi..

Encik Tuan Hafiz Dan Cik Puan Wawa..
See air terjun tu, kira best la klu nak bertapa kat situ..
Ade berannnnnn.. Ngeeee..

Sila jangan tiru adegan ngeri ini..
Aku siap buat adegan terjun lipat ko tau.. Superb..

Comel nyer.. Tarik pipi sikit..

Mr Hafiz And Mr Hamim
Adegan kerut kening..

Yeeeeeeeeeeea.. B poyo..!!!

P/s : Actually ni last untuk En Hafiz & Cik Puan Wawa nak berjumpa.. Sebab perjumpaan kitaorang dihalang orang tua.. Sob sob sob.. 2 bulan lagi.. Huh sabar jela..

Selasa, 27 Julai 2010

Aurat : Kebaikan Utk L & W

sekadar gambar hiasan

DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini. Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pertama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal,apabila auratnya terdedah.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia mengenakan pakaian menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap orang.

Seperti juga lelaki membetulkannya, yang mengenakan bajunya yang menutup aurat kerana niat perlu menjaga iman wanita. Begitu juga wanita tidak melilit tudungnya atas nawaitu – jangan sekali-kali berkata dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua bukan kerana orang lelaki.

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

P/s : Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Isnin, 26 Julai 2010

Kad Jemputan

Korang, arini kawan baik aku time belajar dulu msg..

Wani : Salam kawan2. bg alamat korang..aku nak hantar kad jemputan ni..
Wawa: No. 15, jln ...............sel. Ko bg alamat ko gak, tak dapat datang pun, yang penting kad ada T_T..

See how sad..
Kenapa lah, macam tu. Aku kalau kawan-kawan yang baik dengan aku, aku memang takkan lepaskan untuk datang kenduri korang.. Tapi kali ni aku terpaksa menguzurkan diri sebab aku sendiri nak wat kenduri..

Woohooooooo... 2 bulan lagi..

Ahad, 25 Julai 2010

Amjad lagi


Comel tak saya Mak Long..

Hari sabtu, tak tau nak watpew.. Bosan tahap nak melanton ton ton.. Habis semua dinding, kerusi, meja aku gigit nak menunjukkan kebosanan aku.. Well, satu cadangan di buat. Kita pergi jumpa amjad uwais..

One fond call di buat:
Ibu : Amjad ade rumah..
AM : Amjad ade, mak dia pun ade umah, bapak dia pergi keje.. Datanglaa..
Ibu : We all nak datang nak date dengan amjad, kalau ibu dia takde pun takpe.. (Ayat membunuh jiwa)
AM : Alaaaaaaaaaaa.. Datanglaaaa..
**AM= Amjad mother

Amjad : Maklong amjad dah ngantuk ni, Plz balik laa...
Mak Long : Taknakkkkkk.. @>
Pipi jew sama temban, adush...
Asek ambil gambar amjad je, malu la amjad.. Poyo la budak kecik ni..

Sabtu, 24 Julai 2010

MANTRA

Hari jumaat hari yang mengerikan, dalam sejarah hidup aku kain koyak buat kali ke2 nye phew. Itu tanda-tanda saiz badan dah meletop, NGERIIIIIIIII.. Oleh itu seharusnya aku ambil halfday.. BAHAGIA..
Ibu : Ko cuti ke keje?Muka selamba tp penuh makna.
Wa: Half day. Kain koyak..
Ibu : Wakakkaa kaka akka, bergema rumah. Seriau aku dengar ibu gelak.
Wa: Hati panas HOT HOT HOT
Siap, jom tengok Mantra.
Ibu : Wokey

Seharusnya ambil seat biasa ok, belom gaji. Mula-mula cite tu dah seram..penat aku tunggu bila nak relax ni, tak ada langsung okey, nak pegi toilet pun takut.terpaksa tahan buang kecil-kecilan itu..

Hantu dia macam pelik..macam diperbuat dari ranting2 kayu.. Aksi memang BRAVO.. Serius aku jadi seram tengok cerita ni, ni yang nak ajak Hubby tengok-tengok kalau ade yang tak benar ke dalam diri dia. Marahkan laki, bini yang di Ilmu Hitam kan, SIOT la.. Ilmu Hitam ni semua dari ilmu-ilmu syirik Syaitan, manusia yang gagal kawal nafsu akan mengamalkan ilmu ni. Jauhkan diri dari amalan ilmu hitam ni, ia memakan diri sendiri.. Baik Ustazah Salwa.. *Wink wink..

So sapa yang belom tengok tu pegi la.. Kalau yang lemah semangat tu lagi best, boleh peluk2 secara tak sengaja kahkahkah! Orang yang tak penakut macam aku ni rilex je ok....tengok cite hantu macam tengok cite POPEYE je.... (sila percaya) Ibu ni je yang asek2 tarik2 baju aku takut sangat...lemassss tauuuu......hahahahahaha!!

sapa yang dah tengok??? amacam?? best kan tapikan muka hantu tu ada macam hubby sikit...aku macam sedikit tak puas hati di situ, hidung hantu tu KEMBANG2.. Hell je.. Phangggg.. What?? Ngeeeeeeeeeeeri..

P/S : Aku yang tarik-tarik selendang ibu nak tutup muka.. " Ibu kuar jom, takutla..." Ekeleee..

Khamis, 22 Julai 2010

Serabut dan Kesal

Aku serabut dan kesal sebenarnya.. Ada problem yang aku sendiri dah tak sanggup nak hadap..
Kenapa problem tu datang dan tak pergi-pergi.. Sampai bila aku kena hadap poblem nie..

Aku dah lama pendam benda ni, sampai aku rasa satu tahap dah jadi konkrit jambatan Pulau Pinang dah dalam diri aku.. Aku nak share benda ni tapi aku sendiri tak tau nak mula story cane..

Mesej hubby..

S : Syg serabut la, blalalallalaalaaa.. (tak story pun kat b)
B : banyakkan zikir dan solat jangan tinggal. Nanti tenang la jiwa tu.. Tuhan saja nak uji kita, lagi-lagi kalau kita ni selalu je lalai..
S : ????????? (Yela aku kadang-kadang tinggal sembahyang, kalau subuh tu, dah nak roboh pintu bilik ibu ketok, kejut aku, baru nak bangun tsk tsk tsk).
B : Sayang..
S : Baik b.. TQ..

Emmm.. Aku belom ready nak share kat sape-sape lagi..
Mungkin tuhan tu nak bagi yang the best in the future..
AMINNNNN.

Rabu, 21 Julai 2010

Kursus Lagi, PD mari..

Kursus lagi acik tau..
Haha kenapa nama aku lagi naik, sebab acik cantik..
Bluekk.. haha, suka suka hati je ko kan..

Kursus tentang keje, memang pack time kat sana, terasa penat segala insang jiwa acik..
Huaaaaa bila pulak jadi ikan ni, LEMPANG LAJU.. Serius la..

Tak de ape pun yang boleh acik kongsi..
Nah korang tengok la gambar acik yang tak seberapa ni..
No time to take the pict... T_T

Kat bilik hotel, posing sorang-sorang.. Arrrgh Bosan yang melantonkan jiwa..

Pemandangan dari bilik hotel..
Dari datang sampai balik asek nampak kapal jew.. Haishh..
Mana Duyung Aridinata ni..

Di La Paris, Costa Rica.. Excuse bukan Paris, London Wokey..
Kalau London acik balik dah rambut colour merah jingga..
Matikk kau kena botak dengan ibu..

Saje je aku nak tayang muka aku yang cantik ni..
Sila jeles, statement membunuh..

Khamis, 15 Julai 2010

Pregnant Women

Aku nak introduce kan sepupu aku ni.. Aku felik sebenarnya?

Name Ani (yang baju merah, yang kecil Adriana Ulfah), tengah main
make up aku dalam bilik aku.
Time ni dia duduk je so ok la, tak nampak ganas, menakutkan dan ngeri.
Walaupun time ni actually dia pregnant 3 bulan.

Time ni ani mengandung 4 bulan, pakai seluar jeans pastu naik kuda besi ni than main henjut-henjut. Serius ngeri aku tengok, pewot tak bulat pun tapi 4 bulan. Pastu main buayan, tu ok lagi la aku tengok. Cik Wawa masih terperlihara kesopanan sebagai tunangan orang yang manis lagi ayu naik kuda besi, bluuerk..
Sila abaikan budak baju putih tu, ngeri aku tengok. Dah senget ke barat kuda besi tu.. Sentap.. T_T

Rabu, 14 Julai 2010

Kursus Pembudayaan 5s, PD

Fieww.. Cik Puan Wawa Kembali..
Long time not update kan.. Hu3..

Bulan ni memang agak sesak dengan kursus, walaupun orang cakap kursus tu kita dapat la berjalan sambil cuci mata plus habiskan duit. Tapi kadang-kadang kita perlukan rehat untuk bersantai-santai di atas tilam empuk kita sendiri tanpa berkejar-kejar mencari masa untuk berehat..

This week, aku kursus kat Port Dickson atas tiket Pembudayaan 5S. Emm aku rasa ada antara korang pun yang tau, lagi-lagi kalau korang makan gaji kat company Jepun. Arigatogazaimas, teringat adik aku ima dan muiz sebok belajar bahasa Jepun.

5S bermaksud : Sisih, Susun, Sapu, Seragam Dan Sentiasa Amal. Last sekali 6S - Sorok hahaha..
tak susah untuk aku faham tentang 5S ni sebab aku sebelum ni aku kerja kat JTEK (M) SDN BHD yang memang mengamalkan 5S. Time ni bos-bos aku semua Jepun mari, stok cakap inggeris bersepah, campur dengan aku yang bercakap bersepah so memang macam sampah hu..

Emm korang layan la pict kat bawah nie..

Aku, Shila, Aily & Kak Ana nak pergi jalan-jalan kat pantai.

Cantik kan pemandangan ni, Time ni kat Pantai Cahaya.
Kalau korang perasan muka kitaorang kepenatan sebab ambil gambar tak senonoh, ha yang tu lain kali aku update k.. Shila nak gambar hu3..

Askim.. Askim.. Total RM5.50

Gambar ni time malam last, nak pergi karaoke tapi RM12 untuk tempoh tak sampai lagi 1 jam so Say No !!