SSA

Foto saya
ME.. just a simple person who is searching for the meaning of life..some said life is hard..and some said life is easy.. for me life is what you make it become..it's really up to you to know how you want your life to be.. hopefully..i will...someday...can have the life that i have dreamed of.. I'm helpful, caring, quiet(Not So So), straightforward, friendly and i like to keep all my emotional to myself...

Selasa, 16 Ogos 2016

HAPPT BIRTHDAY NOR HANI QAISARAH TURN-5

Selamat Hari Lahir anak mama Nor Hani Qaisarah ke 5 tahun.
Alhamdulillah permintaan Hani mama cuba untuk kabulkan, nak menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di Tadika Pasti Al-Falah. Dari Hani berumur 4 tahun mama dengar permintaan Hani ni, tapi Hani belum faham Hari Lahir bukan setiap bulan tapi setahun sekali sahaja. kebetulan tarikh 4.7.2016 jatuh pada bulan puasa minggu ke-3 :) Hani kena bersyukur tau sebab tak semua orang mampu nak buat sambutan hari jadi. Ni kira Hani bertuah sangat sebab mama baba pun tak pernah buat sambutan Hari lahir masa kanak-kanak.

hasil perbincangan dengan mualimah class Hani, mama setuju untuk buat beramai-ramai dengan murid seramai 75 orang dari 4 buah kelas. Ramai-ramai lagi seronokkan. Lagipun tahun ni Hani dapat 2 biji kek coklat hahahaaa dan yang paling penting kek tu sedap hahhaha. Aku sediakan juga makanan tambahan macam hot dog dan nugget. Rupanya budak-budak lebih suka hit dog ye :)

Hani potong kek dengan mama, tapi sebenarnya dalam hati mama sedih. Dah besar rupanya anak aku ni. Anak yang dulu dimanja2 sekarang dah beruisa 5 tahun T-T


Sebelum sesi memotong kek, anak-anak Pasti kena makan makanan yang disediakan oleh pihak sekolah than barulah sambutan hari jadi boleh dimulakan. Ni kisah susunan gambar dah salah ni hhahaha..


Lepas nyanyian dan ucapan hari lahir Hani dah dibuat, mama dah sediakan sedikit goodies untuk kawan-kawan Hani. Seronok tengok kawan-kawan Hani teruja dengan goodies tu :)


Ni terselit gambar Adam yang sama-sama teruja bila tengok ramai kanak-kanak lain yang bermain disekeliling dia. Lucu pun ada melihat keterujaan Adam ni hahhahaha..


Atas ni goodies yang aku sediakan untuk kawan-kawan Hani. Aku memang tak sediakan sebarang junk food ye, sebab aku kurang gemar kalau anak aku sendiri makan makanan junk food ni. Hubby ada cadangkan bagi roti dan air kotak tapi aku decide bagi set alatan tulis ni je, senang dan tak renyah. Maklumla ada anak kecik..

Hani,
besarla harapan mama baba untuk melihat Hani membesar dengan sihat dan baik. Pandai menjaga diri dan sentiasa berusaha untuk berjaya dunia akhirat. Doa mama dan baba tak pernah putus untuk Hani. Mama Sayang Hani. Muah....

SEPUPU SEPIPIT FAMILY DAY 2016 (Part 2)


Day 2

Pagi-pagi bangun nak pergi mandi kolam, kolam keruh jadi HIJAUUUUUU. Hahahaaa. Disebabkan hal ni we all semua mencari tempat mandi manda kat area Melaka tu. Mena tidaknya muka anak-anak dah mula merengek tak dapat mandi.

Selepas habis mandi mandi, cari la shopping mall kat area sana. Nama tempat gagal di ingati. Mainla mak pak budak, tak terkecuali ibu mengandung hahhaaa. Hanya gambar selepas aktiviti sahaja yang mampu dikongsi. Okla dari takde kan.


Habis main terus mencari tempat makan dan atas permintaan aku. Aku nak makan Asam Pedas yang dikatakan sedapppp sangat dan nak makan dari masa mengandung Adam lagi. So pada pandangan lidah aku So So je la hahahaa. Sebab aku rasa ayah aku masak lagi sedap kot. Mungkin disebabkan masakan yang dimasak secara lump sum ni, mengurangkan kualit makanan tu sendiri. Walau apa pun, tetap bersyukur dapar merasa Asam Pedas Melaka ni.

Balik dari makan asam pedas, memasing dah tak sabar nak balik membongkang. Anak-anak pun dah ketiduran dalam kereta. Tapi sempat gak malam tu makan Maggie dulu untuk bebudak makan sambil layan TV yang tak berapa nak cantik pandangannya, tapi disebabkan masa masih awal layan gak la berkumpul ramai2 depan TV tu.

Day 3

Hari last memasing bangun lewat sikit. Tapi aku tengok laki aku dah lain, macam nak demam katanya. Bila di cek2, macam nak kena Chicken pop je, belek2 badan hubby sah berbonjol gelembung air di badan. Fine Hubby dah berjangkit dengan Hani. Get ready je lah untuk bercuti panjang selepas ni huhuhuhuuu.

We all check out jam 12 tengahari. Sebelum keluar posing sikit untuk kenangan di masa akan datang. Hopefully akan ada next Sepupu Sepipit Family Day. Harap sebarang kekurangan dalam menjayakan program ni dihalalkan ye. Yang penting kita semua enjoy dan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita..


WITH LOVE; Ketua program :)

Jumaat, 15 Julai 2016

SEPUPU SEPIPIT FAMILY DAY 2016 (Part 1)

Sepupu Sepipit ni sebenarnya sepupu-sepupu aku belah mak aku. Kitorang rapat dari zaman budak-budak, kawan keluar masuk parit kebun, main api, main panas, merayau semua benda yang budak kampung buat kitorang dah buat. Termasuk curi rokok lenteng poklong dan hisap hahaaa. Gile perangai perempuan-perempuan ni. Namun aku syukur disebabkan ni semua kami rapat dan sepupu-sepupu kenal antara satu sama lain. Alhamdulillah..

Al-kisah sebenar ni event ke tiga kami bersama cuma kali ni kami libatkan encik-encik suami dan anak-anak. Dan tujuan entry ni diwujudkan untuk buat kenangan anak cucu. So bertabahla kepada sesiapa yang meneliti entry aku ni. Takde niat lain selain dari untuk tatapan di masa akan datang. Chill k..

Tarikh : 6-8 Mac 2016 (3 hari 2 malam)
Tempat: Desa Balqis, Kuala Linggi,Melaka
Buget : RM500 Perfamily (Tak habis pon siap ada balance hihi)
Kehadiran :
Miah & Lufti, Salwa Hafiz Hani & Adam, Ani Azmi Aqila & Afiqa, Bedah Yus Haiqal & Rizqi, Imah & Nordin


Pengerusi Program : Aku hihihi
Bendahari : Aku
Menu BBQ : Azmi Ani
Tempahan Baju : Bedah Yus
Program : Miah Ima
Kudapan : Imah Aku
Cadangan bermalam : Yus

Punyer semangat kitorang siap buat baju family day lagi. Hurmm bila terpndang baju ni terbayang keseronokan masa yang dah diluangkan bersama. Kenangan betul..


Location berkumpul di R&R PD, bertolak sama-sama and sampai ke Desa Balqis dalam jam 1.00petang. Check in jam 2petang, disebabkan rumah belum sipa dikemas, we all makanla bekal yang dibawa di tepi pantai. Walaupun berlaukkan sambal sardin, kari sardin dan kangkong goreng dah sedap sangat dah tu hahhaha . Untuk makluman Desa Balqis terletak dihadapan pantai. Pict nak dishare takde, maklumla aku ni beranak kecik, so gambar yang ada ni pun dari hp mereka-mereka hihihii..

Dapat check in je, terus berehat dan mentedarah lagi. Hahaahaa takde keje betul makan je keje nye. Gambar mentedarah mcm hantu raya, takde jugak hehehee. Kat Desa Balqis ni aku amik Rumah Pakngah yang ada 5 bilik dan 2 bilik. So far aku boleh terima rumah ni airnya kecik kejap besar kejap kecik. Tapi bila 3 hari kitorang tunggu nak guna kolam mandi tapi tak boleh sebab air warna hijau lumut air tebu. Sedikit kecewa la, lebih kecewa bila anak-anak dah merengek siap menangis. Adoiii terus kecewa datang tak habis-habis. Sebab point pertama pilihan tempat bermalam adalah kolam mandi. So, nak ubat rasa kecewa nak-anak tu, second day kitorang di la mandi kolam air panas ke arah Melaka tu. Aku pon tak tau apa namanya. Time kitorang datang actually tempat tu belom buka sebab tempoh untuk cuci. Bila dah di pujuk dek Yus, diorang bagi masuk tapi ada tempat tak boleh masukla. Its ok, kitorang terima je janji anak-anak ada senyum. Sebabkan hal ni Azmi dok mintak aku refund kerugian kat pejabat pengurus hahhahahaa. Takpe lah bukan rezeki, mungkin masa tu keadaan betul-betul tak memihak kat kita..

Dalam around 4.00 petang start main 3 game. Stick Kiss, Betul ke Salah dan pusing & lari. 3 game pon dah macam orang gile hahhaaa. Tapi sayang no picture, sepipit mohon share gambar kalau ada ye. Yang ada dalam simpanan game Stick Kiss tapi sensor, berahi sangat hahhaa. Tak mampu nak tepek kat sini, hahhaha. Selesai acara game, sessi bertukar-tukar hadiah. Setiap orang kena sediakan hadiah bernilai RM10 dan diserahkan secara undian bernombor 1-10. Korang layan la gambar mak bapak budak yang tak berapa siuman penangai bila berjumpa, hahhahaaa. Sekali pandang macam tak empok pun ada wakakkakaa..


Kanak-kanak pun aku dah sediakan hadiah. Ye la, sian anak-anak ni. Tengok mak bapak seronok dapat hadiah dorang tengok je. Nah maklong dah sediakan hadiah sorang satu. Dari atas sebelah kiri Hani Haiqal Afiqah Aqilah, Bawa Adam dan Rizqi :) Sayang semua..

Malam acara BBQ, kredit to Mr. Chef Azmi. Tq sebab sudi jadi tukang masak kami. Dengan buget RM200 macam-macam menu dapat disediakan ayam bakar, kambing bakar, hot dog, spagetti carbonara, ikan bakar, sirap ais, sos black paper and sos pedas. Kami bagi 5 bintang hihihi. Menu yang paling winn KAMBING BAKAR. Pict menu tak dapat ambil, memasing sebok masak, jaga anak nangis, anak gaduh hahhahha macam-macam..


Malam tu memasing tido dalam kekenyangan, Alhamdulillah. Seronok bila dapat berkumpul sesama macam ni..

Nota kaki : I LOVE MY COUSIN

Isnin, 11 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA 2016


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari SH Family. Hafiz, Salwa, Hani & Harraz aka Adam. Hani pict dia takde sebab dia nak naik car dengan ayahmim dia hehehee..

Tahun ni dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku menyambut hari raya di kampung belah suami. Alhamdulillah walaupun keluarga belah suami tidak serami kerabat sebelah aku, yang ada pun cukup memadai. Cukup untuk memastikan Hari Raya disambut dengan penuh makna :)

Raya 1- Kampung Sijangkang
Raya 2- Kampung Sarang Buaya, Parit Jawa & Semerah
Raya 3- Sungai Balang, Pontian, Kukup & Kota Tinggi
Raya 4- Back to Home Sweet Home :)

Raya tahun ni aku buat kelainan sikit dengan gerak ke Johor malam raya pertama. Seronok jugak, jalan slow-slow sambil melayan lagu raya yang tak henti-henti walaupun terkadang muncul rasa bosan dengar lagu raya hahhaa. Dikesempatan ini aku mohon maaf atas kesalahan aku tidak sengajakan, dikala tangan menulis tanpa sedar mungkin aku ada mengguris hati sesiapa. Mohon ampun yang ikhlas dari aku yang tidak sesempurna mana.

Walaupun sambutan raya kali ni tidak memberi kegembiraan yang sepenuhnya kerana aku dan keluarga sedang diuji. Ku harap ujian ini datang untuk membawa seribu satu kebaikan dan rezeki yang halal melimpah ruah. Redha, berserah, tawakal, doa dan kata-kata positif sentiasa dititip sesama sendiri dalam memastikan kami sekeluarga mampu menerima ujian yang sedang dilalui. Ya allah semoga dengan berakhirnya Bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh makna ini membawa sinar yang memberikan kelegaan kepada hati kami Ya Allah. Sesungguhnya kepada Mu tempatku bermohon :(

Family kecil ku. Semoga semua dipanjangkan usia dan kesihatan berpanjangan untuk terus bersama-sama menyambut hari lebaran pada tahun-tahun akan datang..

#6Syawal
#Dugaan2016
#KeluargaSH

Khamis, 18 Februari 2016

GIGI PERTAMA MUHAMMAD HARRAZ @ ADAM



Gigi pertama adam dah muncul. patutlah sehari dua ni merengek je, pastu demam pulak. Naik stress mama ni adam. Tapi bila dah tau adam nak tumbuh gigi, rasa bersalah pulak marah2 adam. Sorry adam, mama luv u..

Now adam dah makan bubur yang dibelendar, nampak gaya berselera je dia makan. Tak boleh nampak orang makan, mengamuk nanti budak adam ni. Dah jadi kerje plak, kalau sesapa nak makan kena menyorok dari budak adam ni hihiii. kalau tak sila menghadap adam mengamuk..

Well adam bukan lah susah nak jaga, cuma jadual tido dia belom ok lagi. Tido malam still bangun 3 kali untuk menyusu. Biasanya pukul 12.00 tengahmalam, 3.00 pagi dan 5.00 pagi. Huh teringat masa Hani dulu masuk 4 bulan je dah takde bangun malam, bertapa syurga nya rasa mama n baba hahhahaa. Cukup tido tau. Cepat sikit ye adam. Mama n baba keje sayang :)


BIG LOVE FOR ADAM.. MUAH..

Ahad, 10 Januari 2016

ALLAHYARHAM HJ HASHIM BIN AHMAD

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku dimaklumkan bapa saudara aku kena strok lepas magrib 5.1.16. Dan jam 5pagi esoknya pokteh mulai koma tak sedarkan diri T-T. Hati ni dah menggeletik nak pulang ke Johor, tapi atas sebab tuntutan kerja aku tangguhkan sehingga esok, rasa menyesal pun ada sebab tak gigihkan diri untuk melawat pokteh T-T. Hurmmm Hasil makluman dokter, tiada harapan bagi pokteh untuk pulih sebab hasil semakan dokter kesihatan pokteh semakin merosot. Ya allah kami saudara-mara hanya mampu berdoa agar ada sedikit sinar untuk pokteh. Kami masih belum bersedia Ya Allah.

The next day 7.1.16 dokter suggest pokteh dibawa pulang dan dicabut saluran bantuan pernafasan. Ya allah aku dah meronta-ronta ajak hubby pulang ke kampung. Dalam kelam kabut mengemas barang nak balik ke kampung, dalam group whatssap di maklumkan pokteh telah pergi untuk selamanya. Ya allah terbayang senyumannya, tawanya, suaranya. Terus kemas main campak-campak je, tak sedar dah mengemas macam nak pindah rumah banyaknya baju yang di bawa..

Gerak dari TPG jam 3.30 petang sampai Johor 6petang. Ya allah bertapa aku rasa jauhnya kampung ni. Dah tak kisah speed trap yang ada. Aku nak melihat mukanya buat kali terakhir, dengan kehendakNya juga aku tak sempat tiba. Sesampai ke tanah perkuburan, talkin dah selesai. Hujan renyai2 mengiringi pengkebumian pokteh. Al- Fatihah..

Arwah pokteh aku rasa seorang yang sangat menjaga Silaturrahim, ramah dan disenangi. Event suami aku yang baru 6 tahun masuk family aku ni, dah rasa sangat2 kehilangan. Tetiba aku rasa kehidupan ni singkat sangat. Kepada Mokteh dan anak-anaknya harap bertabah dan terima ketentuan Allah ni. Hati ini percaya, arwah pergi dengan cara yang baik dan Khusnul Khotimah. Kepada ahli keluarga yang lain, semoga kita terus tabah menerima ketentuan Allah ni. Semoga Allah lapangkan kuburnya dan diletakkan dikalangan orang yang beriman. AMinnn..




Nukilan kecil:
Perjalanan hidup ni singkat sebenarnya, tika kita ditentukan kematian tidak sesaat lambat tidak sesaat cepat.
Ya allah perliharalah aku, ibubapaku, suamiku, anak2ku dan ahli keluargaku dari siksa kubur dan azab api neraka. Perliharalah kami dari perbuatan dosa dan terimalah amal ibadat kami. Jangan kau pesongkan hati kami Ya allah. Sesungguhnya kami insan yang lemah dan memerlukan bimbingan dan petunjukMu. Aminnnnnn T-T

Khamis, 31 Disember 2015

BYE 2015 WELCOME 2016

Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk tahun 2015 yang awesome. Banyak perkara yang baik dah aku lalui pada tahun ni dan perkara-perkara yang tak baik aku anggap sebagai pengalaman untuk mengajar aku erti kehidupan.

Awal tahun ni HANI QAISARAH BINTI MOHD HAFIZ mendaftar di TABIKA KEMAS AIN BAIDURI pada usia 4 tahun. Well sedikit mencabar sebenarnya. 1 bulan pertama aku asek dengar rengekan Hani nak school tangga. Sorry Hani tak boleh, school tangga Hani tak sehaluan tempat kerja Baba. tapi takpe, kat mana-mana pun boleh pandai. So far tak pandai baca lagi, hanya kenal beberapa huruf dan nombor. Hurm mana taknye, asek cakap dengan cikgu Hani boring. Lahai anak. Try next year Hani..

Adik perempuan aku aka makngah telah selamat menamatkan zaman bujang dia. Aku gigih jadi sebahagian perancang wedding dia time tu. Alhamdulillah succes. So far lom nampak ciri-ciri aku nak jadi maklong lagi. Sikit masa lagi la tu. And of course double happy sbb adik ipar. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga. Sorry, Ni je picture yg mampu aku share sbb gmbr yg cun2 xde dalam simpanan.

Antara yang terbaik dan awesome, aku selamat melahirkan MUHAMMAD HARRAZ BIN MOHD HAFIZ aka ADAM. Alhamdulillah aku terasa sangat-sangat lengkap dah keluarga aku. Allah permudahkan urusan bersalin aku, walaupun aku Czer tapi aku tau itu lah yang terbaik yang Allah dah tentukan untuk aku. Mama Love Adam.

Sambutan Hari Jadi Hani ke 4 tahun. Kecil-kecilan bersama ahli keluarga. Buat kat rumah jugak, yela mama kau ni dalam pantang lagi. Thanks makngah ima sponser kek and the present also from atok ibu. Hani beriya nak buat sambutan hari jadi kat school dia, tapi date birthday dia jatuh bulan puasa. So takdapatla, next year mama try kabulkan permintaan Hani ye.

Antara perkara yang terbaik untuk penghujung tahun 2015, adik bungsu aku MUHAMMAD MUIZ AFFANDY BIN ALI gots 5A in UPSR and Full mark (4) untuk soalan KBAT. Also Jayyid Jidan untuk PSRA 87.30%. Tq Allah, fuhh lega bila keputusan keluar. Mana taknye, dak ni belajar tak konsisten. Mungkin berkat doa ibu bapa dan usaha dia sendiri. Tq allah. Tawaran menjurai-jurai datang, SM Sains Tuanku Munawer (SASER), MRSM Muar interview, SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Hasil fikir panjang dan pengalaman kenalan SBP jadi pilihan. Semoga pilihan yang di pilih adalah yang terbaik. Good luck Muiz.

And di akhir tahun 2015, adik ipar aku yang sorang ni akhirnya bertunang. Well tahniah and cepat-cepat kumpul duit kahwin ye, seronok kawen ni ni hahhahaa. Lambat-lambat rugi :) Tahniah Hamim & Zue.

Itu antara yang aku ingat untuk perjalanan 2015. Harap 2016 memberikan perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup aku. Kalau cerita harapan 2016, aku lom fikir lagi target tahun depan hahahaa..

Bye 2015 :)

Jumaat, 11 September 2015

MUHAMMAD HARRAZ B MOHD HAFIZ DOB 4 Jun 2016

Alhamdulillah. Syukur aku selamat bersalin anak ke 3 pada 4.6.2015 (Khamis) Jan 12.21 tengahari
Bersalin secara C-zer di Hospital Putrajaya dengan berat 3kg. And its a boy..
Disebabkan ini c-zer kali ke 2 aku, aku xla cemas sangat. Sebab aku dah ready dengan apa yang dorang nak buat. Dalam sibuk2 dokter buat persediaan, aku terus mohon tutup pandangan mata aku dari alatan pembedahan dan mintak tutup pandangan aku dari nampak perut sendiri. Tapi bukan setakat alatan pembedahan, perut aku terbuka pun aku nampak. Hahahaa seram tu memang seram tapi bila difikir tu pengalaman berharga. Tak boleh dapat kat mana2 kecuali alami sendiri perkara tu.

Tengah aku baring2 kat katil No.8A Wad5A tetiba nurse datang suruh bersiap. Ha bapak cuak aku. Laki dah balik rumah dulu ambil baju semua sebabnya boleh tunggu bersama isteri dan anak nanti. Boleh plak nurse datang awal. Call hubby cakap aku nak masuk bilik OT, kelam kabut dia datang balik. Masa nak tunggu aku bersiap ak boleh plak rasa nak membuang, dalam hati alhamdulillah takde la aku sengsara nak g membuang dalam sakit2 nanti. Punya lama aku duduk dalam toilet sampai nurse tu datang ketuk pintu. Baru sedar diri ni nak menyerah diri dibelah perut.

Berbekalkan baju pembedahan dan serkup rambut sahaja aku ditolak dengan katil ke bilik persiapan. Diterangkan tentang bius 1/2 badan dan sign prosedur. Then ditolak pulak ke bilik OT, fine dokter nak cucuk takla sebab aku dok pegang tangan adik dalam bilik. Siap mintak izin tau tapi bila selesai tengok tangan adik tu merah. Maafla dik, akak nervous sangat. Pengalaman aku masa disuntik tu tetiba badan aku macam kena renjatan elektrik melompat sendiri, tapi dokter kata its ok. Hurmmm apa la tu.

A few minute late Dr Hazim muncul, mintak izin untuk mulakan operasi. u know what, dia belah aku bukan main laju lagi macam belah ikan hahahhahaaa. And suprise aku dapat tengok harraz keluar dari perut aku sendiri berserta tali pusat and suara nangis Harraz Ya Allah kuat sangat. Masa tu tergaman dan terkejut pun ada but its to priceless. Dr Hazim lambung2 Harraz potong tali pusat and serahkan kepada nurse. Walaupun dah di bawa pergi, masih dengar suara Harras nangis.

Masa tu perasaan aku bercampur baur pun ada. Gembira bersyukur ada satu perasaan yang aku tak dapat masa bersalin Hani. Mungkin sebab jiwa aku kosong masa bersalin Hani dulu. Start dari Dokter inform Baby 1 dah takde jantung aku dah macam xde perasaan. Kalau ikotkan membawa ke 2-3minggu. Nasib aku cepat sedar dan kuat semangat. Sorry Hani mama banyak ignore kan Hani time tu, so sorry.

Sambung balik cerita Harraz. Selesai operation aku di tolak ke bilik pemerhatian dalam 1 jam. And masa tu aku perasan bag air kencing aku ada darah, tak banyak tapi mampu merubah warna urine tu. Hopefully takde apa la. Dalam jam 2.30 aku masuk bilik aku balik, nampak Baby dalam court. Hubby boleh plak tanya anak sapa ni. Hoii anak kau la, hahhaha. Katanya takut anak orang sebelah hihihi..

Dapat masuk bilik terus tido, tak mampu aku buka mata oi. Alhamdulillah susu badan melimpah ruah, harraz pulak kuat nyusu. Rezeki ko la dik. Hari ke 3 aku dah boleh disharge, but not for Harraz. Hasil ujian tali pusat Harraz ada GPD6. Aku hang, tapi dokter kanak-kanak tu dah breaffing so takla macam ??? je. So Harraz kena stay kat NICU aku plak boleh balik.

Masa balik ni breast dah bengkak, aku dah menangis menjurai2. Nak pecah rasanya sebab Harraz xde nak menyusu. Dalam sakit2 ni nak naik radang je, semua jadi tak kena. Dugaan betul. Last2 paksa hubby beli pum elektrik Pigeons kat JJ Bukit Tinggi. Nasib ada offer dapatla dalam RM250 kot ke RM225 entahla.

The next day aku melawat harraz and aku boleh stay dengan baby kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah. What ever la janji aku dapat sama dengan Harraz bagi susu badan. 3 hari tu banyak mengikat kasih sayang aku dengan Harraz. 24jam x 3 hari dalam 1 bilik just 2 of us :)

Hari selasa balik ke rumah. Fuhhh lega. Tak sabar nak duduk rumah sendiri, lebih selesa. Aku pantang 2 minggu rumah ibu, pastu terus pantang sendiri kat rumah. Dah ada pengalaman so semuanya jadi mudah :)

Nota kaki :
Harraz, mama sayang Harraz and u Hani. Semoga Harraz jadi anak yang baik, soleh, sihat dan taat kepada ibubapa. Takde apa yang mama harap, selain harraz jadi manusia yang bermanfaat.

Big Love for Harraz, Hani & Baba :)

Selasa, 1 September 2015

HARI PERTAMA BERKERJA

Setelah 3 bulan @ 90 hari bercuti bersalin. 1.9.2015 (Isnin) aku start keje. Berat hati meninggalkan anak berusia 3 bula dirumah ibu tapi apakan daya, rezeki harus dicari untuk mencukupkan apa yang perlu.

2 3 hari sebelum kerja rasa semangat sangat, gosok baju laki bini anak sesiap untuk seminggu, Fuhh tak pernah aku serajin ni. 2 jam duduk dalam bilik menggosok. Bila dah selesai rasa puas hati :)Thumb up Salwa..
Story tentang Harraz belum lagi share. Huhuhuu nanti ye, 3 bulan tu sebok jaga anak la, nak mengemas lagi, memasak, lipat baju, sapu2 huh. salute pada suri rumah, kerja mereka tak habis-habis.

Bermulala duty seorang pekerja makan gaji untuk tempoh yang sangat panjang. Kalau nak cuti rehat2 lagi kena la pregnant. Hmmm Insya allah kalau masih diberi rezeki :). Semoga rezeki yg aku perolehi berkat dan dioerluaskan lagi pintu rezeki. Aminnn..

Rabu, 27 Mei 2015

FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) DAH 'ON'

Alhamdulillah.. Urusan aku dipermudahkan..
FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) telah di on kan semula :)
So aku takde la risau kalau nak terberanak nanti di tranfer ke mana-mana. Rezeki mama and baby.

26.5.2015 aku ceck up dengan Dr Hazim and memandangkan dia belom start keje lagi so aku ceck up dengan DR Liena kot. So far ok je, aku takde la cerewet pon. ALhamdulillah hasil pemeriksaan dia, baby ok je. And moment paling best, tengah scan baby gosok-gosok pipi, Allahh comelnye. Rasa tak sabar nak jumpa baby :)

Disebabkan Dr Hazim takde, Dr Liena decide aku tunggu Dr Hazim jugak sebab aku dibawah dia. And date untuk czer pun kne tggu Dr Hazim on 2.6.2015. Ok lah, mana-mana yang baik lah. Mintak-mintaklah on that week dah boleh, ye la aku risau sebenarnya. Pengalaman itu kalau boleh taknak dah.

Doakan yang terbaik untuk aku ye. Semoga dipermudahkan urusan bersalin, mama and baby sihat..